19🌿

483 87 28
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Puas memandang penampilannya di pantulan cermin Hanbyeol tersenyum manis, perasan cantik pula dia.

Hanbyeol hanya mengenakan t-shirt putih dan cardigan berwarna cream yang mempunyai corak buah strawberi dan dipadankan dengan skirt paras lutut berwarna hijau.

Cardigan tersebut adalah hadiah ulang tahun nya pada tahun lepas dan Seonghwa yang memberikannya.

Cardigan tersebut adalah hadiah ulang tahun nya pada tahun lepas dan Seonghwa yang memberikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas itu dia menapak ke arah Seonghwa yang sedang tidur nyenyak. Hanbyeol perlu kejutkan suaminya itu supaya dia tidak terlajak tidur.

Lagipun Seonghwa yang menyuruhnya semalam untuk mengejutnya. Katanya ada kerja sikit mahu diuruskan.

Hanbyeol menghempaskan tubuhnya di atas tilam itu lalu meniarap sambil menatap wajah kacak Seonghwa.

"Hwa bangun. Aku dah nak pergi kerja ni."

Seonghwa pula hanya mengumam tetapi matanya masih tertutup menandakan lelaki itu seperti tidak mahu bangun.

Hanbyeol mengeluh panjang sebelum bertindak mengigit hidung mancung Seonghwa.

Mau terkejut suaminya itu kerana terasa hidungnya seperti terkena benda yang tajam.

Seonghwa mencelikkan matanya dan Hanbyeol pula sudah terkekeh-kekeh mengetawakannya.

"Suka hati mak nenek kau ja gigit hidung aku yang cantik ni,"ujar Seonghwa yang menatap Hanbyeol dengan tatapan yang sukar ditafsirkan oleh Hanbyeol.

"Dah kau tak nak bangun,"balas Hanbyeol lalu menyambung ketawanya.

"Amboi, dah berani eh buat macam tu dekat aku siap kau nanti."

Lantas dia bangun lalu menolak Hanbyeol sehingga terbaring menyebabkan gadis itu menjerit kerana terperanjat dengan kelakuannya itu.

"Yahhhhhh!"

Seonghwa tidak mengendahkan jeritan isterinya lalu dia senyum senget sebelum menempelkan bibirnya di seluruh muka Hanbyeol.

Tergamam gadis itu dibuatnya dan buat dia lagi terkejut bila Seonghwa mencium tengkuknya dan dia tidak mahu berhenti dari mencium Hanbyeol.

Dah macam tertagih pula dia.

"Hwa lepas hwa sebelum aku terajang kau makin patah kaki kau aku buat nanti,"katanya sambil menahan geli bila Seonghwa mencium tengkuk.

Nak tolak laki dia ni tapi tak dapat sebab tangan dia kena tahan dengan Seonghwa.

" Aku nak gi kerja ja laㅡyahh sakit lah Seonghwa!"

Hanbyeol ketika ini nak ja dia meluku kepala suaminya itu, suka hati dia ja nak gigit leher dia!

Selepas itu Seonghwa melepaskan Hanbyeol. Kemudian dia tersenyum kemenangan sebab berjaya mengenakan isterinya.

"Thank you sebab bagi morning kiss ehek."

"Morning kiss tengkorak kau. Dah ke tepi haihh aku dah lambat huaaa ni semua lah kau!"

Menyesal pula dia mengigit hidung Seonghwa tadi. Sekarang ni dia pula yang kena balik. Sudahlah hari ni dia ada meeting dengan penulis kegemarannya.

Dengan pantas dia turun dari katil tersebut lalu menuju ke kerusi meja soleknya untuk mengambil begnya sebelum laptopnya yang berada di atas meja tersebut diambil.

Seonghwa pula hanya memerhatikan saja isterinya dalam kekalutan untuk pergi kerja sambil menahan ketawa.

"Dia tak sedar ke siakk?" Soalnya sendiri setelah Hanbyeol keluar dari bilik tersebut.

[Skip]

Tergopoh-gapah Hanbyeol masuk ke tempat kerjanya. Semua rakan kerjanya memandang ke arahnya yang sedang menarik nafas dalam kelelahan dia berlari tadi.

"Belum pernah-pernah lagi editor terbaik kita ni lambat masuk office,"kata Chaemin sambil matanya sibuk memandang komputernya.

"Ada hal ka tadi sampai lambat?" Soal rakan sekerjanya yang lain pula, Ham Sona namanya.

"Huh memang ada eonnie,"ujar Hanbyeol kepada Sona dengan geram. Geram dengan Seonghwa. Kemudiannya, dia menuju ke tempat duduknya yang berada di antara Sona dan Chaemin.

"Apa Seonghwa ada buat hal kah tadi?" Soal Chaemin pula.

"Haah tapi bukan melibatkan sotong kurita tu lah."

Mendengar saja kawan baiknya berkata sebegitu lantas Chaemin dan Sona mendekati Hanbyeol.

"Pasal apa weh?" Soal Sona pula.

Kalau dua orang ni tak menyibuk memang tidak sah hari mereka kan.

"Erkk ada lah problemnya. Yang korang banyak tanya ni kenapa?"

Namun soalanya itu tidak dijawab oleh mereka berdua. Malah Sona dan Chaemin tiba-tiba mendekatinya dan memandang sesuatu yang tidak kena pada Hanbyeol.

"K-korang ni dah kenapa?" Hanbyeol mengundur ke belakang namun lantas Sona menahannya sebelum Chaemin menyelak rambutnya.

Terkejut Sona dan Chaemin melihat ada kesan kiss mark di tengkuk Hanbyeol.

"Weyy kau dengan Seonghwa buat tu kah semalam?" Tanya Chaemin dengan wajahnya yang ceria.

Hanbyeol mengerutkan dahinya kerana  tidak faham apa yang ditanya rakan-rakannya itu.

"Tu tu apa siot?"

"Alah buat-buat tak tahu pula dia. Cuba kau tengok tengkuk kau tu ada apa." Sona memberikan cermin kepadanya.

Terdiam seribu bahasa Hanbyeol melihat tengkuknya itu.

"WHAT DA FISH SEONGHWA ?!"

Serta merta wajahnya menjadi merah padam. Gila malu dia, mana nak letak muka dia ni. Selepas ni dia nak jumpa dengan encik Hoon macam  nak sorok tengkuk dia ni.

Ya ampun, Seonghwa memang cari maut lah dengan dia.

Seonghwa yang berada di rumah pula sedang elok dia menikmati sarapan pagi boleh pula dia tersedak air liurnya.

"Hukk hukk ada yang mengumpat aku ka siak?"





ㅡ•●•ㅡ

Apa lah yg aku merepek meraban dalam chapter ni aduii.

Oh ya, Ham Sona tu aku ambik watak dari fanfic johnny aku. Sapa nctzen tu jemput lah baca cerita tu.

Thank you!

Dh bye aku nak buat biskut dulu 😪

Dh bye aku nak buat biskut dulu 😪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now