BAB 33

14.3K 605 65
                                    

Sudah seminggu Aileen hilang , seminggu itu juga lah kehidupan Darren tidak terurus. Dia sudah berusaha mencari lokasi Aileen berada tapi dia tidak menjumpainya.

"Dani kau jumpa tak location Aileen???" Soal Darren

Dani menggelengkan kepalanya.

"Dah check location dkt telefon dia???" Soal Darren lagi

"Dah tapi aku still tak dapat apa-apa.. mungkin telefon Aileen habis bateri" kata Dani

"Baik kau tanya Jessica.. aku tengok beberapa hari ni dia lain macam sikit.. kau jugak yang ada cakap yang dia bersubahat dengan Richard" kata Edward

Ada betul jugak kata Edward, takpe nanti dia akan tanya hal ini pada Jessica. Kalau Jessica taknak bagitahu dia mungkin dia akan gunakan kekerasan untuk memaksa Jessica membuka mulut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aileen memegang perutnya, dari haritu lagi dia tidak diberikan makanan. Dia hanya diberikan air sahaja. Dia terpaksa menahan lapar.

"Lapar ke??? Kesian.. ke tunggu laki kau??? Tak payah nak tunggu laki kau tu.. laki kau tak akan datang" kata Richard sambil ketawa jahat, puas hatinya apabila dapat menyeksa Aileen termasuk menyeksa Darren.

"Dia akan datang" kata Aileen yang sedikit lemah

"Dia tidak akan datang sebab dia tak tahu tempat nih!!! Dan kau pulak!! Stay with me okay.. nanti kita kahwin ye" Richard menyentuh rambut Aileen

"Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tuh"

"Berani kau ye melawan aku!!! Sini kau!!!" Richard menarik rambut Aileen dengan kasar lalu menampar pipi Aileen.

Aileen menahan sakit, dia tidak mampu untuk melawan dengan tangannya terikat. Di dalam hatinya berdoa agar Darren datang menyelamatkannya. Dia sudah tidak tahan dengan seksaan ini.

"Remember this.. I will make sure your husband die" bisik Richard di telinga Aileen

Aileen tidak membalas apa-apa.

Richard tersenyum sinis lalu keluar dari bilik tersebut. Dia mengunci pintu bilik itu.

Aileen memandang pintu bilik tertutup rapat. Dia cuba mengambil telefonnya di dalam poket seluarnya. Dia bernasib baik kerana Richard tidak mengambil telefonnya.

Aileen tersenyum kerana dia berjaya mendapatkan telefonnya. Dia menghidupkan telefonnya semula, telefonnya tidak kehabisan bateri tapi dia hanya off kan sahaja.

Nombor Darren dicari, dengan tangannya masih diikat itu menyukarkan dia untuk mencari nombor Darren.

Aileen menekan nombor Darren sambil matanya memandang pintu bilik. Dia takut Richard membuka pintu itu dengan mengejut.

"Hello???"

"Awak.." belum sempat Aileen menghabiskan percakapannya, Richard sudah merampas telefon itu dari Aileen. Richard tidak pergi ke mana-mana pun dia hanya berdiri di hadapan pintu bilik itu untuk mendengar apa Aileen cakap.

"Bodoh kau perempuan!!!!" Richard menampar pipi Aileen untuk kedua kalinya

Darren yang berada di talian mendengar semua perbualan Richard. Dia juga menyuruh Dani check location mereka.

Richard membaling telefon Aileen. Sekarang hatinya tidak tenang, dia pasti Darren sudah mengetahui tempatnya.

~~~~~~~~~~~~~

DARREN ZAVIER [ C ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora