16🌿

463 87 72
                                    

ㅡ•●•ㅡ

"Hwa makan lah bubur ni. Kata nak sembuh," Hanbyeol menghalakan sudi kepada Seonghwa, mahu menyuapkan bubur itu.

Seonghwa menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu memakan bubur hospital tersebut.

"Kau tak balik ka? Dah nak malam ni?" Soal Seonghwa.

"Tak aku nak teman kau malam ni. Dah cepat makan bubur ni,"jawab Hanbyeol pula yang masih berusaha memaksa lelaki itu memakan bubur tersebut.

"Tak nak, tak sedap. Rasa tawar. Apa kata kau yang makan, kau tak makan lagi kan" Tolak Seonghwa lagi sekali.

"Jangan jadi budak-budak please."

Hanbyeol melepaskan keluhan.

"At least sesuap ja supaya perut tak kosong kang masuk angin pula,"pujuk Hanbyeol lagi.

Sekian lamanya Hanbyeol memujuknya supaya makan bubur tersebut, akhirnya dia mangalah lalu  mengangakan mulutnya, tanda menyuruh Hanbyeol menyuapnya.

"Kau tak telan. Aku sumbat lagi bubur dalam mulut kau nak?"

Dengan terpaksanya dia menelan bubur tersebut sambil menatap Hanbyeol dengan tajam.

"Nah sesuap laㅡ"

"Baby!! Ya ampun apa dah jadi ni? Macam mana boleh terjatuh kesiannya you. Risau lah i."

Percakapan Hanbyeol terpotong apabila ada seekor sotong kurita tiba-tiba menerjah masuk ke wad tersebut macam dia seorang ja risaukan Seonghwa.

"Haihh bala dah sampai."

Hanbyeol meraup wajahnya sebelum memandang Jaegyu yang sudah berada di samping Seonghwa.

"Korang borak lah dulu. Aku nak keluar kejap."

Lalu Hanbyeol memberikan mangkuk yang berisi bubur tersebut kepada Jaegyu.

"Suruh dia makan bubur tu. Kalau dia tak nak makan kau paksa ja,"katanya sebelum memandang Seonghwa sekilas.

"Korang jangan pula buat benda tak patut dekat sini pula." Pesan Hanbyeol lagi sebelum beredar.

Tidak mahu tidak berada di situ jikalau ada Jaegyu. Mau bernanah telinganya nanti mendengar perbualan dua manusia itu.

"Baby aaa,"ujar Jaegyu yang mahu menyuapkan Seonghwa. Tetapi Seonghwa tidak mengendahkannya, dia sedang fikirkan tentang Hanbyeol.

Kenapa gadis itu sejak dua menjak ni lain. Tak maksud dia, kalau Jaegyu ada ja mesti dia akan cuba elekkan dirinya dari berjumpa dengan Jaegyu.

Kalau sebelum ini gadis itu tidak kesah pun kalau di bercerita tentang Jaegyu mahu berjumpa dengan Jaegyu, paling-paling dia dan Jaegyu akan bertikam lidah saja.

Bahunya ditepuk oleh Jaegyu menyebabkannya tersedar dari alam lamunannya.

"Yes?"

"Makan bubur ni," Jaegyu mencebik apabila Seonghwa tidak mempedulikannya tadi.

Fikir comel ka dia cebik macam tu? Kalau lelaki yang straight, dia lempang ja member dia kalau buat muka cam tu.

"I tak nak. Tak ada selera lah. You pergi lah balik. I nak bersendirian,"ujar Seonghwa yang membuatkan Jaegyu seakan-akan tidak percaya yang lelaki itu berkata sedemikian kepadanya.

Seonghwa tiba-tiba pula hilang selera nak makan dan tidak ada mood mahu melayan Jaegyu. Fikirannya itu sedang sibuk memikirkan sesuatu yang dia jumpa petang tadi.

"Okay fine! Jangan cari i lagi,"rajuk Jaegyu.

Dia ingatkan Seonghwa akan memujuknya jika dia berkata demikian. Rupanya tidak. Lelaki itu sedang memejamkan matanya seperti sedang tidur.

"Ish benci lah dengan you ni. Bukan nak pujuk. Tidur pula dia herh!"

Jaegyu menghentak kakinya tanda dia memprotes dengan Seonghwa dan beredar dari wad tersebut.

Manakala Hanbyeol pula berada di kafeteria hospital. Nasi dan lauk yang dipesan tadi tidak dijamah langsung. Perutnya lapar tetapi dia tidak lalu mahu makan.

"Patut ka aku minta cerai dengan Seonghwa atau ikut cakap Min untuk goda Seonghwa?"

Sedang dia memikirkan soalannya itu, tiba-tiba ada seorang doktor lelaki tidak sengaja tertumpahkan ice americanonya di baju Hanbyeol.

"Ahhh maafkan saya. Oh my god apa kau dah buat ni Juyeon hish," sempat pula dia mengetuk kepalanya sendiri.

Setelah itu dia menunduk maafkan kepada Hanbyeol berkali-kali.

"Tak pa tak pa, sikit ja ni." Kata Hanbyeol sambil mengelap baju dengan sapu tangannya. Nasib baik dia ini jenis yang suka bawa sapu tangan ke mana-mana. Dalam begnya, wajib ada sehelai sapu tangan dan tisu mana tau kot kot kejadian ini yang akan berlaku.

"Nak saya ganti baju awak tu ka,"ujar doktor yang membahasakan dirinya dengan nama Juyeon tadi.

"Tak pa doktor. Tak perlu ganti pun."

"Hmm saya rasa bersalah lah buat baju awak kotor,"ujar Juyeon.

"Betul ni saya okay ja. Saya tak marah doktor pun so doktor jangan lah rasa bersalah nanti saya pula yang rasa bersalah nya,"jelas Hanbyeol lagi sebelum dia memandang Jaegyu keluar dari elevator dengan muka yang masam.

"Gaduh lah tu tch."

"Betul ni?"

Soal Juyeon lagi membuat Hanbyeol mengalihkan pandangan ke arahnya semula.

Hanbyeol mengangguk.

"Ehmm kalau tak ada apa-apa lagi. Saya nak naik ke atas tu nak tengok keadaan suami saya."

Makanannya tadi dibiarkan saja di atas meja. Dia mahu melihat Seonghwa saja, kut kut lah ada sesuatu yang terjadi.

Juyeon pula hanya melihat Hanbyeol pergi.

"Haiii sayangnya dah bersuami rupanya. Baru nak try tadi,"ujar Juyeon seorang diri.





ㅡ•●•ㅡ

Watak bru muncul gaiss

Lee Juyeon The boyz uuuuu

Tpi aku tak tahu lh sma ada nk buat dia jdi second lead dlm ff ni.

Tgok lh idea aku mcm mana nanti.

Aku hrp ff ni tak ke laut aku buatnya 😶

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku hrp ff ni tak ke laut aku buatnya 😶

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now