20🌿

468 81 4
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Chaemin yang sedang menatal halaman instagramnya dengan khusyuk sehinggakan Sona berdiri di belakangnya pun tidak sedar.

"Huaa Seungyoun oppa buat live lah,"ujarnya seorang diri lalu menekan instagram Seungyoun tetapi tidak jadi apabila Sona menepuk bahunya secara mengejut.

"Eonnie ni kan, buat terkejut Min ja,"ujarnya besertakan cebikkan di bibirnya.

Sona ini tua empat tahun dari Hanbyeol dan Chaemin. Dalam kalangan mereka sebagai satu rakan sekerja, yang paling tua dalam umur lingkungan 30-an iaitu encik Hwang atau nama penuh nya Hwang Hyunjoon manakala yang paling mudanya Hanbyeol dan Chaemin.

( ada lagi rakan sekerja dorg tpi aku mls nak buat ayat )

"Kau ni sibuk dengan instagram ja, tau tak penulis Lee Yeon dah tunggu kau dari tadi."

"Aigoo aku lupa lah," lantas Chaemin mengambil buku nota dan telefon pintarnya sebelum naik ke tingkat ketiga di mana berada ruang untuk editor berbincang bersama dengan para penulis.

Hanbyeol pula dia baru saja selesai berbincang dengan penulis Hoon dan sedikit berbual kosong tentang dirinya.

Hanbyeol sangat gembira dan teruja sebab dia mendapat tandatangan penulis kegemarannya. Dia tidak sabar mahu menunjukkan novel yang ditandatangani oleh penulis Hoon kepada Seonghwa.

Eh cakap tentang Seonghwa, dia belum selesai lagi dengan lelaki itu. Balik nanti memang kena lah Seonghwa.

Tadi bukan main susah dia mahu menutup tengkuknya itu, mujur juga Jiah yang juga merupakan editor di tempat kerjanya itu membawa lebih hoodie. Jadi dia meminjam hoodie Jiah untuk menutup tengkuknya itu.

Selepas penulis Hoon keluar dari bilik berbincangan tersebut, Hanbyeol merebahkan dirinya sekejap di sofa.

"Huahh banyak betullah kerja hari ni. Esok buku Puan Shin kena hantar dengan Mr jang, lusa kena hantar buku Cik Nana aigoo boleh pecah kepala otak ni,"bebelnya seorang diri sambil memejamkan matanya.

Namun dia tidak sedar, bebelannya itu didengar oleh seseorang.

"Ehm excuse me? Awak ni Cik Yoo kah?"

Lantas Hanbyeol bangun apabila mendengar suara lelaki menyapanya lalu memandang empunya suara tersebut.

"Eohh doktor ? Doktor buat apa dekat sini?" Soal Hanbyeol kepada doktor yang ditemui di hospital tempoh hari.

"Lah awak rupanya. Awak editor dekat sini ka?" Soal Juyeon.

"Oh by the way, saya Lee Juyeon atau nama pena saya Lee Yeon."

"Doktor pun ada tulis buku juga? Woah daebak lah."

Kalau Hanbyeol memang tidak ada masa lah dia nak menulis sebuah karya macam Juyeon. Sudahlah dia doktor, pasti dia sibuk tetapi ada masa menulis.

Juyeon ketawa kecil melihat reaksi Hanbyeol yang kagum dengannya. Walaupun dia berkerja sebagai seorang doktor, ianya tidak menghalang dirinya untuk melakukan hobinya iaitu mengarang puisi dan sedikit cerpen untuk kanak-kanak.

"Saya tulis cerpen dengan puisi ja tak makan banyak masa pun,"ujarnya dengan rasa rendah diri.

"Eh lupa pula nak kenalkan diri. Saya Ch- ah ani saya Park Hanbyeol dan saya bukan cik Yoo yang awak cari tu. Dia ada dekat tingkat bawah."

"Ohh saya ingatkan awak cik Yoo taㅡ"

"Encik Lee Yeon saya minta maaf sebab lambat," Chaemin menerjah masuk ke bilik tersebut dan lantas menunduk badannya kepada Juyeon sebagai memohon maaf.

"Tak pa saya baru ja masukㅡYoo Chaemin?"

Tergaman Chaemin melihat wajah seseorang yang dia amat kenali dan sangat dibencinya.

"J-juyeon?!"

Lee Juyeon merupakan musuh ketatnya sejak dia masuk ke dalam universiti lagi. Mereka berdua berada dalam jurusan yang sama iaitu jurusan perubatan.

Mereka berdua kalau berjumpa saja asyik mahu bergaduh macam kucing dan anjing. Satu universiti itu tahu tentang mereka sebab selalu menimbulkan kekecohan.

Hanbyeol pula hanya sekadar memandang dua orang itu dengan pandangan yang binggung dan dia berasa dia perlu keluar dari bilik tersebut apabila dia melihat mata Chaemin bertukar tajam bila memandang Juyeon.

Takut pula dia kalau Chaemin marah. Rakan baiknya itu jarang sekali memarahi orang tetapi sekali saja api kemarahannya keluar memang menakutkan.

"Erkk gais saya keluar dulu. Macam serious ja, korang berdua setelkan lah dengan cara yang baik,"ujar Hanbyeol lalu beredar.

"Hai, long time no see lah. Tak rindu aku ka?,"ucap Juyeon sebelum memberikan senyuman sinis kepada Chaemin.

Chaemin menggengam tangannya dengan kuat. Dia tidak suka melihat senyuman itu seolah-olah dia dipandang rendah oleh lelaki di hadapannya ini.

Chaemin melepaskan keluhan. Dia perlu bersikap profesional di tempat kerja walaupun lelaki di depannya ini perangai minta kaki jadi dia terpaksa tahan dirinya untul tidak mencederakannya.

"So hai too but mari kita mulakan perbincangan kita sebab lepas ni saya ada kerja lain nak dibuat. Jadi saya harap encik Lee Yeon dapat memberi kerjasama dengan saya kalau nak buku encik cepat diterbitkan.




ㅡ•●•ㅡ

Juyeon muncul lagi~~

Sorry sebab tk ada part byeol dgn hwa, next chapter bersedia la melihat byeol meluku kepala hwa hahahha dan Jaegyu akan comeback

Kot lah

Comel ja dorg dgn budak2 ni🥺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Comel ja dorg dgn budak2 ni🥺


(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now