× 17 ×

346 82 54
                                    

      "Okay kak! Ni rumahnya," kata budak tu sambil membuat gaya ala-ala penyambut tetamu hotel berbintang-bintang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Okay kak! Ni rumahnya," kata budak tu sambil membuat gaya ala-ala penyambut tetamu hotel berbintang-bintang.

       "Khidmat anda sangat dihargai ya. Sekarang shuh shuh!" Aku buat gaya macam halau lalat. Budak itu mencebik lalu menyilangkan tangannya.

         Apa yang tak puas hati lagi ni?

        "Akak ni, saya dah penat-penat bawak akak ke sini lepastu akak halau saya macam tu je? Belanjalah Cadbury kat kedai Pak Cik Dawon ke, takpun belanjalah aiskrim coklat kat kedai Abang Sally ke..."

        "Oh nak Cadbury eh? Nak aiskrim eh? Dalam mimpi kau! Nah, ambil ni!" Aku hulur sebiji tomato kepada budak tu.

          "Tak naklah tomato, tomato nak buat apa..."

           Sebelum sempat aku sumbat tomato tu dalam mulut dia yang tak reti nak diam, budak tu dah berdesup kayuh basikal dia. Budak ni alergi tomato juga ke apa? Jenis spesis Asahi ni!

           Mata aku terkebil-kebil melihat kelibat budak itu yang hilang serta-merta, macam ada kuasa teleportasi. Tomato yang aku genggam kat tangan dimasukkan balik dalam plastik sayur yang setia berada di tangan tadi.

           Mata aku melihat rumah yang berdiri kukuh di hadapan aku, rumah satu tingkat dengan laman rumah yang tampak kemas. Mesti rajin sapu daun.

            "Asahi oooo Asahi!" laung aku di depan rumah. Manalah tahu Asahi tengah makan kerepek pisang sambil baring depan tv ataupun layan ikan laga dia. Mana tahu kan...

             Tak berjawab. Senyap sahaja. Takde bunyi apa-apa dalam rumah.

             Aku panggil lagi. Bak kata omma aku, kalau pergi rumah orang panggil tiga kali. Kalau tak berjawab tu dipersilakanlah angkat kaki dan berambus.

             "Okay ni last. Kalau tak jawab, aku balik jelah macam ni." Aku betulkan sikit bucket hat aku yang hampir-hampir terjatuh.

              "HAMADA ASAHI ROBOT BUATAN JEPUN, KAU ADA KE TAK? KALAU ADA, JAWABLAH, KALAU TAKDE PUN JAWABLAH!"

               Okay tak menyahut. Mohlah kita pulang ke sarang eh rumah.

              Aku pun angkatlah kaki nak balik sebelum aku terdengar sesuatu.

             "Tolong! Tolong!" Tangan aku didekatkan di telinga sambil mencari arah suara tu.

              "Siapa yang jerit ni? Kau ke, burung?" tanya aku kepada burung gagak yang duduk bertenggek atas pokok. Burung tu memandang tepat wajah aku.

              "Ark ark!" Dia mengembangkan sayapnya lalu terbang berlalu pergi. Aku garu kepala. Bongok juga aku ni, takkanlah burung minta tolong pula. Sejak bila pula aku ada kemampuan nak dengar haiwan bercakap?

              Saya hanya manusia biasa isk isk

              "Tolong! Tolong!" Suara itu makin kuat kedengaran. Aku pandang rumah Asahi. Hanya ada satu kemungkinan.

               Suara tu datang dari rumah tu. Dan berkemungkinan besar, tu suara Asahi.

              "Asahi, I'm coming to rescueeeee!" Aku berlari lalu menendang pintu rumah Asahi yang rupa-rupanya tak berkunci pun. Plastik sayur tadi sempat aku letak atas meja makan rumah Asahi sambil mata aku meliar-liar mencari kelibat lelaki itu.

              "Asahi, mana kau?" tanya aku.

              "Tolong! Tolong! Aku kat sini!"

             "Okay, aku datang!" Aku buka satu pintu bilik yang aku percaya dan yakin 210% yang suara Asahi datang dari situ.

              Pintu dibuka dengan luas dan pemandangan di hadapan mata aku sekarang buat aku terkaku 0.5 saat dan mata terkebil-kebil macam baru lepas tengok dinosaur dihidupkan semula di tahun 2021 untuk melawan Covid-19.

              "Nari? Tolong aku sekarang!" arah Asahi dengan muka cemas dan pucat lesi, ni kalau aku toreh muka dia ni confirm darah tak mengalir. Tangannya menggoncang badan seorang kanak-kanak perempuan yang terbaring di atas katil berulang kali.

              "Weh kenapa ni? Otak aku cramp sekarang ni!" Aku berlari ke tepi katil budak tu. Wajah perempuan itu juga pucat membiru. Dengan aku-aku sekali naik cemas dan gelabah sekarang ni.

              "Adik aku...adik aku pengsan! Aku kejut dia tadi tapi tak bangun-bangun. Tolong aku Nari," kata Asahi dengan suara yang serak. Air mata mula jatuh menuruni pipinya. Mulutnya tak berhenti memanggil nama adiknya sambil menepuk-nepuk perlahan wajah.

             Aku pandang wajah Asahi dan adiknya berulang kali. Aku tak pernah sangka benda ni boleh berlaku dalam hidup aku. Aku nak buat apa sekarang ni?

            Ada satu benda je yang aku boleh fikir sekarang. Dan, aku harap aku sempat buat benda tu demi adik Asahi.

           "Tepi Asahi! Kita bawa dia pergi hospital!" Aku menolak tubuh Asahi yang dah lemah melihat keadaan adiknya yang tak sedarkan diri itu.

             "Tapi macam mana? Aku takde kereta–"

             "Takpe, aku yang dukung!" Dengan sekali cuba, aku angkat tubuh adik Asahi yang kecil dan ringan itu. Kaki aku melangkah laju keluar dari bilik kecil tu.

             Dan sekarang, masa yang akan menentukan segalanya. Aku harap aku diberi kekuatan untuk berlari ke hospital yang berdekatan dengan rumah Asahi ni.

            "Nari, tunggu aku!" Asahi mengambil basikalnya lalu dikayuh selaju mungkin, mengikut gerak langkah aku yang pantas ke hospital. Ahhhh, redah jelah!

             Adik Asahi, tolonglah bertahan.

-----

Sorry aku update lambat and pendek je berbanding chapter yang lain. 😔 Aku ada je idea tapi aku takut macam panjang pula kalau aku sambung sini.

Aku sebenarnya memang nak update siang tadi tapi tengah-tengah aku menaip tu, tetiba tangan aku rasa macam pijar semacam, jadi aku tak selesa nak taip. Tu pasal aku sambung tulis lepas maghrib ni

Sebenarnya part ni aku terinspirasi dengan cerita ayah aku waktu dia kerja part time dulu dulu hahhahhahahhaha tiba je en aku teringat cerita tu tapi nak buat macam mana, idea tu datang dalam pelbagai bentuk ya tak? 😁

So semua stay safe, kalau takde apa-apa yang penting jangan keluar rumah, bontot tu jangan nak merenyam sangat jalan kat luar duk elok-elok kat rumah. Dahlah harini naik tinggi kesnya eeee sheramnyaaaaa

Okay aku nak update yedam punya fanfic pula byeeeeeeeee

                 

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now