18- Japan

3.2K 80 1
                                    

Bulan ke-5 pregnancy,

Aku yang sedang bersenang-senang di ruang tamu itu menghayunkan-hayunkan kaki ku sambil memakan Super Ring. Fuh! Jajan favourite aku tu!

"Princess".

Aduh, mana-mana je ada dia ni. Menyampah pulak aku. Setiap masa dan di mana-mana dia akan teman aku. Yela, memang senang nak mintak tolong walaupun aku jarang mintak tolong dia. Tapi, serabut tahu tak.

"Apedie? Setiap masa nak panggil, serabut tahu tak?". Aku menjilat-jilat jari ku yang terkena serbuk Super Ring yang bewarna jingga itu.

"Nak cakap ni". Dia menekan butang off telefonnya dan meletakkannya ke atas meja.

"Minggu depan, aku kena pergi Japan".

Amboi!
Jauh naw.

"Lepastu?". Aku menjongketkan kening ku.

"Tak nak tanya ke aku nak buat apa kat sana?".

"Not my business".

"Nak bagitahu jugak". Dia menghampiri ku dan memeluk erat lengan kiri ku.

"Don't.touch.me". Aku menolak keras badannya.

"Baby, tengok mama tu". He whined like a tiny lost child.

"Boleh tak jangan cakap macam tu? Geli".

"Okay-okay, no more whining. Aku outstation for 2 weeks sebab ada interview or adalah urusan-urusannya dengan syarikat game kat sana untuk terbitkan satu game baru ni. Projek ni besar, so aku terpaksa terima and tinggalkan kau. Kau okay?". He looked into my eyes.

"Entah". Aku mengangkat kedua-dua bahu ku.

"Eh, jangan macam tu. Aku tanya ni sebab aku tak tahu nak tinggal kau kat mana. Kat siapa. Kau nak duduk mana ni? Balik kampung, rumah mama? Takpon, duduk je sini".

Actually, aku lebih suka option terakhir.

"I prefer the last option". Aku melipat-lipat plastik Super Ring yang tadinya besar itu menjadi lipatan yang kecil lalu memegangnya.

"Okay, tapi kena hati-hati. Oh, kenapa tak nak balik kampung?".

"Jangan sibuk boleh tak?".

"Just asking".

"Awak nak ke suruh mak ayah saya tengok perut buncit ni? Pastu tanya anak ni anak siapa". I rolled my eyes.

"Baby kan anak mama dengan papa". Perlahan sahaja dia berkata-kata.

"Anak awak je. Bukan anak saya".

...

Aku masuk ke dalam bilik ku dan duduk di birai katil.

Perut ku yang sudah sedikit membesar itu digosok-gosok.

"Ni anak mama jugak lah". Aku tersenyum nipis sambil merasai tendangan si kecil itu daripada dalam.

Aku mengaku, dulu memang aku bencikan kandungan ni. Hanya kerana dia ni, berketurunan Khairin. Tapi, setelah aku fikir-fikir, baby ni tak salah. Yang salahnya, his or her f*cking father!

"Maafkan mama kalau suatu hari nanti mama terpaksa tinggalkan baby. Baby duduk elok-elok tau dengan...". Aku teragak-agak untuk menyebut perkataan terakhir.

"Dengan papa. He will love you with his whole heart, i promise".

...

1 week later,

"Princess, boleh tak kalau aku nak tidur dengan kau malam ni? Sekali ni je, esok aku dah kena pergi Japan". Buat pertama kalinya, dia memberanikan dirinya untuk bertanya.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©Where stories live. Discover now