27- The End For Today

3K 86 4
                                    

"Mak, ayah". Aku menyalami kedua orang tua itu dan memeluk kemas badan mereka.

"Kamu pergi mana, Puteri? Mak rindu sangat".

"Ish mak ni, Puteri study kan?". Aku melepaskan pelukan ku dan memegang tangan emak.

"8 tahun tak balik, mana mak tak risau nya".

"Ayah? Ayah tak rindukan Puteri ke?". Aku bertanya sambil ketawa kecil.

"Ayah rindu. Tapi, ada yang lagi rindu". Aku tersenyum sebelum melontarkan pandangan ke arah Khai yang sedang duduk di bawah pokok mempelam bersama Airin itu.

"Khai?".

"Haah, Puteri. Setiap hujung minggu, mesti dia datang. Memanglah dia datang melawat mak dengan ayah jugak kan? Tapi, mak tahu, Khai sebenarnya datang sebab nak tahu khabar kamu. Setiap hari dia datang tu, dia tanya pasal kamu. Mak pon cerita lah semua".

"Ye ke mak?".

"Ye, sayang. Mak ingat lagi...".

Flashback (emak khairina point of view):...

"Assalamualaikum, mak".

"Waalaikumusallam, Khai. Awalnya sampai".

Dia menghulurkan aku beberapa plastik yang penuh berisikan barang dapur.

"Nah, untuk mak".

"Susah-susah je, Khai. Eh, Airin mana?". Aku bertanya ketika tidak melihat kelibat kanak-kanak kecil itu.

"Airin duduk dekat babysitter dia".

"Kenapa tak bawak sekali?".

"Tak pandai sangat drive dengan budak ni sebenarnya. Biasanya, kalau nak drive dengan budak, mesti kena ada orang teman. Selalu Lily yang ikut. Tapi, Lily takde". Dia menjelaskannya.

"Oh... Eh-, naiklah Khai. Mak lupa pulak".

Dia lalu berjalan menaiki tangga kayu itu.

...

Aku menghidangkan nya secawan air teh panas dan sepinggan kek pisang buatan ku sendiri.

"Ayah mana, mak?".

"Ayah pergi kebun, sekejap nanti balik lah kot".

"Oh...".

"Khai kalau nak rehat, masuklah bilik hujung tu. Tu bilik Puteri dulu". Aku menghalakan jari telunjuk ku ke arah sebuah bilik yang tertutup rapat pintunya. Bilik itu sentiasa ku jaga rapi. Setiap seminggu sekali, pasti dibersihkan supaya tidak lah terlalu kotor.

...

"Princess pergi mana lama-lama? Dah 5 tahun saya tunggu". Aku terdengar menantu ku yang sedang berkata-kata sendiri di dalam bilik itu.

Apabila ku intai sedikit, dia rupanya sedang duduk di birai katil sambil merenung sebuah frame gambar.

Gambar itu ialah gambar Khairina, anakku yang elok memakai baju sekolah menengahnya berdiri sambil tersenyum manis. Bajunya basah bermandikan hujan.

"Saya rindu dekat Princess saya ni".

Jujur, aku sangat mengasihani dia. Ditinggal isteri begitu sahaja. 5 tahun lamanya.

End flashback (end emak khairina point of view) :...

"Hey, borak ape?". Tersentak aku apabila dia tiba-tiba datang menyapa.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©Where stories live. Discover now