× 1 ×

1.5K 147 268
                                    

Special tags:
missfreak8 onepacketofasahi nezttiey hyunwifeyjin

Special tags:missfreak8 onepacketofasahi  nezttiey  hyunwifeyjin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mari mari sini, ikan segar-segar belaka!"

"Siapa cepat dia dapat! Cepat rembat daging ni sebelum terlambat!"

"Tepi-tepi nak lalu!"

Keadaan hingar-bingar di pasar pagi hari Ahad itu adalah keadaan yang biasa dan sangat normal bagi penduduk di situ. Satu-satunya tempat untuk mereka mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan.

Untuk penduduk pulau itu, keadaan ni tak nampak pelik, langsung tak pelik seperti kedatangan alien kepala pentagon ke bumi.

"Nari! Bagi makcik daun bawang tu seikat." Pantas tangan aku mencapai daun bawang yang agak jauh sebelum dihulurkan kepada makcik yang berkata-kata tadi.

Keadaan sibuk di gerai sayur-sayuran milik omma dihadap macam biasa, memang dari kecil lagi aku buat semua benda ni. Senang cerita, lepas ni bolehlah aku tulis jurnal koleksi senarai nama sayur-sayuran sedunia.

Ni kalau ada kuiz pasal sayur mesti aku yang juara, takde calon lain yang boleh beat haa macam tulah nak kata...

"Nari, boleh tolong omma tak?"

"Ofcourselah boleh! Apa-apa sahaja untuk ommaku yang disayangi seluas lautan Pasifik, sebesar iceberg di kutub Utara, sebanyak..."

"Dah dah! Orang minta tolong, bukannya buat puisi spontan kat sini! Pergi ambil bekas tomato kat rumah. Tomato ni pun tinggal berapa biji je. Cepat sebelum omma lumur tomato ni jadi mask nanti!"

Aku tersengih-sengih sambil kuis-kuis kaki. Omma garang mode on. Sebelum tangan omma kerjakan muka aku, baik aku lari cepat-cepat. Tak pasal-pasal dapat perkhidmatan spa mask tomato free kat tengah-tengah pasar ni. Boleh masuk surat khabar pulau nanti!

Tanpa berlengah-lengah walau satu detik, aku terus melangkah laju pulang ke rumah yang tak berapa jauh dari pasar itu. Kalau jalan kaki, lebih kurang 30 langkah. Kalau lari, korang bahagi dua 30 tu. Kalau tak tahu kira, nah aku bagi pinjam kalkulator Casio aku ni.

Bekas tomato yang agak besar macam bekas orang jual bomboloni kat pasar malam tu aku angkat. Beratlah juga sebab tomato-tomato tersebut memang gemuk-gemuk belaka.

Tapi takpe, macam aku cakap tadi kat perenggan ketujuh (aku tahu korang scroll balik ke atas kan? Ingat tak nampak ke?), aku dah biasa buat semua benda ni. Jangan risaulah!

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now