BAB 16

2.4K 150 19
                                    

KAKI melangkah keluar daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari perbicaraan kes perceraian antara Diana dan Azfar.

Kehadiran Diana ke mahkamah ditemani oleh ibu dan bapanya. Manakala Azfar hanya ditemani oleh Puan Alma berduaan. Kalau ikutkan hati Diana sudah tidak sanggup untuk bertembung muka dengan lelaki yang telah merobek jiwa dan raganya. Tapi apakan daya hal antara mereka harus diselesaikan dan biarlah perceraian mereka ini sah dari segi undang-undang islam agar suatu hari nanti tidak ada lagi masalah berbangkit diantara mereka berdua.

Diana yang baru saja mahu masuk ke dalam perut kereta terhenti langkahnya apabila suara Azfar menyapa pendengarannya saat ini. Wajah ditoleh untuk merenung tepat ke wajah Azfar yang sedang tersenyum nipis itu. Riak wajahnya langsung tidak ada rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku.

"Pak Ngah, Mak Ngah.. Azfar minta maaf.." ucap Azfar serba salah. Wajah pucat Diana direnung seketika.

"Dahlah Azfar semua benda dah jadi pun. Pak Ngah tak salahkan kamu. Mungkin dah tertulis jodoh kamu dan Diana hanya setakat ini je," jawab Encik Hussein perlahan.

"Betul kata Pak Ngah kamu tu. Tak payahlah kamu nak rasa bersalah sangat. Lagi pun memang ini yang kamu nak kan? Tak perlu nak rasa terbeban dengan apa yang dah jadi," luah Puan Zura.

"Azfar, kamu buat apa lagi dekat sini? Dah tak reti nak balik ke?" soal Puan Alma yang baru menapak menghampiri mereka.

"Kejap mak.." ujar Azfar.

Wajah sinis ditayangkan apabila sedar figura yang sedang berhadapan dengan anak lelakinya itu. "Oo.. Kamu jumpa betina ni. Macam mana rasa kena cerai? Seronok?" sinis Puan Alma menyoal.

"Patutnya soalan tu kau tanyakan dekat anak kau. Bukan dekat anak aku," bidas Puan Zura.

"Zura jangan mulakan," halang Encik Hussein.

"Anak aku? Anak aku mestilah seronok. Sebab tak lama lagi dia akan berikan aku menantu yang setaraf dengan keluarga kami. Menantu yang datangnya dari keturunan dan keluarga yang baik-baik bukan macam anak kau ni," ucap Puan Alma bangga.

"Mak dahlah tu.." tegah Azfar. Bukan dia tak perasaan air muka bekas mentuanya itu berubah apabila Puan Alma memberitahu soal kebenaran yang satu itu.

"Baguslah kalau macam tu. Azfar, Mak Ngah harap lepas ni kamu tak buat isteri baru kamu tu macam mana kamu buat pada Diana. Mak Ngah harap perkahwinan kamu nanti, kamu bahagialah ya. Terima kasihlah sebab dah buat anak Mak Ngah macam ni," ujar Puan Alma.

"Anak kau ni memang patut dapat layanan buruk daripada anak aku. Dah tahu miskin tapi tak sedar diri, ada hati nak bergandingan dengan anak aku yang kaya raya ni. Sepatutnya kau suruh anak kau tu cermin sikit muka dia tu layak ke tidak nak jadi isteri anak aku tu," hina Puan Alma.

"Terima kasih Mak Long atas semua kata-kata cacian dan hinaan Mak Long pada saya dan keluarga saya. Ya saya sedar diri saya. Saya sedar saya ni miskin. Saya tak kaya macam keluarga Mak Long. Walaupun saya miskin tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya ibu dengan ayah saya tak pernah lupa untuk ajarkan saya tentang bagaimana budi bahasa dan hormat orang lain. Tak macam Mak Long walaupun kaya tapi miskin dengan budi bahasa. Mak Long terlalu takbur dengan harta dunia yang Mak Long agungkan sangat," bidas Diana.

"Eh kurang ajar betul mulut kau ni kan?!" marah Puan Alma apabila sedar akan kata-kata Diana yang dirasakan lancang baginya.

"Mak dahlah tu. Benda dah selesaikan," pujuk Azfar. Dia tak mahu sekiranya berlaku sebarang pergaduhan mulut diantara mereka semua. Malu mukanya nanti.

"Kamu diam Azfar. Mak belum habis lagi dengan dorang semua ni," tangan Azfar yang sedang memegang tangannya ditolak kasar ke tepi. Wajah menyinga ditayangkan.

Suri Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now