BAB 14

14.1K 656 85
                                    

Darren memandang Aileen memilih baju pengantin. Kalau dia tidak paksa Aileen mengikutinya memang budak tu tak akan ikut.

Aileen melihat harga di baju pengantin itu, terbuntang matanya melihat harga itu. Dia terus memilih baju lain. Mahal gila baju dkt sini, beribu-ribu.

Darren perasan akan itu. "Kau pilih je baju mana-mana yang kau berkenan.. aku boleh bayar" kata Darren

"Mahal sangat lah.. saya nak yang simple ii je dan harganya pun tak mahal sangat"

Darren menarik lengan Aileen perlahan. Dia melihat baju pengantin satu-satu. Lebih baik dia pilihkan, tunggu budak tu pilih sampai esok tak sudah.

Darren mengambil satu gaun pengantin berwarna royal blue.

( Abaikan muka tu ye 😂 tu contoh baju ) 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Abaikan muka tu ye 😂 tu contoh baju ) 

"Kau pergi try baju tu.. aku tunggu dkt sini"

Aileen melihat baju tersebut. Cantik, pandai Darren pilih. Dia masuk dalam bilik persalinan baju.

Darren menunggu Aileen di luar sambil bermain dgn telefonnya. Banyak lagi barang yang dia perlu beli untuk majlisnya dgn Aileen.

Aileen keluar dari bilik persalinan perlahan-lahan. Dia memanggil Darren yang tengah menunggunya.

Darren terpegun melihat Aileen, dia cuba mengawal riak mukanya. Not bad lah.. pandai jugak aku pilih. Sempat lagi memuji diri sendiri.

"Kau berkenan tak dengan baju tuh??? Kalau tak.. aku nak cari baju lain" soal Darren

"Saya suka baju nih tapi harga........" Belum sempat Aileen menghabiskan kata-katanya, Darren terus memotong.

"Kau tak payah risau pasal harga.. aku boleh bayarkan"

( Yg nih baju Darren ye )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Yg nih baju Darren ye )

Darren dgn Aileen keluar dari butik pengantin itu. Darren memakai cermin mata hitam sambil tangannya dlm poket seluar.

"Kau nak pergi mana-mana tak???" Soal Darren

"Jalan-jalan jom.. lagipun dah lama saya tak jalan-jalan sekitar KL nih"

"Okay.. ikut aku"

Darren memegang tangan Aileen untuk melintas jalan. Dia mahu pergi ke mall di seberang jalan. Lagipun seberang itu je dia malas naik kereta. Nak cari parking satu hal lagi.

Aileen membiarkan sahaja tangannya dipegang oleh Darren. Dia melintas jalan perlahan-lahan. Sebenarnya dia takut nak lintas jalan, dia trauma.

"Kau takut???"

"Taklah.. mana ada takut"

Darren tahu semua pasal Aileen. Dia menyuruh anak buahnya mencari latar belakang Aileen. He know everything.

Darren masih pegang tangan Aileen mungkin tidak perasan yang dia masih pegang tangan tu. Diorang berdua jalan masuk dlm mall.

Darren masuk dalam Watson. "Pergi beli barang-barang makeup kau.. aku tengok muka kau pucat macam mayat je"

Aileen memuncungkan bibirnya, suka-suka dia je cakap muka aku macam mayat. Aku pakai bedak okay bukan pucat sangat pun.

"Kau buat mulut kau macam tu.. aku cium kau dkt sini" geram betul dia tengok si Aileen tuh.

Aileen menutup mulutnya sambil menggeleng kepala tanda taknak. Dia cepat-cepat ambik pencuci muka dgn barang-barang yang lain.

Darren hanya memerhati sahaja. Dia bukan tahu sangat barang-barang makeup nih. Dia hanya tahu pencuci muka dgn lipstick je.

"Awak.. saya ambik ni je, jom bayar" Aileen jalan pergi ke arah kaunter

"Okay" Darren mengeluarkan kad kreditnya lalu memberikan pada penjaga cashier tersebut.

Segan Aileen dibuatnya, semua Darren bayarkan macam dia kaki kikis pulak. Ikutkan hatinya dia boleh je bayar sendiri.

"Dah jom"

Aileen mengikuti Darren dari belakang. Nak pergi mana entahlah, dia hanya ikut sahaja. Aileen menarik Darren pergi kedai aiskrim.

"Nak aiskrim boleh???" Aileen sengih

"Huh.. benda manis ni jugak kau makan"

"Bukan selalu hehehe.. pakcik saya nak aiskrim coklat tau.. awak nak aiskrim apa???"

"Aku tak makan aiskrim.. kau sorang je lah"

"Okay" Aileen senyum

"Berapa pakcik???" Soal Aileen

"4 ringgit sahaja" pakcik itu memberikan aiskrim dkt Aileen

Aileen mengambil aiskrim tersebut. Baru sahaja dia mahu mengambil duit dlm begnya tapi Darren sudah bayarkan.

"Saya baru nak bayar" Aileen menjeling Darren

"Biarlah aku bayarkan.. duit aku tak habis pun setakat kau sorang je mana habis.. lain lah aku nak kahwin lagi"

"Belum kahwin lagi dah ada niat nak kahwin lain" kata Aileen sambil makan aiskrim

Darren memandang Aileen makan aiskrim. Dia mengelap mulut Aileen yang comot sedikit.

Aileen tersentak bila tangan kasar Darren menyentuh bibirnya. Dia memandang Darren. Sah mamat ni tak sedar.

Astagfirullahaladzim, anak dara orang nih. Darren terus jalan meninggalkan Aileen sorang-sorang. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan tadi. Kau lah ni budak goda aku.

Aileen jalan laju-laju pergi dkt Darren. "Jangan tinggalkan saya sorang-sorang lah"

"Sorry.. pasal tadi aku tak sengaja" Darren menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Sokay.. jomlah balik"

Tanpa diorang sedar, ada orang yang memerhatikan diorang berdua. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia tidak menyangka akan bertemu Darren Zavier di sini.




















Sorry lama tak update 😂

Harini terlalu rajin sebab bosan tak tahu nak buat apa jadi saya update lah story nih

Jangan lupa vote ye ✌️

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now