BAB 24

2.8K 151 11
                                    

DIANA yang hanya duduk mendiamkan diri itu sesekali dikerling dari ekor mata. Terasa canggung pula perjalanan pulang mereka menuju ke Kuala Lumpur pada hari ini. Diana pula hanya bersuara apabila dia menyoal gadis itu. Sepatah yang di tanya sepatah lah yang di jawab oleh Diana.

Tidak betah terus menerus berada dalam situasi sedemikian, Azfar mula bersuara sekaligus mengamit perhatian Diana untuk menoleh ke arah si jejaka buat seketika.

"Rumah kau dekat mana? Biar aku hantar kau dekat rumah kau tu. Boleh aku jumpa Pak Ngah dengan Mak Ngah sekali," tenang Azfar berbicara. Fokus masih berada di jalanan.

"Tak payah! Hantar je dekat office. Saya boleh balik sendiri," laju Diana membalas. Azfar yang berada di sebelahnya di jeling tajam.

"Apa salahnya kalau aku hantar kau balik? Aku nak jugak tahu rumah kau tu dekat mana? Kalau aku hantar kau ke office buang masa je kau kena tunggu teksi pulak semata-mata nak balik rumah kau tu. Jadi aku rasa baik aku hantarkan kau je terus," Azfar masih cuba untuk berunding.

"Kan saya dah cakap hantarkan saya ke office je tak payah hantarkan saya sampai ke rumah. Saya pandai lah balik sendiri. Yang Encik Azfar tak faham bahasa sangat ni kenapa? Kena tunggu teksi pun saya, bukannya encik. Kalau susah sangat berhenti je dekat mana-mana pandailah saya balik sendiri," merengus kasar Diana geram.

"Eh kau ni menyombong betul kan? Aku nak hantarkan balik pun tak nak? Kenapa? Kau malu kalau aku tahu kau duduk dekat kawasan yang menjijikkan tu?" sinis Azfar berkata.

Tersungging senyuman sinis di bibir Diana. Wajah Azfar di pandang seketika sebelum dia membidas kata-kata hinaan yang terpacul di bibir bekas suaminya itu. "Tak... Sikit pun saya tak rasa malu. Buat apa saya nak malu? Malah saya lagi bersyukur, walaupun saya tinggal di kawasan setinggan atau kawasan yang menjijikkan macam yang encik cakapkan tu tapi sekurang-kurangnya hati saya tak hitam atau busuk macam orang-orang yang segelintirnya tinggal di rumah-rumah besar dan mewah."

Terketap bibir Azfar mendengarkan hujahan Diana. Tiba-tiba dia berasa kata-kata pedas Diana benar-benar ditujukan kepadanya. "Kau perli aku? Kau nak cakap yang hati aku ni hitam? Hati aku ni busuk? Macam tu?" soal Azfar tidak puas hati.

"Takde saya tak cakap pun. Nama encik pun saya tak sebut? Kenapa? Encik terasa ke?" sinis Diana menyoal.

"Memang kau takde sebut nama aku. Tapi daripada cara kau bercakap tu macam kau tuju dekat aku je," ujar Azfar geram.

"Orang tua-tua selalu cakap siapa makan cili dia yang rasa pedasnya. Encik ada makan cili ke?" soal Diana. Sengaja buat-buat bodoh.

Mengetap bibir Azfar dengan soalan bodoh daripada Diana. Benar kata orang berdebat dengan perempuan memang takkan pernah menang malah pengakhirannya hatinya sendiri yang akan sakit. Lebih dia diam daripada meneruskan perbualan yang sia-sia di antara mereka.

Puas hati Diana apabila Azfar tidak lagi membalas kata-katanya. Memang sengaja dia memerli lelaki itu. Jangan dia fikir dia kaya dia boleh menghina orang dengan sesuka hatinya sahaja.

Kereta yang tadinya meluncur laju di atas jalan raya kini selamat tiba di destinasi. Atas permintaan Diana, Azfar bersetuju untuk menghantarnya ke pejabat tempat mereka bekerja.

Elok saja kereta di parkirkan di dalam kotak parkir, Diana segera berlalu keluar daripada perut kereta. Tak betah walau sesaat pun untuk dia terus berduaan bersama dengan lelaki yang amat di benci itu.

Azfar yang turut sama berlalu keluar itu segera mendapatkan Diana yang sedang mengeluarkan beg pakaian milik gadis itu dari dalam bonet kereta. Wajah mencuka Diana di pandang seketika sebelum dia berbicara sekaligus mengamit perhatian Diana.

Suri Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now