BAB 24

13.3K 592 10
                                    

Sudah beberapa hari Darren dengan Aileen tidak bercakap. Terserempak pun macam halimunan. Tidak bertegur sapa apatah lagi senyum. Adakah hubungan diorang akan berakhir???

Darren keluar dari biliknya, dia terpandang pintu bilik Aileen. Macam ni lah hidupnya sekarang ni selepas kejadian tu terus Darren mengambil keputusan untuk jauhkan diri dari Aileen buat sementara waktu.

Jauhkan diri bukan bermaksud untuk tinggalkan Aileen.

Aileen membuka pintu bilik. Dia pandang Darren di depannya

"Awak okay???" Soal Aileen

Tapi Darren tidak bersuara, dia terus tinggalkan Aileen yang terpinga-pinga itu.

Jelas air muka Aileen yang sedikit sedih melihat Darren pergi tanpa sepatah kata.

Apa salahnya???

Dia sudah terjatuh hati pada Darren tapi Darren tidak menyukainya. Diorang kahwin pun sebab Darren kasihan padanya.

"Dia tak suka kau Aileen.. jangan berharap" kata Aileen pada dirinya

Aileen masuk ke dlm biliknya semula lalu menangis sepuas hatinya. Dia tak boleh bayangkan kalau Darren ceraikan dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dani memandang Darren yang sedikit serabut.

"Kau okay tak bro???" Soal Dani

"Aku okay.. tak payah risau, kau pergi buat kerja kau sana" kata Darren

"Aku nak tanya kau something.. kau masih dgn keputusan kau tuh?? Tak kesian ke dekat dia weh?? Buang ego kau jauh-jauh.. don't be selfish"

"Aku buat semua nih bersebab bukan saja-saja.. kau tak akan faham" Darren berpeluk tubuh

"Sebab apa??? Sebab kau sayang dia ke??? Buang ego kau tu jauh-jauh.. fikir semula jangan buat keputusan terburu-buru" selepas berkata begitu Dani terus keluar dari bilik Darren

Darren terdiam mulutnya bagaikan terkunci 

Dia ego???

Bukan mudah dia nak sayang seseorang. Apatah lagi cinta tapi dia sendiri pelik dengan dirinya.

Edward memandang Dani masuk dlm biliknya tanpa mengetuk pintu

"Kau kenapa??? Dahlah masuk tak ketuk pintu.. salam pun tak bagi" kata Edward sambil memandang Dani

"Suka hati aku lah.. aku baru ceramah dkt Darren tuh"

"Kau ceramah apa???" Soal Edward

"Pasal dia dgn Aileen lah.. aku cuma kesian je dkt Aileen tuh" kata Dani

"Biarlah dia uruskan rumah tangga dia tuh.. kita tak payah masuk campur.. pandai-pandai dia lah selesaikan.. nanti dia sedar lah tuh"

"Iyalah.. ni kau taknak kahwin ke???" Usik Dani

"Kau yang kahwin dulu baru aku.. ha senang"

Dani tergelak besar

"Tak sangka awek keliling pinggang tapi takut nak kahwin HAHAHAHAHAHAH"

Edward menendang Dani sampai terjatuh. Geram betul dia dgn Dani.. mulut takleh kawal langsung, nak je dia sumbat stokin dalam mulut Dani tuh.

"Ehem ehem"

Dani dgn Edward terus pandang ke arah gerangan yang berdehem itu. Dani yang ingin membalas balik perbuatan Edward itu terus terbantut.

"Yesss bro??? Ada apa???" Soal Edward

"Aku nak balik.. tolong settlekan hal yang lain"

"Lah bukankah kau baru datang ke.. asal nak balik???" Soal Dani pula

"Aku nak rehat"

Dani dgn Edward memandang kepergian Darren.

"Aku rasa dia stress.. sekarang kan banyak projek masuk lepastu hal dia dgn Aileen lagi kan" kata Edward

"Aku pun rasa macam tu jugak.. mungkin dia tak sihat.. demam kot, kau faham-faham lah kalau dia nak demam macam tu lah jadinya"

Edward mengangguk kepala. Diorang berdua sudah kenal Darren dah lama semua perangai Darren diorang tahu. Macam sekarang lah mood dia tidak menentu bila nak demam atau sakit.

"Aku pun nak balik jugaklah.." Dani sengih

"Kau tak payah mengada-ngada.. aku tendang kau confirm koma 100 hari" Edward memberi amaran kepada Dani

"Kau tengok muka aku nih.. ada aku kisah??? Cakap lah kau pun nak balik jugak.. Harini kan free jadi apa kata kita balik awal" Dani jalan keluar dari bilik Edward

"Ha ye memang aku nak balik jugak.. duduk sini pun nak buat apa jugak.. kerja semua aku dah siapkan" Edward mengikuti Dani

Bila Dani menghasut macam ni lah.. semua menjadi hasutan dia tuh kecuali Darren. Darren tidak termakan semua hasutan Dani tuh. Hasut je apa-apa Darren tidak akan layan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Darren masuk ke dlm rumah. Sunyi sahaja rumahnya tiada suara Aileen menyapanya bila balik kerja.


Kakinya menapak ke dapur. Tiada satu pun makanan di atas meja. Darren mengambil keputusan untuk order makanan melalui talian.

Siap sahaja order makanan, Darren menapak ke bilik Aileen. Mungkin Aileen terasa dengannya pasal tadi.

Dia sudah berada di hadapan bilik Aileen. Dia mengetuk pintu bilik itu berkali-kali tapi tiada sahutan.

"Aileen???"

Darren mengetuk lagi

Darren tiada pilihan selain menceroboh masuk. Dia membuka pintu bilik Aileen, nasib baik tak berkunci. Mata dia terpandang Aileen terbaring di atas katil.

Dia berjalan perlahan-lahan pergi dkt Aileen. Mata Aileen sedikit bengkak, dia nangis??? Tapi kenapa???

"Aku buat nih bersebab.. aku tak akan lepaskan kau melainkan terpaksa" Darren terus keluar dari bilik Aileen. Dia menutup pintu perlahan-lahan tidak mahu Aileen terjaga.

























Heyyow.. i'm back ✌️

Next time saya update lagi.. ni dah Lost idea dah 😂

Thanks yang sudi baca story nih.. dah nak 4K dah😊

Jangan lupa vote ye 😊



Darren Zavier already 4K.. Thanks guys 💓

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now