13🌿

414 84 21
                                    

ㅡ•●•ㅡ


Hanbyeol merenung tajam ke arah Seonghwa. Dia tidak marah pun dengan lelaki itu tetapi yang buat dia naik angin kenapa bilik dia juga jadi mangsa kerja gila dia dengan si sotong tu!

"Aku tak kira, kau kemas dan cuci segala cadar tilam, bantal, dengan selimut tu juga hari ni!"

Selepas dia berkata sebegitu lalu matanya merenung tajam ke arah Jaegyu yang sedang menayangkan wajah yang tidak bersalah dan tidak tahu malu.

"Kau..balik sekarang!"

Jerit Hanbyeol sebelum membaling bantal ke arah Jaegyu.

"Ish sabar lah. Dasar mak lampir!"

Jaegyu bangun dari duduknya dan mengambil beg duit dan telefon pintar. Setelah itu, dia menghampiri Hanbyeol.

Senyuman sinis ditayangkan.

" Satu kosong,"bisik Jaegyu di telinga Hanbyeol.

Hanbyeol sudah lah sedang menahan geram ketika ini boleh pula si sotong itu menambahkan rasa geramnya.

Oleh kerana dia tidak tahan menahan geramnya itu, ditentangnya aset terbesar bagi seorang lelaki.

Fuhh senak tu. Padam muka!

"Akrhh!"

Habis merah wajah Jaegyu sambil terkepit-kepit kakinya menahan kesakitan itu. Kau cari pasal lagi dengan Hanbyeol memang nahaslah jawabnya.

"Sayang!"

"Apa sayang-sayang? Aku cakap apa tadi? Kemas dan cuci kan."

Seonghwa baru ja mahu menghampiri Jaegyu yang berusaha menahan kesakitannya itu namun dihalang oleh Hanbyeol.

Meluat pula Hanbyeol bila Seonghwa bersayang-sayang dengan Jaegyu. Geli tahu tak geli! Nak ja dia humban dua manusia ni dalam jamban.

Jaegyu yang masih terkepit-kepit kakinya itu dipandang.

"Kau nak kena tendang lagi baru nak balik ka?"

Lelaki itu apa lagi, terpaksa lah menggagahkan dirinya untu berdiri tegak dan beredar dari rumah tersebut.

"Yah kejap lagi boleh tak aku bersihkan semua ni. Kerja aku banyak lah,"ujar Seonghwa yang meraih simpati daripada Hanbyeol.

"Tahu pun kerja banyak. Tapi boleh pula tadi berasmara dana dengan si sotong tu!"

"Dahlah dekat bilik aku. Kalau dekat tempat lain tak pa lah gak ish aku tibai kau kang."

Hanbyeol sebenarnya dia balik rumah sekejap sebab mahu mengambil laptopnya yang tertinggal lepas tu dia ingatkan mahu mengajak Seonghwa makan tengah hari sama-sama memandangkan dia keluar masa lunch.

Tetapi lain pula jadinya apabila dia masuk ke rumah ja terdengar bunyi yang tidak patut didengari oleh telinganya yang innocent itu dari dalam biliknya.

Tak pasal-pasal bertambah dosanya hari ini sebab meninggikan suara dengan suaminya. Mana tak naik anginnya kalau suaminya buat benda tak patut dengan orang lain, dengan sejenis lagi.

Tipu la Hanbyeol tidak terasa hati dengan perbuatan Seonghwa tersebut. Seonghwa langsung tidak menganggap dirinya itu sebagai isterinya. Lelaki itu hanya menganggap dia sebagai kawan.

Jujur dia kata dia menyesal berkahwin dengan Seonghwa.

"Balik nanti aku nak tengok semua benda dah siap dan tolong jangan buat lagi dekat rumah ni,"ujar Hanbyeol sebelum menapak keluar dari bilik tersebut.





ㅡ•●•ㅡ

Padan muka Jaegyu kena tendang dgn Byeol..

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.
(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum