23🌿

453 71 21
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Seonghwa dan Hongjoong menatap enam orang rakannya itu dengan pandangan datar. Mereka berenam itu mahu makan atau mahu bergaduh, terpekik terlolong macam orang tidak betul.

Seonghwa pula yang malu melihat mereka, sudahlah orang yang berada di kedai makan tersebut memandang mereka berlapan.

"Yah Wooyoung jangan lah makan ayam aku!"

"Kedekut lah kau ni. Aku makan sikit ja."

"Sikit apa benda nya, kau makan dah enam ketul sekarang tinggal seketul lagi."

Lalu Yeosang menarik pinggan yang berisi hanya seketul ayam goreng saja. Wooyoung pula mencebikkan bibirnya seraya menatap Yeosang dengan pandangan tajam.

Manakala Yunho, San,  dan Mingi pula, mereka berdua sedang bermain video game sambil terjerit-jerit sambil menyebut perkataan kasar.

"F*ck! Babun betullah line dekat sini!"

"Sanie, tolong aku weyy."

"Macam mana aku nak tolong kau, aku balik ke tempat asal tadi. Sh*t lah!!"

"Korang boleh diam tak, aku tak boleh fokus dengan game ni,"ujar Mingi pula sambil tanganya sibuk menekan-nekan skrin telefonnya.

Seonghwa yang mendengarnya pun berasa mahu cili saja mulut San itu. Manakala Jongho pula hanya memerhatikan hyung hyungnya itu dan makan dengan senyap. Dia malas mahu masuk campur nanti tak pasal-pasal dia yang kena, baik dia diam ja.

Hongjoong, dia sempat lagi meminta maaf kepada orang yang berada di kedai tersebut atas kekecohan yang dibuat rakannya.

"Kita nak buat apa dengan dorang ni,"kata Seonghwa kepada Hongjoong.

"Lepas ni en, kita makan dekat rumah aku ja lah daripada malu dengan dorang ni buat kecoh,"cadang Hongjoong.

"Siapa nak masak?"

"Alah zaman dah canggih, kita order ja lah hyung. Apa susahnya,"sampuk Jongho.

"Kau tak nak join dorang buat bising kah ?" Tanya Hongjoong kepada Jongho.

"Tak nak ahh, otak ni tengah serabut fikir assignment yang belum siap lagi,"jawab Jongho.

"Tu lah kau, asyik nak bertangguh ja kan dah banyak kerja kau belum siap," sampuk San. Eh mamat  ni menyempat pula dia menyampuk.

"Wey korang, aku balik dulu lah. Takut Byeol cari aku nanti, tengok aku tak balik lagi." Kata Seonghwa sambil melihat jam tangannya.

Dia berjanji dengan Hanbyeol yang dia akan balik sebelum pukul lapan, sekarang ini jam dia menunjukkan pukul tujuh setengah. Lagipun, ada kerja yang dia mahu selesaikan.

"Yah takkan lah nak tinggalkan aku dengan budak-budak tak sedar diri ni,"ujar Hongjoong lalu menarik hujung lengan baju Seonghwa.

"Jongho kan ada, dah aku balik dulu."

Hongjoong mencebik lalu membiarkan Seonghwa pergi.

Semasa Seonghwa keluar dari kedai makan itu, dia terlanggar seorang lelaki.

"Ahh saya minta maaf encik. Saya tak sengaja." Ucap Seonghwa sebelum memandang orang yang dilanggarnya itu.

"Takpa, saya pun nak minta maaㅡSeonghwa?"

Membutang mata Seonghwa melihat orang yang dilanggar olehnya itu adalah Jaegyu.

"Yah kau pergi mana selama ni? Puas aku cari kau tahu tak."

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin