BAB 20

14.3K 615 20
                                    

Aileen memandang Darren tertidur di sebelahnya. Diorang sudah berada di dalam private jet untuk balik ke Malaysia. Lepas subuh diorang sudah berlepas, mungkin petang atau malam baru sampai di Malaysia.

Aileen mengambil roti di dalam begnya. Tiba-tiba dia terasa lapar pulak nasib baik dia menyimpan roti tu dlm begnya.

Anda rasa makan roti sekeping kenyang ke??? Semestinya tidak tapi roti yang dibawa Aileen hanya tinggal satu sahaja kerana Edward dgn Dani sudah mengambil.

"Dahlah aku tengah lapar nih.. roti ada satu je itupun dah habis aku makan tadi" bebel Aileen sorang-sorang sambil mencari makanan dlm begnya.. mana tahu kot-kot ada makanan lain ke.

Darren yang tertidur tu pun tersedar mendengar bebelan Aileen. Dia memandang Aileen mencari sesuatu dlm beg.

"Kau cari apa???" Soal Darren dgn suara serak-serak basah

Aileen terkejut

"Hah??? Tak ada lah.. saya cari makanan dlm beg mana tahu kot-kot ada makanan lagi ke tapi dah tak ada" kata Aileen

"Bukankah kau bawak banyak roti kan tadi???" Soal Darren pelik sebelum nak balik tadi, dia ternampak Aileen masukkan pelbagai roti dlm beg.

"Abang Rafael dgn abang Dani makan" kata Aileen perlahan

"Yang kau bagi dkt diorang kenapa??? Diorang tu bukan tahu erti kenyang pun" Darren membetulkan kedudukannya

"Diorang cakap diorang lapar jadi saya bagilah"

"Kau tu baik sangat.. cuba jadi jahat sikit macam aku nih eh aku jahat banyak"

Aileen baru teringat sesuatu. Dulu dia ada menanyakan tentang pekerjaan Darren. Sekarang dia sudah menjadi isteri kepada Darren jadi dia berhak tahu kan tentang pekerjaan Darren tuh.

"Awak nak tanya something boleh??? Tapi awak kena jawab jujur lah ye.. jangan tipu dan jangan mengelak"

"Kau nak tanya apa pulak???"

"Awak kerja apa???" Aileen memandang Darren

"Bukankah dulu kau kerja dgn aku ke??? Ke kau ni memang dah lupa???"

Aileen menepuk dahinya. Macam mana lah dia boleh lupa yang dia kerja dgn Darren dulu. Yang dia nak tahu pekerjaan Darren satu lagi tu.

"Sorry lupa tapi apa pekerjaan awak satu lagi tuh???"

Darren diam

"Jawablah.. jangan senyap je"

"Aku rasa kau tak perlu tahu pasal tu.." kata Darren

"Saya isteri awak kan jadi saya berhak tahu" Aileen dapat merasakan yang Darren sorokkan something darinya

"Belum masanya lagi.. kalau aku bagitahu agak-agak kau benci aku tak??? And kalau kau tak boleh terima.. aku akan ceraikan kau"

Aileen terdiam. Cerai??? Dia taknak bercerai dengan Darren. Darren banyak membantunya.

"S-saya t-taknak b-bercerai" kata Aileen tergagap-gagap

"Kalau taknak.. one day kalau kau tahu aku siapa aku harap kau terima dgn hati terbuka"

Siapa Darren??? Susah sangat ke nak bagitahu siapa dirinya??? Aileen mengambil keputusan untuk diam. Dia tak akan tanya lagi pasal itu pada Darren melainkan Darren bagitahu sendiri.

Edward dgn Dani terdengar perbualan itu. Diorang taknak masuk campur pandai-pandai lah Darren selesai kan nanti. Kalau Aileen dapat tahu dari orang lain??? Itu Darren punya pasal.

"Wehhh.. kenapa dia taknak bagitahu eh???" Soal Dani pada Edward

"Itu aku tak tahu mungkin dia taknak bagitahu lagi atau mungkin dia taknak Aileen takut bila tahu siapa dia and kita" kata Edward panjang lebar

Dani mengangguk faham



























Hai.. saya kembali update 🤣🤣🤣

Dah lama story ni menyepi harini baru saya update hahahaha sorry lah ye.. tak sempat nak update.

Raya haji hari jumaat ni guys

Selamat menyambut hari raya Aidiladha ye ( saja ucap awal-awal hahahaha )

Jangan lupa vote ye ✌️

DARREN ZAVIER [ C ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz