BAB 26

2.5K 142 21
                                    

"DIANA kemas barang-barang kau. Hari ni aku nak kau ikut aku. Kita kena pergi tapak projek dekat Damansara tu," Diana yang sedang leka dengan kerja-kerjanya mula mendongakkan wajahnya. Azfar yang sudah pun berdiri di sisi meja kerjanya itu di pandang pelik.

"Eh kenapa pulak saya kena ikut Encik Azfar? Projek dekat Damansara tu bukan saya yang uruskan. Jadi rasanya tak perlu Encik Azfar nak suruh saya ikut sekali ke tapak projek tu," jawab Diana.

Hembusan nafas di hela kasar. Wajah bersahaja Diana di renung tajam. "Dekat sini siapa ketua? Aku ke kau?" soal Azfar tegas.

"Encik Azfar lah. Takkan saya pulak?" bebola mata dah di julingkan ke atas. Sudah tahu jawapannya apa lagi mahu di tanya.

"Dah tahu aku ni ketua dekat sini, kenapa arahan yang aku bagi kau nak persoalkan lagi? Tak boleh ke kalau kau ikut je apa yang aku suruh?" mata mencerlung tajam ke arah Diana.

"Ya saya tahu tu tapi masalahnya sekarang bukan saya yang uruskan projek dekat Damansara tu. Lagi pun saya pun ada banyak kerja lain lagi nak kena buat. Kerja saya sendiri pun dah berlambak-lambak nak kena settlekan. Lagi Encik Azfar nak ajak saya ikut pergi tengok projek dekat Damansara tu pulak. Mana boleh macam tu," ujar Diana berani.

"Aku tak mahu dengar macam-macam alasan lagi daripada kau. Apa yang aku mahu tahu lagi 5 minit kau dah terpacak dekat depan pintu lif tu. Tunggu aku dekat situ," keras Azfar memberikan arahan.

Tanpa sempat Diana membantah, Azfar selamba bergerak meninggalkannya yang sedang terpinga-pinga itu. Geram Diana apabila Azfar sesuka hati menperlakukan dia sedemikian rupa.

"Hesy suka-suka hati dia je nak paksa aku ikut dia. Macamlah aku ni takde kerja lain nak buat. Tak guna betul," omel Diana geram. Wajah dah merah padam menahan geram.

"Diana kenapa tu?" soal Kak Nur. Bukan dia tak nampak apa yang berlaku sebentar saja tadi.

"Tak tahulah kak. Encik Azfar tu tiba-tiba je paksa saya suruh ikut dia pergi melawat tapak projek dekat Damansara tu. Saya ni banyak lagi kerja nak kena siapkan," adu Diana tidak puas hati.

"Projek Damansara? Eh kan projek tu Encik Azfar sorang yang monitor. Kenapa Diana pulak yang nak kena ikut dia ke sana?" soal Kak Nur yang juga sudah kehairanan.

"Manalah saya tahu kak. Mungkin otak ketua kita tu dah biol kut," selamba Diana mengutuk.

"Hesy kamu ni dengar dek Encik Azfar tu mengamuk dia nanti. Silap hari bulan boleh terbalik office kita ni," menggeleng kepala Kak Nur tak sanggup membayangkan situasinya nanti.

Bukan dia tidak tahu perangai ketuanya itu. Azfar sememangnya terkenal dengan sikap panas baran. Terutama apabila melibatkan soal kerja.

"Dahlah kak nanti jelah kita sambung sembang pasal ketua kita tu. Saya nak kena siap cepat. Lambat nanti saya jugak yang nak kena tahan telinga kena marah dengan Encik Azfar tu," ujar Diana. Tangan ligat mengemas meja kerjanya yang berselerak itu.

"Yalah..."

Selesai sahaja mengemas meja kerjanya, beg tangan yang berada di bawah meja segera di sauk ke bahu. Kaki laju di buka menuju ke arah pintu lif, seperti yang di arahkan oleh Azfar sebentar saja tadi Diana harus menunggu lelaki itu di situ.

Tidak mengambil masa yang terlalu lama, Azfar muncul dengan membawa beberapa buah fail dan kertas lakaran projek yang di pegang kemas di tangannya.

Masuk saja ke dalam perut lif, Azfar segera bersuara sekaligus bagi menarik perhatian Diana yang sedari tadi mendiamkan diri.  "Nanti sampai dekat sana aku nak kau catat semua point-point penting. Aku tak nak ada satu pun yang terlepas pandang," Azfar mula memberikan arahan.

Suri Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now