BAB 17

2.5K 155 31
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN

"MAK oh Mak.." laungan kuat Mak Ndak menyentakkan Opah Tijah yang sedang jauh merenung keluar tingkap biliknya.

Air mata yang mengalir dipipi tua wanita berusia hampir 83 tahun itu diusap kasar. Bibir melorekkan senyuman hambar bila anak mata bertembung dengan mata Mak Ndak yang baru menapak masuk ke dalam bilik ibunya itu.

Keluhan panjang dilepas kasar oleh Mak Ndak. Tanpa dipelawa punggung dilabuhkan duduk bersebelahan Opah Tijah. "Wani cakap mak tak makan lagi sejak dari tengah hari tadi. Bila mak nak makan ni?" soal Mak Ndak. Bahu ibu kesayangannya itu diusap sayang.

"Mak tak lapar Ndak. Nanti kalau mak lapar, mak makanlah. Kamu tak payah risaulah pasal mak ni. Pandailah mak jaga diri," jawab Opah Tijah.

"Ndak tahu mak pandai jaga diri mak. Tapi mak kena ingat jugak mak tu ada gastrik. Lambat makan nanti mulalah sakit pulak perut mak tu," Mak Ndak cuba mengingatkan Opah Tijah.

"Aku tahulah nak jaga diri aku. Kamu tak payah risaulah Ndak," marah Opah Tijah. Mata kembali dihalakan ke arah pemandangan yang berada diluar tingkapnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

Mak Ndak yang sudah tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirkan Opah Tijah lekas bersuara. "Mak teringatkan Angah ke?" soal Mak Ndak.

"Ibu mana yang tak teringatkan anak Ndak. Dah 3 tahun Ndak. Dah 3 tahun aku tak dapat jumpa dorang satu keluarga tu. Aku ni rindu sangat nak jumpa dorang. Nak-nak si Diana tu. Rindu sangat aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dekat dia dengan apa yang dah jadi. Kalau tak disebabkan aku paksa dia kahwin dengan Azfar mesti hubungan keluarga kita takkan pecah belah macam ni," luah Opah Tijah sayu.

"Bukan salah mak pun sebenarnya. Mak cuma nak kan yang terbaik je untuk Diana dan Azfar tu. Pada Ndak apa yang dah jadi dalam perkahwinan Azfar dengan Diana tu bukan salah mak seratus peratus. Dah jodoh si Azfar dengan Diana tu tak panjang nak buat macam mana lagi? Takkan kita nak paksa pulak dorang berdua tu supaya teruskan perkahwinan tu walaupun jelas dorang berdua memang tak bahagia bila bersama," pujuk Mak Ndak.

"Angah takde hubungi kamu ke Ndak?" soal Opah Tijah. Wajah Mak Ndak dipandang dengan penuh pengharapan.

"Takde mak. Dah 3 tahun kami lost contact. Ndak ada jugak tanya dekat Along dengan Alang. Dorang pun cakap benda yang sama. Lepas je Diana dengan Azfar bercerai kami semua dah hilang jejak dorang satu keluarga," jujur Mak Ndak menjawab.

"Benci sangat gamaknya Angah dengan mak ni Ndak. Lepas je mak dapat tahu budak berdua tu bercerai, mak ada pergi jugak rumah dorang. Tapi dorang dah tak duduk situ dah. Rumah yang dorang duduk tu pun dah dijual kepada orang lain," ujar Opah Tijah.

"Ndak tak rasa Angah bencikan mak. Ndak kenal sangat Angah tu macam mana. Hati dia lembut. Dia bukan jenis yang suka berdendam. Zura tu pun sama. Mak tengoklah macam-macam Alma tu duk kutuk dorang satu keluarga tapi sekali pun Ndak tak pernah dengar yang Zura tu kutuk atau burukkan Alma semula. Melainkan bila dia rasa si Alma tu dah melampau sangat barulah dia akan jawab bagi membela diri," ucap Mak Ndak.

"Jadi Ndak tak rasa dorang satu keluarga simpan dendam dengan mak mahupun dengan Along sekeluarga. Mungkin mereka sekeluarga menghilangkan diri kerana lebih kepada rasa kecewa. Kecewa dengan apa yang dah jadi," sambung Mak Ndak lagi.

"Mak rindu sangat dengan dorang anak beranak. Agak-agak Ndak dapat ke mak jumpa dorang lagi lepas ni? Mak nak sangat jumpa dorang anak beranak. Mak nak minta maaf dekat dorang dengan apa yang dah jadi. Mak tahu semuanya berpunca daripada mak sendiri," penuh sesalan ucapan Opah Tijah.

Suri Hati Mr BekuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant