08🌿

465 84 6
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam namun Seonghwa masih belum pulang lagi ke rumah.

Hanbyeol tetap menunggu kepulangan Seonghwa walaupun lelaki itu sudah memesan kepadanya jangan menunggunya pulang.

Lagipun dia tidak dapat tidur jadi dia bercadang untuk menonton movie sambil berbaring di sofa dengan badan diselubungi selimut tebal.

Hanya cahaya skrin televisyen sahaja yang menerangi ruang tamu tersebut. Hanbyeol lebih suka menonton filem ataupun movie bergelap, baru lah syok ala ala dalam wayang gitew.

Sedang dia lahai menonton movie tersebut, Hanbyeol tidak sedar bahawa Seonghwa sudah pulang dalam keadaan yang mabuk.

Terhuyung-hayang lelaki itu masuk ke rumah. Kasutnya pula dibuka dan dicampaknya menyebabkan Hanbyeol tersedar akan kehadiran.

Lantas Hanbyeol menuju ke arah lelaki itu.

"Aigoo berapa banyak kau minum ni?"

Badan Seonghwa dipapahnya, lalu dibawanya lelaki itu duduk di sofa ruang tamu oleh kerana dia tidak dapat menahan berat lelaki itu. Tidak mampu Hanbyeol membawa Seonghwa naik ke atas dengan keadaan lelaki itu.

"Cikit ja aku minum," balas Seonghwa sambil tersedu dan membetulkan posisinya  yang tadinya berbaring kepada duduk bersila.

Mendengar balasan lelaki itu, lantas Hanbyeol menekup kedua belah pipi Seonghwa sehingga bibirnya menjadi seperti paruh itik.

"Tengkorak kau sikit."

"Eii behtul lahh cikit macam ni."

Tangan Hanbyeol yang menekup pipinya itu dilepaskannya kemudian menunjukkan jari nya seperti 🤏🏻 ini kepada Hanbyeol.

Setelah berkata sebegitu, secara tidak sengaja Seonghwa menarik Hanbyeol masuk ke dalam dakapannya.

Hanbyeol apa lagi tersentak apabila lelaki itu bertindak memeluknya dengan tiba-tiba.

Seonghwa pula masih dalam dunia mabuknya, lalu dia meletakkan dagunya di bahu gadis itu lalu berkata kepada Hanbyeol,

"Byeol, semua yang aku buat ni betul atau salah?"

Bingung dengan soalan lelaki itu.

"Maksud kau? Aku tak faham."

Namun soalannya tidak dijawab. Seonghwa mendiamkan diri sambil matanya dipejamkan.

"Tak pernah-pernah dia mabuk teruk macam ni."

Pelik dia dengan lelaki itu tiba-tiba saja mengajukan soalan yang tidak tahu tentang apa yang ditanyanya.

Kalau Seonghwa minum banyak mana pun dia takkan mabuk teruk macam hari ini.

"Ada yang tak kena kah?"

Hanbyeol melepaskan tangan Seonghwa yang memeluk pinggangnya tetapi lelaki itu memeluknya semula.

"Aigoo hwa lepas lah."

"Tak nak! Hwa nak peluk Byeol"

Hanbyeol ingatkan lelaki itu tidur rupanya tidak.

"Kau baring lah. Tak sakit kah pinggang tu kau duduk pastu peluk aku ni."

Lalu pelukkan itu dilepaskannya sambil mencebikkan bibirnya. Tergelak kecil Hanbyeol melihat kelakuan lelaki itu yang seperti budak kecil.

"Kau mabuk memang macam ni eh? Macam budak-budak,"ujar Hanbyeol lalu ketawa semula sebelum berdiri untuk menutup suis televisyen.

Kemudian itu dia kembali memandang Seonghwa yang turut memandangnya.

"Kau nak aku ambilkan apa-apa kah? Air?"

Seonghwa menggelengkan kepalanya.

"Aku nak peluk kau ja,"ujar lelaki itu pula.

Terkebil-kebil mata Hanbyeol melihatnya.  Si hwa ni macam tersedak sangat nak peluk Hanbyeol dah kenapa?

"Haihh kau ni macam-macam lah."

Hanbyeol menghampiri Seonghwa sambil merungut dengan sikap ketiberan lelaki itu.

"Ha peluk lah," Hanbyeol mendepakan(?) tangannya.

"Baring lah sebelah aku."

( sofa dia tu muat untuk dua orang baring dkt situ )

Hanbyeol menayangkan pandangan seriously Park Seonghwa?

Tanpa membuang masa, lelaki itu bangun dari pembaringannya dan menarik tangan Hanbyeol menyebabkannya terduduk di sofa tersebut.

"Yah jangan lah main tarik, sakit tahu tak!" marah Hanbyeol lalu menjeling Seonghwa yang tersengih kambing sebelum berbaring di sebelah lelaki itu.

Jangan sangka dia mabuk dia lembik eh. Kuat juga dia menarik Hanbyeol tadi.

"Mian," ucap Seonghwa sebelum berbaring semula.

Selimut tebal yang dipakai Hanbyeol tadi ditariknya menyelimuti badan mereka berdua.

Kemudiannya, Hanbyeol dapat merasakan bahawa pinggangnya dipeluk oleh tangan Seonghwa.

Dia tidak tahu mengapa jantungnya ketika itu berdegup kencang apabila lelaki itu bertindak memeluk. Dia dapat rasakan dirinya itu sudah seperti patung cendana.

"Good night Byeol. "


ㅡ•●•ㅡ

Hi?Maaf sebab dah lama tak update book ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi?
Maaf sebab dah lama tak update book ni.
Sejujurnya aku ada banyak masa nak habiskan semua fanfic aku memandangkan dah jadi penanam anggur yang berjaya ni, tapi aku dilanda kemalasan yang agak parah.
Baru hari ni hati aku tergerak nak update book ni.
Huhuhu mian buat yang tertunggu fanfic ni diupdate.

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now