BAB 31

3.3K 189 72
                                    

TANGAN yang sedang bergetar hebat digengam antara satu sama lain. Nafas berat dihela perlahan-lahan. Mata dah melingas ke sekeliling perkarangan masjid yang sudah pun di penuhi dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis pernikahan antara Tiara dan Azfar.

"You okay tak ni baby?" sapaan lembut dari si ibu mengejutkan Tiara yang seakan larut dengan perasaannya tika ini.

"I'm okay mummy. Cuma Tiara nervous sikit," luah Tiara. Wajah manis sang ibu dipandang seketika.

"It's okay my dear. Memang normal lah tu. Mummy dulu macam Tiara jugak. First time nak nikah. Perasaan tu memang bercampur baurlah. But it's okay. You relaks je okay my dear," tangan Tiara digengam lembut.

"Tiara cuba," sahut Tiara. Hembusan nafas berat dihela seketika.

"Dahlah tu jom kita keluar. Pengantin lelaki dah sampai tu. Tok kadi pun dah ada dah," celah sang bapa pula. Sempat songkok yang berada di kepalanya di betulkan seketika.

"Jom..."

Tutup saja daun pintu kereta, langkah diatur dengan penuh tertib menuju masuk ke ruangan yang bakal menjadi tempat pernikahan mereka berdua. Masuk sahaja ke dalam masjid, matanya sempat bertembung pandang dengan mata Azfar sebelum langkah kaki diatur perlahan-lahan menuju ke tempat duduk yang disediakan khas buatnya.

Azfar Ishak kelihatan sungguh segak sekali apabila mengenakan sepasang baju melayu berwarna putih dan dipadankan bersama dengan samping dari rona warna pastel itu. Semakin terserlah kekacakkan jejaka idaman Malaya itu.

Elok sahaja punggung dilabuhkan ditempat duduknya, mata mula meliar memerhatikan wajah-wajah tetamu yang turut hadir bagi meraikan majlis pernikahan Tiara dan Azfar. Rata-rata yang hadir adalah sanak saudara dan rakan-rakan perniagaan ibu bapanya. Tak lupa juga sanak saudara Azfar dan rakan sekerja lelaki itu yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang bagi menyaksikan hari bersejarah buat pasangan sejoli itu.

"Ha inilah menantu baru saya. Cantik kan? Dahlah cantik, bijak pulak tu. Paling penting latar belakangnya dari golongan orang baik-baik. Mak ayah si Tiara ni pulak orang kenamaan. Bangga saya dapat menantu macam Tiara ni," puji Puan Alma. Bangga kerana dia bakal berbesan dengan orang-orang kayangan sebentar saja nanti.

Pujian yang diberikan kepadanya hanya dibalas dengan senyuman kelat sahaja oleh Tiara. Serasa tidak layak pujian sebegitu tinggi diberikan kepadanya.

Bosan mahu mendengarkan celoteh si bakal ibu mentua, mata kembali ligat memerhati di sekelilingnya. Sesaat kemudian pandangan mata jatuh ke arah Diana dan Iris yang duduk bersebelahan dengan Opah Tijah yang turut sama hadir ke majlis pernikahan mereka.

"Boleh kita mula?" suara tok kadi yang mula bersuara dengan menggunakan mikrofon itu menyentakkan Tiara yang leka memerhati.

"Boleh tok kadi," jawab si bapa.

"Bismillahirahmanirahim... Azfar Ishak Bin Roslan?" tangan Azfar digengam lembut oleh tok kadi.

"Ya saya," sahut Azfar laju.p

"Aku nikahkan dikau dengan Tiara Nabila Binti Razak dengan emas kahwinnya lima belas ribu ringgit tunai," digoncang seketika tangan Azfar yang masih berada kemas dipegangan tangannya.

"Aku terima nikahnya..."

"Tunggu..." suara halus seseorang yang tiba-tiba mencelah itu mula mengamit perhatian semua yang ada disitu. Mata-mata kini sudah dipasakkan ke arah figura yang sudah pun berdiri tegak di tengah-tengah majlis itu.

"Tiara, apa you buat ni?" soal sang ibu risau.

"Mummy this is not right. Azfar, I'm sorry. I tak boleh teruskan lagi majlis perkahwinan ni," ujar Tiara senada. Mata-mata lensa kamera yang dah terhala tepat kepadanya langsung tak dihiraukan.

Suri Hati Mr BekuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant