Special Chapter 3

1.2K 47 3
                                    

(a/n: korg baca jela kalau author sambung tulis tu 😭 aku dah tak tahu mcm mne nak terang lagi)

...

"Princess, jom makan dekat luar. Aku teringin nak makan Subway la". Aku pon keliru siapa yang mengandung sekarang. Yang dia beria sangat mengidam macam-macam ni apahal?

Aku hanya menggeleng malas. Malas nak dilayan permintaan kebudak-budakkan dia tu.

"Ala, jom la. Kita dating. Aku penat ni baru balik kerja, nak la dating dengan kau". Dia memujuk lagi sambil memeluk lengan aku.

"Saya cakap tak nak, tak nak la. Awak tak faham bahasa ke? Dah la tengah sarat ni, kalau terberanak nanti?". Iya, benar. Kandungan ku sudah berusia 8 bulan. Dah rasa macam malas sangat nak berjalan. Kalau nak turun ke tingkat bawah pon, ambil masa 15 minit, lebih kurang.

" Baby, baby jangan la keluar lagi. Papa lapar ni. Mama dah la masak untuk dia seorang je. Dahtu, papa nak makan apa? Baby tak kesian ke dekat papa?". Dia seterusnya membaringkan kepalanya ke riba ku dan mengusap-usap perut ku yang sudah membesar itu.

Haah la. Aku masak untuk diri aku dengan baby je tadi. Rasa bersalah pon ada. Ada la baki yang tak habis tadi, aku lebih mememilih untuk bagi dekat kucing jiran sebelah daripada simpan untuk dia. Jahat kan aku?

"Please, baby...". Suaranya seumpama menahan kantuk sahaja. Ditambah pula dengan suara perut geloranya yang aku agak sedang lapar itu.

Kesian lah pulak...

Dan akhirnya, beberapa minit kemudian, dia tertidur di situ. Di atas riba aku, sambil memeluk pinggang ku. Telinganya ditekapkan tepat ke perut boyot ku.

Dasar bayi besar.
Mengada!

Tangan ku tiba-tiba sahaja gatal nak usap rambut dia. Perlahan-lahan sahaja aku usap. Ish, kesian nya dekat dia. Kalau aku tahu, aku akan kesian kan dia macam ni tadi, baik aku simpan je lauk tadi.

"Khai...". Halus sahaja suara ku memanggilnya.

"Hm...?".

"Nak pergi tak? Jom la".

"Tak jadi la. Aku takut... nanti kau dengan baby, sakit". Wajahnya semakin ditekap rapat ke perut ku. Mengada betul Amirul Khairin ni!

"Bangun lah, bersiap. Nanti awak nak makan apa?".

"Betul ni?". Dia mendongakkan sedikit mukanya.

"Hm, cepat la".

"Thank you, baby". He kissed my stomach once.

"Thank you jugak, mama baby". Dia merenung mata ku sebelum melabuhkan bibir lembutnya ke pipi ku.

"Okay".

...

"Khai! Cepat la!". Dia ni kan. Kalau bab bersiap, mengalahkan perempuan! Nak pergi makan je pon. Tak reti-reti nak laju sikit. Benci la kena tunggu macam ni, ish!

"Sorry princess, susah la nak cari baju tadi". Katanya sambil bergegas ke arah ku.

"Handsome tak?". Sempat lagi dia bertanya.

"Hm".

"Weyh! Seriously, kau cakap aku handsome? First time, dho! Sayang princess banyak-banyak!". And then he showered me with his kisses all over my face.

"Dah, jom. Nanti subway tutup". Dia mencuba untuk memegang tangan ku.

"Kejap. Erm...".

"Kenapa, princess?". Dia mengangkat sebelah daripada keningnya. Berasa keliru.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©Where stories live. Discover now