05🌿

482 86 9
                                    

ㅡ•●•ㅡ

"Honeymoon?" tanya Hanbyeol lagi kepada ibu mertuanya.

Puan Park tiba-tiba sahaja datang ke rumah mereka pada awal pagi itu.

Habis mengelabah mereka berdua apabila Puan Park menelefon Seonghwa, mengatakan dirinya sudah berada di depan pintu rumah mereka.

Mana tidaknya, kalau-kalau Puan Park ada kunci rumah mereka, dan masuk terus dan mendapati mereka tidak tidur sebilik pada malam semalam maunya kena soal siasat dengan Puan Park.

Semalam, Seonghwa tidur di ruang tamu manakala Hanbyeol disuruhnya tidur di bilik.

"Iya lah honeymoon. Takkan kamu tak nak pergi honeymoon, jangan macam-macam eh eomma dengan eomma kamu dah tempah dah tiket untuk kamu berdua. "

Inilah yang mereka tidak suka.

Eomma mereka berdua kalau mahu membuat sesuatu bukannya mahu berbincang dengan mereka dulu.

"Honeymoon dekat mana?" soal Seonghwa pula.

"Tak jauh pun, dekat Jepun ja," jawab Puan Park sambil menunjukkan tiket penerbangan ke Jepun kepada anak dan menantunya.

Lalu diberikan tiket tersebut kepada Seonghwa.

"Okay kalau macam tu. Byeol setuju ja. "

"Eomma lusa ke? Kita kena pergi?" tanya Seonghwa lagi selepas melihat tarikh pada tiket tersebut.

"Yup!"

"Alaa, Seonghwa baru nak jumpa kawan Seonghwa hari tu," rungut Seonghwa pula.

"Mesti dia nak jumpa si sotong gedik tu," desis hati Hanbyeol.

"Esok atau hari lain lah kamu jumpa kawan kamu tu. Cakap dekat dia kamu nak pergi honeymoon. Mesti dia faham punya, sebab kamu baru kahwin. "

"Tak masalahnya, si sotong tu tak tahu lagi Seonghwa dah kahwin." bisik hati Hanbyeol lagi.

"Macam mana nak bagitahu, aku belum buka mulut lagi dia dah melenting haih nasib sayang ja tau," kata hati Seonghwa pula lalu mengeluh berat.

"Yelah nanti hwa bagitau dia."

"Kalau tak ada apa-apa lagi, eomma balik nak lah ya,"nkata Puan Park sebelum menghabiskan air kopi yang dibuat oleh Hanbyeol tadi.

Setelah itu Puan Park berangkat dari duduknya, dan menuju ke pintu rumah anaknya.

Seonghwa dan Hanbyeol mengikutnya dari belakang.

"Byeol, kalau Hwa ada buat salah tegur dia tau. Kalau dia buat Byeol nangis kah apa bagitau eomma biar eomma ajar dia balik."

"Eomma...."

Seonghwa bersuara mengundang ketawa Puan Park dan Hanbyeol.

Kalau Hanbyeol dan Puan Park bergabung memang habis lah Seonghwa kena bahan.

"Jaga isteri kamu ni, jangan kuat sangat bekerja. Lepas tu jangan balik lewat sampai tengah malam. Kamu ni dah jadi suami orang, faham tak?"

"Ya ya Hwa faham eomma."

"Okaylah eomma balik dulu."

Puan Park menapak ke arah keretanya, terdapat seorang pemandu peribadi sedang membukakan pintu untuknya.

Sebelum masuk itu, sempat lagi Puan Park melambai tangan kepada anak dan menantunya.

Setelah kelibat kereta Puan Park hilang dari pandangan, mereka berdua masuk dalam.

"So macam mana kau nak bagitahu dia pasal kita ni?"

"Entahlah weh, aku tak tahu."

"Baik kau bagitahu awal-awal sebelum dia serang aku lagi macam hari tu," sambung Hanbyeol sebelum naik ke atas.

Dia nak sambung tidur sebenarnya, dia mengantuk lagi. Tidak pernah-pernah dia bangun seawal begini kecuali dia pergi kerja saja lah. Kalau cuti, memang tidak lah dia mahu bangun awal.

Matahari tegak berdiri baru dia bangun. Itulah Hanbyeol.

ㅡ•●•ㅡ

Chapter seterusnya, watak orang ketiga muncul hueueue

Good morning!

Yang pergi sklh tu, selamat bersekolah!

Yang pergi sklh tu, selamat bersekolah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now