BAB 11

14.2K 670 181
                                    

Harini Aileen tidak pergi kerja kerana ingin menjaga Puan Mariam yang tidak beberapa sihat. Dia bersyukur kerana Darren memahaminya.

Aileen membuka pintu bilik ibunya. "Ibu.. Aileen ada masakkan bubur nih.. jom lah makan nanti sejuk pulak." Aileen meletak mangkuk berisi bubur di atas meja.

"Susah-susahkan kamu je masakkan bubur tu.." Puan Mariam bangun perlahan-lahan

"Tak ada susah ii pun bu.. ibu kan dari pagi tadi lagi belum makan.. Aileen goreng nasi tu ibu tak makan jadi Aileen masakkan bubur lah" Aileen menyuap bubur dkt Puan Mariam

Puan Mariam senyum. Bukan dia taknak makan nasi goreng yang Aileen buat tu cuma dia tak ada selera nak makan.

"Ibu kena makan banyak-banyak tau baru cepat sihat" kata Aileen sambil suap bubur dkt Puan Mariam

Puan Mariam terdiam. Patutkah dia memberitahu Aileen hal sebenar??? Tapi dia taknak Aileen sedih kerana berita itu. Puan Mariam mengambil keputusan untuk senyap sahaja.

"Kenapa ibu senyap???"

"Tak ada lah.. Aileen ibu dah kenyang lah, ibu nak rehat jap ye"

"Iyalah.. Aileen keluar dulu ye" Aileen keluar dari bilik puan Mariam dia menutup pintu perlahan-lahan taknak mengganggu ibunya rehat.

Aileen baru sahaja ingin pergi ke dapur tiba-tiba dia terdengar bunyi benda pecah di tingkat atas. Mahu sahaja dia pergi ke tingkat atas untuk check apa yang jatuh tapi Darren sudah melarangnya naik tingkat atas itu.

Aileen berasa tidak sedap hati. Dia intai dekat tingkap. Kemana orang-orang Darren pergi??? Selalunya orang-orang Darren akan berjaga di depan pintu tapi sekarang tak ada orang.

Aileen berlari masuk dlm biliknya. Dia terdengar lagi bunyi benda pecah. Dia terus mencapai telefonnya di atas katil itu. Dia call Darren.

Darren yang sedang meeting terus memandang telefonnya berdering. Dia tidak menjawab panggilan itu.

Semua staff memandang Darren. Mana taknya dari tadi lagi telefon dia berdering tapi Darren tidak menjawab panggilan itu.

"Boss.. boss jawab lah call tu dulu mana tahu kot-kot penting ke.. dari tadi lagi telefon boss berdering" salah satu staff menegur Darren

"Okay.. kejap saya jawab call dulu" Darren keluar dari bilik meeting. Dia menjawab panggilan dari Aileen.

"Kenapa call aku??? Kau tahu tak sekarang ni aku tengah meeting" Darren cuba mengawal suaranya

"Maaf.. saya tak ada niat nak kacau awak tapi boleh awak balik??? Saya takut...." Aileen terkejut apabila pintu biliknya diketuk

"Please!! Balik!!"

Tutt tutt!! [ Panggilan terputus ]

"Hello??? Aileen??? Shit panggilan terputus"

Darren masuk ke dlm bilik meeting semula. "Meeting cancel.. Dani Edward ikut aku.. right now!!!"

Dani dgn Edward terus keluar dari bilik meeting. Diorang hanya ikut sahaja kata-kata Darren. Diorang tahu kalau Darren berubah macam ni mesti ada something.

Darren masuk dlm kereta. Dia tiada masa sekarang ni. Dia takut 'orang' tu sudah munculkan diri. Darren memandu kereta dgn laju. Dia tidak peduli dgn lampu isyarat, dia langgar je lampu ii tu semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aileen menyorok dalam tandas. Dia takut orang yang menceroboh biliknya ini tahu keberadaan dia. Dia mendengar lelaki itu bercakap tapi satu habuk dia tidak faham. Lelaki itu bercakap bahasa lain.

DARREN ZAVIER [ C ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora