× 21 ×

366 86 51
                                    

      Aku melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan penuh bersemangat sambil memeluk erat beg kertas berisi tupperware

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.


Aku melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan penuh bersemangat sambil memeluk erat beg kertas berisi tupperware.

Aku tersengih-sengih sendirian, terbayang-bayang reaksi penerima tupperware ni nanti. Mesti terkejut gila macam ikan paus jumpa harta karun dalam laut hahahahhaha

"Oi, kau kenapa sengih seorang-seorang?" Hyojung tepuk bahu aku. Ish, kacau jelah perempuan ni. Punya syok aku berangan tadi.

"Adalah! Sibuk je kau ni!" kata aku, malas nak berterus-terang dengan Hyojung. Hyojung mencebik, tak suka dengan sikap aku yang berahsia semacam. Macam ada rahsia besar je nampaknya.

Hyojung berpeluk tubuh lalu mengikut gerak langkah aku ke bahagian loker untuk mengambil buku teks.

"Aku tak tahu tapi aku dapat merasakan ini ada sesuatu dengan rancangan kau pada Asahi!" kata Hyojung keluar sambil tuding jari kat aku. Sebelah tangannya lagi bercekak pinggang.

Aku melompat setempat, suaranya yang kuat memang boleh menarik perhatian makhluk-makhluk lain yang ada di bahagian loker tu. Dahlah siap mention nama Asahi lagi pula tu!

Janganlah ada mana-mana yang telinga lintah mulut becok perangai macam anak didik Dispatch saja-saja nak sebarkan rumor aku dengan Asahi euwww memang aku cari lepastu sepak masuk dalam kubur terus!

"Hish, kau senyap sikit boleh tak? Memang perlu ke nak cakap-cakap kuat?" Aku tekup mulut Hyojung yang macam kembar speaker tu.

Hyojung tepis tangan aku. "Maksudnya betullah kan? Sebab kau kalut semacam je bila aku sebut nama dia?"

"So what kalau betul? Ke kau sangkut dengan Asahi?" Sengaja aku nak mengenakan Hyojung balik.

Tapi kalau dia suka Asahi pun, aku tak kisah. Serius!

Hyojung angkat kening sebelum menggeleng laju-laju. "Memang taklah! Kau tahu tak yang aku ni presiden?"

"Presiden? Presiden apa? Presiden baru Korea ke?" Kami jalan beriringan ke kelas. Beg kertas tadi masih setia di tangan.

"Presiden kelab ship kau dengan Asahi. Jaehyuk pula timbalan aku," kata Hyojung angkat-angkat kening. Cis, kena aku balik!

Malas aku nak layan agenda Hyojung dan Jaehyuk nak ship aku dengan Asahi. Baik aku fikirkan pasal plan aku ni.

"Kau pergilah duduk dulu. Aku ada benda nak cakap something dengan Asahi." Hyojung terkinja-kinja, tangannya diletakkan di dada. Terpamer riak teruja di wajah gediknya.

"Nak cakap apa tu?" kata Hyojung tergedik-gedik kat depan kelas. Rasa nak sepak je dia ni sampai ke bulan.

"Adalah! Jangan sibuk!" Aku tolak Hyojung dengan ganas. Tak kuasa aku nak layan aura gedik melampau Hyojung yang tak mampu ditahan oleh aku.

Aku melangkah ke meja Asahi. Rasa macam dejavu pula tiba-tiba, macam waktu pertama kali aku cakap dengan dia kat dalam kelas. Waktu aku bagi surat permohonan maaf.

"Asahi, nah!" Aku hulur beg kertas tersebut. Asahi yang sedang khusyuk membaca angkat kepala pandang aku tanpa sebarang kata. Matanya sekadar memandang beg kertas tersebut tanpa sebarang niat nak tengok apa benda yang ada kat dalam.

"Nanti makanlah sama-sama dengan aku, Hyojung dan Jaehyuk. Aku tahu kau tak rehat kat kantin sebab nak simpan duit kan? Aku buatkan ni special untuk kau," kata aku diakhiri dengan menelan air liur. Tiba-tiba rasa gelabah semacam, macamlah aku baru buat salah.

Asahi tengok isi di dalam beg kertas tersebut sebelum pandang aku lama.

Dah kenapa pula ni?

"Terima kasih," katanya.

Jap, kenapa aku rasa dunia ni macam berputar cepat sangat? Kenapa aku macam nampak bintang-bintang menari riang di sekeliling kepala aku sekarang?

Rasa macam nak pengsan pula dengar dua perkataan yang keluar dari mulut Asahi. Perkataan yang aku tak jangka akan keluar dari mulut si robot macam dia.

Aku pegang tepi meja di sebelah aku, janganlah aku jatuh terlentang kat sini buat kali kedua hari ni. Kawal diri anda, Nari!

"Okay, jangan lupa tau!" Aku cepat-cepat berlari pergi duduk kat meja. Aku ambil beg aku lepastu tekup mulut.

Aku jerit sekuat hati, tak tahulah aku happy sebab apa. Aku happy sebab dia terima pemberian aku atau...sebab dia tersenyum selepas cakap perkataan hikmat tu?

Senyuman yang sama macam sewaktu dia minta maaf dengan aku dan ajak aku makan aiskrim dengan dia di kedai aiskrim Abang Sally.

"Eh, Nari! Kenapa ni? Kau sakit ke?" tanya Hyojung sambil goyang-goyang bahu aku. Aku, masih lagi tekup muka dengan beg menggeleng-geleng.

Jangan cakap, aku dah cair dengan senyuman Asahi yang manis macam aiskrim vanila Abang Sally. Aku malu!

-----

Aippppp author meneruskan agenda ship Nari dengan Asahi hahahahhahahah

Sorry aku update lambat sebab tetiba je tadi aku macam takde mood nak tulis, sebabnya aku tiba-tiba terfikir storyline yang berbeza dengan storyline yang aku dah rangka.

Jadi aku macam ragu-ragu nak pilih yang mana. Mungkin aku kena analisis dulu yang mana satu lagi senang aku nak buat dan akan idea sampai habis cerita. Jangan sampai tergantung atau sangkut hahahahahah

And uri dobby, get well soon uhuk uhuk dahlah sebaya aku takut betul dengar cerita orang positif covid 😭😭

• tomato • hamada asahi Место, где живут истории. Откройте их для себя