21🌿

476 83 16
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Bunyi loceng rumah ditekan, Seonghwa yang berada di halaman belakang lantas menuju ke pintu utama dalam pergerakan yang perlahan kerana bertongkat.

"Kejap!"

Setelah itu, lock pintu rumah dibukanya lalu terpampang jelas wajah isterinya dan Chaemin.

Hanbyeol yang sedang menahan sakit kepalanya itu dipandang dengan terkejut lalu dihampiri isterinya itu.

"Kenapa pucat sangat muka kau ni Byeol ?"

Tanya dengan risau sebelum memegang pipi Hanbyeol.

"Isteri kau ni degil tau tak, orang suruh makan dia tak nak. Kan dah sakit kepala,"bebel Chaemin.

"Bukan aku tak nak makan, kerja aku banyak mana sempat,"balas Hanbyeol yang tidak mahu kalah dengan Chaemin.

Chaemin memandang rakan baiknya itu dengan datar. Sudahlah malas dia mahu memberi ceramah dengan gadis itu, bukan mahu dengar pun. Nasib baik sayang ja.

Kemudian, Chaemin mengembalikan kunci kereta Hanbyeol kepada Seonghwa.

"Aku balik dulu dan pastikan dia ni makan. Kalau dia nak kau call aku nanti aku paksa dia makan,"pesan Chaemin sambil menarik telinga Hanbyeol.

"Ni telinga ni dengar kata suami kau. Dah lah aku balik dulu Sona eonnie dah tunggu tu kang membebel pula dia, bye,"ujar Chaemin lagi.

"Hmm bye,"balas Hanbyeol sebelum masuk ke dalam meninggalkan suaminya yang sedang menutup pintu.

Setelah itu Seonghwa mengikuti Hanbyeol ke ruang tamu. Isterinya itu pula sudah menghempaskan dirinya di sofa.

Kepala dia tu rasa mahu pecah saja sakitnya. Itu lah orang ajak makan dia tak nak masih juga berdegil menyiapkan kerjanya, sekarang ni tanggung lah sakitnya. Tadi pagi pun bukan sempat bersarapan hanya minum air hot chocolate ja.

( jgn skip makan ya anak2 sekalian klu tak nak kena mcm hanbyeol dan aku ni hmm🙂)

"Masih sakit kah ?" Soal Seonghwa seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Hanbyeol.

Hanbyeol hanya berdiam, tidak mahu menjawab soalan suaminya itu. Lalu dia bangun dari pembaringannya selepas itu dia memandang Seonghwa dengan raut wajah yang kosong.

Tidak lama itu dia mendepa tanganya seperti minta dipeluk oleh Seonghwa. Seonghwa pula mengerutkan dahinya melihat tindakan gadis itu.

Melihat suaminya itu tidak faham apa yang dia lakukan, Hanbyeol mencemberutkan mukanya.

"I want to hug you paboya."  Kata Hanbyeol lalu menghampiri suaminya kemudian duduk di atas riba Seonghwa dan lantas dipeluknya lelaki itu dan membenamkan  wajah ke bahu Seonghwa sebelum memejamkan matanya.

Seonghwa apa lagi dia terkejut kerana Hanbyeol tiba-tiba bertindak duduk di atas ribanya.

Hanbyeol memang manja bila dia sakit.
Sewaktu dia masih kecil, kalau dia sakit mesti dia mahu memeluk ibu ayah atau pun abangnya tetapi Hanbyeol selalu meminta abangnya untuk memeluknya.

"Cakap ja lah nak peluk,"ujar Seonghwa lalu membalas pelukan tersebut.

"Kau tu lambat sangat nak pick up."

Lama mereka dalam keadaan sebegitu dan masing-masing mendiamkan diri, melayan perasaan masing-masing.

Tidak lama kemudian itu, Hanbyeol memecahkan suasana tersebut.

"Hwa, kenapa kau tiba-tiba suruh aku pikat hati kau?"

Dia bukan tidak suka Seonghwa mahu berubah, dia bersyukur sangat lelaki itu mahu ke jalan yang betul tetapi dia tertanya-tanya apa yang membuatkan lelaki itu mahu berubah.

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now