15🌿

430 91 25
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Sedang  Hanbyeol fokus mencari kesalahan yang terdapat di dalam manuskrip di tangannya terhenti apabila telefon pintarnya berdering.

Lantas panggilan tersebut di angkat tanpa memandang nombor yang menelefonnya.

"Hello?"

"Ini Puan Park Hanbyeol, isteri kepada Encik Park Seonghwa bukan?"

"Ya saya, ada apa eh call saya?"

"Oh kami dari pihak Hospital Yeouseoul ingin memberitahu yang suami puan berada di hospital kerana terlibat dalam kemalangan kecil semasa bertugas di tapak pembinaan."

"WHAT?!"

Semua rakan sekerja memandang ke arahnya namun pandangan mereka Hanbyeol tidak diendahkan.

Lalu dimatikan panggilan tersebut dan lantas menyandang begnya.

"Encik Hwang saya keluar sekejap ada hal kecemasan,"jerit Hanbyeol untuk meminta izin keluar dari ketua editornya dengan kelang-kabut.

Di situasi Seonghwa pula, dia sedang terlantar sakit dengan kakinya berbalut akibat patah. Mujur dia terjatuh dari tangga saja kalau terjatuh dari bangunan mau maut dia.

"Seonghwa-ssi kami balik dulu. Semoga cepat sembuh,"ucap rakan sekerjanya yang lain.

"Ah okay, terima kasih sebab tolong saya."

Selepas rakan-rakan sekerjanya itu beredar, dia berdecit. Malang sungguh harinya hari ini.

Kemudian itu dia memejamkan matanya, menenangkan fikirannya sehinggalah dia mendengar tapak kaki yang berlari masuk ke wadnya.

"Yah Park Seonghwa!"

Lantas dirinya dipeluk Hanbyeol dan tidak lama itu dia mendengar seseorang menangis.

"Byeol, aku okay ja la. Kaki ni ja yang patah,"kata Seonghwa yang sekadar mahu menyedapkan hati Hanbyeol.

Padahal dirinya itu sedang menahan kesakitan tambah lagi Hanbyeol memeluknya dengan erat ini.

"Lain kali hati-hati. Jangan cuai, ni tak kan dah patah kaki macam sekarang ni," Hanbyeol mendongak melihat wajah suaminya dengan air mata mengalir di pipi.

Seonghwa tersenyum nipis. Prihatin juga Hanbyeol dengannya.

"Yala yala, aku janji takkan jatuh tangga dan takkan cuai lepas ni." Janji Seonghwa kepada wanita itu.

"Emm,"gumam Hanbyeol lalu menyembabkan wajahnya ke dada Seonghwa.

Tiba-tiba pula dia jadi takut kalau-kalau sesuatu perkara yang tidak diinginkan terjadi dengan Seonghwa. Sudahlah pagi tadi dia bermimpi Seonghwa meninggalkan dia, memang cemas lah tadi bila mendapat panggilan dari hospital.

Pelukannya tadi semakin erat apabila dia terkenangkan mimpi tersebut.

"Aigoo Byeol, kau dah kenapa ni? Tiba-tiba jadi macam ni?"

"Aku takut kau tinggalkan aku,"ujarnya lagi. Kali ini pula suaranya seperti mahu menangis semula.

"Aku sayang kau tau, ingat tu,"sambung Hanbyeol lagi.

"Aku pun sayang kau juga. Kau kan kawan aku sehidup semati."

Hanbyeol mengetap bibirnya. Terasa perit hatinya mendengar Seonghwa hanya menyayanginya hanya sebagai seorang kawan.


ㅡ•●•ㅡ

Sian Byeol kena friendzone hmmm

btw thank you sudi baca cerita ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

btw thank you sudi baca cerita ni.

Dan, jgn lupa vote dn comment ya syg² sekalian >3

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now