BAB 4

2.3K 141 16
                                    

"MAK tak setuju.." keras Puan Alma berkata.

"Eh awak ni dah kenapa Alma? Elok dah budak-budak tu setuju nak ikut rancangan mak tu. Kenapa awak nak bantah pulak?" soal Encik Roslan tidak puas hati.

"Dah takde orang lain dah ke yang mak awak tu nak jodohkan? Kenapa anak kita pulak yang dipaksa untuk kahwin dengan budak tak guna tu? Keturunan perampas tu tak layak dengan anak kita ni," bidas Puan Alma keras.

"Alma tak baik awak cakap macam tu. Benda lama janganlah diungkit-ungkit lagi. Diana tak salah pun dalam hal ni," lembut Encik Roslan menasihati.

"Ah saya tak peduli. Salah ke tak salah ke saya tetap benci seluruh keturunan dia. Ni Azfar mak nak tanya kau, perempuan tu paksa kau ke suruh kahwin dengan dia? Cuba kau cakap terus terang dengan mak," soal Puan Alma keras.

"Takde siapa-siapa pun yang paksa Azfar. Azfar yang rela hati nak teruskan rancangan opah ni," jujur Azfar.

"Ha awak dengar tu anak awak sendiri pun dah setuju nak ikut rancangan mak tu. Awak sebagai ibu kenalah doa yang baik-baik. Restu perkahwinan dorang ni. Bukannya jadi penghalang. Lagi pun dorang ni nak bina masjid. Besar pahalanya tu," nasihat Encik Roslan.

"Saya tak menghalang Azfar nak kahwin dengan siapa pun. Tapi kenapa mesti dengan keturunan tak guna tu jugak yang mak awak beria nak jodohkan? Dah takde perempuan lain yang lagi elok ke nak suruh jadi menantu saya? Awak sendiri tahu saya memang benci dengan seluruh keturunan Zura tu," geram Puan Alma.

"Mak, ayah sebenarnya Azfar betul-betul tak faham. Kenapa mak benci sangat dengan keluarga Diana tu? Apa sebenarnya yang dah berlaku?" soal Azfar yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.

"Dah kamu tak payah sibuk-sibuk nak ambil tahu. Keputusan mak dah muktamad. Mak tetap tak setuju kalau kamu nak kahwin dengan anak perempuan tak guna tu," keras Puan Alma memberi amaran.

"Tapi mak, Azfar tak sanggup nak kecewakan opah tu. Opah pun dah tahu pasal hal ni. Dan dia pun gembira dengar berita ni. Takkan Azfar nak cakap dekat opah semua ni tak jadi pulak?"

"Mak tak peduli semua tu. Entah-entah opah kamu beria sangat nak kamu kahwin dengan budak Diana tu sebab nak kamu jadi pak sanggup. Gamaknya budak tu dah bunting anak haram. Baik kamu fikir baik-baik. Mak tak nak kamu jadi kambing hitam Azfar," tegas Puan Alma berbicara.

"Astaghfirullahalazim.. Alma apa awak merepek ni? Awak tahu tak apa yang awak cakap ni boleh jadi fitnah?! Kut ya pun awak benci sangat dengan budak Diana tu janganlah sampai mulut awak suka hati je nak fitnah budak tu," marah Encik Roslan.

"Eh abang tak betul lagi ke apa yang saya cakap ni? Abang tak pelik ke, kenapa tiba-tiba mak awak tu beria sangat nak kahwinkan budak Diana tu dengan anak kita? Entah-entah budak Diana tu yang paksa mak awak supaya aturkan perkahwinan antara dia dengan anak kita. Senang nak tutup malu besar yang dia dah buat," ujar Puan Alma selamba.

"Ya Allah Alma sudah-sudahlah awak duk fitnah Diana tu. Tak baik awak tuduh budak tu sampai macam tu sekali. Awak bukan setakat fitnah dia tapi awak tuduh dia berzina lagi. Awak tahu tak berdosa besar awak tuduh dia macam tu," keras Encik Roslan berbicara.

"Abang tak payah nak bela sangatlah keturunan tak guna tu. Keputusan saya tetap muktamad, saya tetap tak setuju anak kita ni kahwin dengan anak daripada keturunan tak guna tu," herdik Puan Alma.

"Azfar, kamu tak payah nak peduli pasal mak kamu ni. Kalau kamu dah cukup yakin dengan keputusan kamu ni, teruskan. Ayah akan sokong. Lagi pun kamu buat ni semua demi opah. Ayah yakin opah buat semua ni pasti bersebab. Ayah yakin kamu akan bahagia dengan Diana tu. Diana tu budaknya baik. Ayah kenal sangat dengan anak saudara ayah tu," ucap Encik Roslan. Pandangan tajam daripada Puan Alma langsung tidak dihiraukan.

Suri Hati Mr BekuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora