× 15 ×

361 83 39
                                    

      "Wah wah! Kawan kita dah maju sekarang ni! Senyap-senyap eh?" gurau Jaehyuk sambil mengetuk-ngetuk jari di atas kaca display aiskrim tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Wah wah! Kawan kita dah maju sekarang ni! Senyap-senyap eh?" gurau Jaehyuk sambil mengetuk-ngetuk jari di atas kaca display aiskrim tu. Matanya meliar-liar mencari perisa aiskrim yang diingini hari ni.

       Asahi hanya tersenyum senget. Dia mengikat tali apron, dia baru sahaja tukar baju kemeja sekolahnya dengan baju tshirt yang dibawa dari rumah.

      "Eh Jae! Cepatlah pilih nak aiskrim apa!" kata Hyojung selepas menyenggol Jaehyuk.

       "Eh eh kau dah pilih ke nak aiskrim apa?" tanya Jaehyuk, mencebik. Siku Hyojung ni memang tajam ya amat, memang boleh tercedera parah kalau kena.

        "Aku? Heh!" Hyojung flip rambut sebelum dia tarik nafas dalam-dalam. "NAK AISKRIM COKLAT TOPPING OREO SATUUUUUUU!" Dan buat kali keberapa entah, Donny melompat terkejut, bulunya juga serupa kucing baru lepas kena renjatan elektrik. Dia mengiau kuat, marah dan geram kerana lenanya di tengah hari mesti diganggu dengan suara Hyojung yang nyaring sekiranya dia bertandang ke kedai aiskrim ni.

        "Haa, Asahi kau kena ingat perisa favourite aku ni! Aku pelanggan tetap dan setia kedai ni tau!" kata Hyojung tersenyum bangga. Donny mengiau lagi, bunyinya kedengaran seperti tidak senang dengan kehadiran Hyojung. Dia berjalan cat walk ke bakulnya yang diletakkan comforter berbulu sebelum baring dengan gaya manja. Semanja tuannya.

        "Wah, tahniah kerana menjadi pelanggan paling setia kedai ini!" Jaehyuk tepuk tangan gaya tak ikhlas. Asahi juga ikut tepuk tangan tanpa mengetahui yang Jaehyuk hanya sekadar memerli Hyojung.

        "Terima kasih, terima kasih. Saya sayang anda semua muah muah!" Hyojung melambai-lambai, gaya diva baru dapat anugerah sebelum kepalanya diketuk dengan bunga plastik.

         "Dah dahlah tu berangan! Haa Asahi bagi aku aiskrim perisa pisang satu, lepastu letak topping err topping apa eh sesuai?" tanya Jaehyuk.

          Asahi angkat bahu. "Tak tahu. Maybe kau boleh try kacang. Atau madu." Jaehyuk petik jari.

        "Disebabkan kau pekerja yang berdedikasi dan berwawasan, aku ikut cadangan kau. Letak je dua-dua," kata Jaehyuk. Sudah terbayang-bayang di lidah kesejukan aiskrim tersebut.

         Air liur, jangan meleleh sekarang!

        "Tak mahal ke nanti aiskrim kau?" tanya Asahi, polos. Tangannya yang tadi mahu scoop aiskrim pisang, terhenti. Tiba-tiba teringat balik kata-kata Abang Sally.

          "Semua perisa aiskrim harga 2 ringgit. Boleh campur-campur. Satu jenis topping tambah 1 ringgit."

*Maafkan author, sis terlalu bego nak guna matawang won sebab author orang Malaysia. Jadi aku guna ringgit jelah eh 😂

          Bila dicongak-congak kembali, harga aiskrim Jaehyuk jadi 4 ringgit. Banyak tu!

         "Hei, kau tahu tak apa tujuan kitaorang berdua datang sini?" Asahi pasang muka pelik. Tujuan? Mestilah nak makan aiskrim kan?

          "Err nak tengok Donny tidur?" Serentak mereka bertiga berpaling ke arah Donny yang tidur dengan gaya terbongkang. Sesekali kakinya bergerak-gerak, mengigau kejar cicak mungkin.

           Hyojung pandang muka Asahi kembali. "Mestilah kitaorang nak support kau kerja kat sini! Ni kan hari pertama kau kerja kat sini!"

            "Macam mana kau tahu aku kerja sini?" Seingat Asahi, hanya Nari je yang tahu. Jadinya...

            "Siapa lagi kalau kawan kau, Nari." Jaehyuk dan Hyojung dah angkat-angkat kening. Dah kenapa dua orang ni? Nak rompak aku ke apa, bisik Asahi dalam hati.

             "Kawan korang juga kan?" Kali ni, mereka tersengih-sengih. Asahi mula seriau. Adalah lebih afdhal dia scoop aiskrim diorang ni cepat-cepat. Seram pula ditengok macam tu.

             "Haih, kenapalah Nari tak join kita sekali eh makan aiskrim harini? Dia tak nak ke tengok kawan baik dia kerja hari ni?" kata Hyojung sambil menopang dagu.

             Soalannya itu ditujukan kepada Jaehyuk namun sengaja dikuatkan supaya Asahi pun boleh dengar. Sengaja.

            "Ish kau ni! Mestilah dia kena balik cepat!" jawab Jaehyuk sambil mengerling sekilas lalu ke arah Asahi, sengaja nak tengok reaksi wajah Asahi.

            Asahi datang ke arah mereka sambil memegang dua cawan aiskrim sebelum meletakkannya di atas meja yang dicop Jaehyuk dan Hyojung.

          "Kenapa Nari tak datang?" soal Asahi. Jaehyuk tunjuk ibu jari ke arah Hyojung secara rahsia, Hyojung kenyit mata. Sengaja nak ship Asahi dengan Nari hshshshsh

          "Dia kata kat aku tadi, dia sebenarnya nak datang. Tapi omma dia suruh balik cepat, tolong petik sayur kat kebun. Yalah, esok diorang dah mula berniaga kat pasar," jawab Hyojung sebelum mencapai cawan aiskrim coklat pujaan hatinya.

           "Oh." Itu sahaja yang keluar dari mulut Asahi sebelum dia beredar kembali ke tempat cashier. Dia perlu pastikan semuanya dalam keadaan yang teratur. Abang Sally keluar kejap, katanya nak pergi beli makanan Donny.

           Mata Hyojung dan Jaehyuk melihat kelibat Asahi yang berlalu pergi.

          "Eh Hyojung!" bisik Jaehyuk, tangannya digerakkan untuk menarik perhatian Hyojung.

            "Apa dia?" tanya Hyojung, berbisik juga. Nampaknya Jaehyuk tak nak perbualan mereka ni didengari Asahi mahupun Donny walaupun dia sudah masuk ke alam mimpi kucing.

           "Kau rasa–"

           "Asahi suka Nari?" potong Hyojung. Jaehyuk angguk-angguk, memang tu yang dia nak tanya tadi.

            Hyojung suap sesudu aiskrim, ditelannya berhati-hati. Jangan sampai tercekik, dia masih mahu hidup panjang dan bertemu artis-artis kegemarannya.

            "Entah." Dia angkat bahu sambil sambung makan.

             Jaehyuk mencebik. Dia juga memulakan sesi makan-makan aiskrim. Sedap juga aiskrim pisang dengan topping kacang dan madu ni.

             Dalam otaknya masih berfikir kemungkinan kepada soalan tadi.

-----

Okay okay gaissssss pergi terjah buku baru aku tuuuuuuuuu vote and comment okay! ♥️

     

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now