22🌿

470 74 30
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Dua bulan kemudian, Seonghwa dan Hanbyeol menjalankan kehidupan mereka seperti biasa dan hubungan mereka sebagai sepasang suami isteri semakin bertambah baik dan tiada siapa pun mengganggu rumah tangga mereka termasuk Jaegyu.

Seonghwa langsung tidak menemui lelaki itu lagi dan khabar lelaki itu entah sihat atau tidak dia pun tidak tahu.

Jaegyu tiba-tiba menghilang, pertemuan Seonghwa dan Jaegyu di hospital tempoh hari adalah pertemuan terakhir mereka.

Seonghwa ada mencuba untuk menghubungi Jaegyu tetapi nombornya tidak dapat dihubungi. Seonghwa bukan apa, dia cuma risaukan Jaegyu ja. Sudahlah lelaki itu hidup sebatang kara, tiada saudara mara.

"Yah Cho Seungyoun! Eee budu lah bagi balik telefon aku siyal,"ujar seorang gadis berambut panjang sedang mengejar Seungyoun.

Seungyoun pula kelihatan seronok mengacau Kim Minseo, gadis yang sedang mengejarnya itu. Minseo merupakan soloist seperti Seungyoun.

"Siapa suruh kau ambil gambar aku senyap-senyap."

"Ishhh mamat ni kan!"

Hari ini Seungyoun mengajak keluarganya ke pantai dan dia ada menyuruh Hanbyeol dan Seonghwa datang sekali. Dia mahu meluangkan masanya sebelum kembali sibuk dengan kerjanya sebagai seorang penyanyi.

"Tengok tu eomma, Byeol rasa oppa tu suka Minseo eonnie lah,"ujar Hanbyeol kepada Puan Cho sambil memerhatikan kelakuan abangnya.

"Jelas lagi nyata,"balas Puan Cho sambil tersenyum melihat anak lelakinya.

"Eh mana appa kamu dengan Seonghwa ni. Lama betul dorang beli makanan."

"Ala biasalah tu, dorang tengah buat kedai makan tu yang lamanya,"seloroh Hanbyeol sebelum ketawa kecil. Puan Cho pula buat muka datarnya.

Tidak lama kemudian, Seonghwa dan Tuan Cho datang bersama bungkusan makanan dan air.

"Lamanya beli barang."

"Jalan nak ke sini sesak tadi tu yang lama,"balas Tuan Cho kepada isterinya sambil meletakkan makanan yang di belinya di atas meja lipat yang dibawa mereka tadi.

Seonghwa pula mendiamkan diri dan langsung tidak mahu memandang Hanbyeol dan sibuk menolong bapa mertuanya.

Merajuk.

Dia cemburu melihat Hanbyeol berbual dengan Juyeon sewaktu dia mahu mengajak isterinya itu makan tengah hari kelmarin. Jadi dia datanglah ke tempat kerja Hanbyeol, sekali tengok Hanbyeol sedang ketawa sambil berbual dengan Juyeon.

Padahal mereka berdua itu berbicara tentang Chaemin. Hanbyeol rapat dengan Juyeon pun disebabkan lelaki itu meminta bantuannya untuk mendapat Chaemin.

Juyeon sudah lama mempunyai perasaan dengan rakan baiknya itu tetapi itu lah Chaemin lembab sangat tidak sedar lelaki itu suka akannya.

Hanbyeol tahu Seonghwa merajuk dengannya, dia tahu suaminya sedang menunggu dia untuk memujuknya namun Hanbyeol hanya membiarkan lelaki itu terus-terusan merujuk dengannya. Sengaja dia berbuat begitu, dia suka melihat wajah cemberut Seonghwa. Comel.

Hanbyeol ketawa kecil melihat Seonghwa memuncungkan bibirnya.

"Eomma, eomma nak tahu tak ada orang ni dia masih merajuk dengan Byeol."

Lalu Puan Cho memaling ke arah Seonghwa yang sedang menayangkan wajah masamnya.

"Lah yeke, ala kesian dia. Byeol tak nak pujuk kah? Eomma tengok dah makin masam muka dia tu." Ujar Puan Cho lalu ketawa bersama Hanbyeol.

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now