BAB 8

1.8K 131 12
                                    

INAI merah di jari direnung dengan pandangan kosong. Hembusan nafas berat dilepaskan. Sekali sekala mata ligat merenung ke arah manusia-manusia yang sedang galak bergelak ketawa. Masing-masing jelas kelihatan sungguh gembira. Gembira mahu meraikan majlis perkahwinan antara Diana dan Azfar.

Pandangan beralih pula ke arah persekitaran rumah kampung milik Opah Tijah. Lima buah khemah sudah selamat didirikan di sekeliling rumah opahnya itu. Malah  suasana semakin meriah dengan kehadiran jiran tertangga yang turut sama mahu bergotong royong bagi acara masak memasak itu.

Puas meneliti keadaan di luar rumah mata dibawa ke arah pelamin. Pelamin dari tema klasik yang menjadi pilihan Azfar itu sudah elok tersergam indah, diletakkan di tengah-tengah ruang tamu rumah Opah Tijah. Hanya menunggu masa saja untuk dia dan Azfar bersanding megah diatas pelamin keesokan hari.

Memikirkan soal itu membuatkan Diana menghela nafas berat. Dia sendiri pun sudah tidak tahu entah kali ke berapa dia mengeluh. Sesak kepalanya apabila memikirkan esok kehidupannya bakal berubah seratus peratus. Malah selepas ini dia perlu menggalas satu tanggungjawab besar iaitu sebagai seorang isteri kepada lelaki yang langsung dia tidak cintai.

"Hmm.. Nasib kaulah Diana lepas ni nak kena hadap mamat sejuk beku tu," keluh Diana tanpa sedar.

"Hah? Sejuk? Apa yang sejuk? Kau ke?" tanpa Diana sedar sepupunya Wani sudah lama melabuhkan duduk bersebelahan dengannya.

Wani yang sedang berselera menyuap nasi ke dalam mulut itu dipandang dengan sengihan kerang busuk. "Takde apalah. Sedap sangat ke lauk kenduri tu? Aku tengok malam ni je dah 3 kali kau tambah nasi. Berselera betul kau ya," ujar Diana. Wani memang kaki makan. Pantang ada makanan free dialah orang pertama yang akan terpacak disitu.

"Gila kau tak sedap. Semua lauk kenduri kahwin kau ni semua sedap-sedap belaka tau. Kau tahu tak dekat Johor mana nak dapat lauk-lauk macam ni. Lauk-lauk macam ni dekat kampung opah je ada. Mana tak sampai 3 kali aku tambah nasi," bersungguh Wani berbicara.

"Alah kau tu semua kau sapu. Yang kau tolak cuma batu dengan kayu je. Tengok badan tu dah macam tong dram," perli Diana.

"Amboi kau kalau bab mengata aku nombor 1 kan," jeling Wani. Nasi kembali disuap ke dalam mulut.

"Alololo Cik Wani gebus gebas kita ni merajuk ke? Janganlah merajuk Cik Wani oi nanti hilang comel kau," pujuk Diana. Pipi tembam Wani dicubit manja.

"Hesy kau ni. Jangan kacau aku makan boleh tak?!"

"Eleh aku usik sikit pun dah nak merajuk. Elok sangatlah tu," rungut Diana.

"Apa-apa jelah. Tapi kan Diana aku betul-betul tak sangka lelaki yang kau duk kutuk-kutuk tu dulu, esok dah nak jadi suami kau. Apa kau panggil dia. Si mamat beku," ujar Wani bersama gelak ketawa. Apa yang lucu pun Diana tidak tahu.

"Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan dia tu? Kalau diberikan pilihan aku memang tak nak ada kaitan langsung dengan dia satu family. Kau pun tahukan Mak Long tu mana penah sukakan aku," nafas dihela kasar. Tangan naik meraup wajah cantiknya.

"Tapikan Diana sampai sekarang aku tak faham kenapa opah kita tu beria sangat nak kau kahwin dengan Azfar. Lagi satu bukannya opah tak tahu yang Mak Long tu memang anti dengan family kau. Kau tak penah tanya ke pasal hal ni dekat opah?" soal Wani.

"Dah berbuih mulut aku ni tanya kenapa opah nak sangat aku ni kahwin dengan mamat beku tu. Tapi sampai sudah opah tak jawab. Dan aku ni pulak terpaksa ikut je semua kemahuan opah tu yang nak kami ni disatukan. Kalau aku ni jahat sangat nak je aku lari esok tinggalkan semua benda mengarut ni."

Suri Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now