× 14 ×

374 84 47
                                    

      "Sebenarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Sebenarnya..."

       Aku angkat muka daripada sesi makan aiskrim yang memang aku jalankan dengan begitu khusyuk dan berdedikasi. Wajah Asahi yang menjadi tatapan mata aku sekarang.

       "Sebenarnya adik aku memang sakit. Dia sakit jantung. Sebenarnya aku tak nak dia rasa tertekan sebab dia sakit, aku takut sakit dia jadi lagi teruk," sambung Asahi sambil menggenggam kedua-dua tangannya. Matanya menunduk dan tampak sayu saat menceritakan perkara itu.

       "Aku tak nak orang tahu adik aku sakit. Biarlah aku dan kakak aku je yang setelkan masalah kitaorang. Orang-orang kat sini dah banyak sangat menolong kitaorang," katanya dengan nada yang agak sayu.

       Keadaan sepi. Aku sendiri tak tahu nak celah apa. Otak aku macam kebas dan terkejang macam tak boleh nak fikir apa-apa ayat yang sesuai untuk cakap dengan Asahi.

      Aku tak rasa penduduk kat sini terasa terbeban pun nak tolong keluarga Asahi, lagi-lagi sejak kematian ibu bapa mereka.

       Tapi mestilah mereka sekeluarga tak nak rasa terhutang budi dengan pertolongan penduduk pulau ni.

        Kesian adik Asahi. Kecil-kecil lagi dah sakit. Sakit jantung pula tu! Bukan boleh buat main!

        "Hei Asahi..." Asahi angkat muka pandang wajah aku. Matanya kelihatan sayu. Dia menghela nafas berat.

         Abang mana yang tak sayang adik sendiri?

         "Aku yakin adik kau boleh sembuh. Sabar okay? Adik kau takde buat rawatan susulan kat hospital?" tanya aku. Seboleh mungkin aku susun kata-kata aku dengan berhati-hati. Jangan sampai Asahi terasa hati dan marah lagi.

          "Pernah je buat tapi tulah, semua tu pakai duit. Lagipun kami takde banyak duit. Kakak aku kena kerja keras nak sara kehidupan kami, adik aku pula sakit." Jarinya bermain-main dengan sudu yang berada dalam cawan aiskrim yang sudah kosong tu.

          "Nari." Aku tersentak kejap bila dengar dia panggil nama aku. Aku sendiri pun macam dah takde selera nak habiskan aiskrim aku yang masih lagi berbaki.

          "Kau rasa...aku patut ke berhenti sekolah?" Pertanyaannya membuatkan aku terkejut besar sampai aku terpijak ekor Donny yang selesa bergolek-golek kat sebelah kaki aku.

             Donny mengiau kesakitan sebelum gigit kaki aku lalu mencicit lari, menyorok di sebalik kabinet. Malang sungguh nasib Donny harini.

            Aku menyeringai kesakitan. Kurang asam punya kucing! Waktu-waktu macam ni sempat pula gigit kaki aku. Aku gigit telinga dia kang!

            Aku tepuk meja selepas kesakitan akibat gigitan berbisa Donny yang bukan kaleng-kaleng tu. "Jangan jangan jangan! Belajar tu penting Asahi! Lagipun kalau kau berhenti sekolah sekarang, susah kau nak lanjutkan pelajaran kau nanti. Macam mana kau nak tolong keluarga kau?" pujuk aku. Aku betul-betul tak setuju dengan cadangan tu.

           Asahi menggeleng. "Aku kesian kat kakak aku. Dia kerja keras siang dan malam nak cari duit. Aku risau, lagipun dia perempuan. Sepatutnya aku yang kena cari duit untuk keluarga aku," jawab Asahi, berbaur kekesalan. Dia membuang pandangan ke luar kedai. Kenderaan lalu-lalang sekali-sekala.

          "Tapi, kakak kau mestilah nak tengok kau berjaya kat sekolah Asahi. Lagipun kau bijak, takkanlah kau nak sia-siakan kepandaian dan bakat kau?" kata aku sedikit tinggi dengan tangan tergawang-gawang. Aku kena juga buat Asahi batalkan niat dia untuk berhenti sekolah.

         "Betul kata Nari tu, Asahi!" celah Abang Sally yang datang dengan tiba-tiba. Suaranya kedengaran agak maco dan jelas, lain benar daripada kebiasaannya yang agak terkepit-kepit dan acah gedik sebelum ni.

         Abang Sally melabuhkan punggung di kerusi.  Nampaknya dia pun nak join korum perbincangan kami.

         Dia berdehem seketika sebelum duduk menyilang kaki dengan penuh ayu. Dia memandang wajah aku dan Asahi bersilih ganti.

         "Sebagai orang dewasa yang lebih lama hidup, bernafas dan makan aiskrim dari korang, abang nak bagi sedikit nasihat gitu," katanya dengan gemalai walaupun wajahnya kelihatan serius.

        "Walau macam mana pun yang terjadi, jangan berhenti belajar. Bak kata-kata ayah Abang Sally yang dirindui di Malaysia uhuk uhuk!" Abang Sally mengesat air matanya yang sudah jatuh setitik.

         Rindu kepada keluarganya bukan kepalang lagi. Sudah lima tahun dia beraya di perantauan membuatkan air matanya mudah jatuh apabila teringatkan keluarganya yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. Lidah juga seakan terasa keenakan rendang ayam mak.

         "Err Abang Sally? Sila sambung ya, saya tahu Abang Sally mudah tersentuh tapi kami tengah tunggu apa yang ayah Abang Sally cakap." Aku cepat-cepat menghentikan  lamunan Abang Sally yang sudah terkenang jauh. Bimbang berlaku kebanjiran air mata dalam kedai aiskrim ni. Boleh lemas Donny nanti.

         Abang Sally teringat kembali apa yang ingin dikata. Dia mengambil tisu lalu menghembus baki hingus.

          "Ayah Abang Sally kata, belajarlah hingga ke liang lahad. Jadi, kita hidup ni untuk belajar! Ilmulah yang akan merubah kehidupan kita dari semiskin-miskin manusia kepada kehidupan yang lebih baik!" kata Abang Sally dengan bersemangat. Nasib tak terbaling tisu yang ada hingusnya itu.

         Kami terkebil-kebil seketika melihat Abang Sally. Jarang betul tengok dia bersemangat macam ni. Biasanya, dia cuma akan bersemangat untuk dua perkara. Satu, ketika promote makanan Malaysia dan biskut raya. Kedua, ketika show off baju yang baru dijahit.

        Maka, ini satu keajaiban.

       "Abang Sally, liang lahad tu apa?" tanya Asahi. Dia tergaru-garu seketika. Tak pernah pula dia dengar istilah itu.

       "Perumpamaan. Maksudnya, belajar sampailah hembusan nafas terakhir. Haa gituuuu," kata Abang Sally. Aku dan Asahi hanya mengangguk-angguk. Benar juga kata-kata yang baru keluar dari mulut Abang Sally.

      "Asahi, abang minta maaf sebab abang tercuri dengar perbualan kamu dengan Nari. Abang bersimpati dengan kamu tiga beradik." Asahi hanya tersenyum nipis, nak marah macam mana? Mestilah Abang Sally akan dengar. Lagipun kedai itu memang lengang, hanya ada mereka bertiga sahaja.

      "Haa Abang Sally!" celah aku. Abang Sally angkat kening.

      "Haa kenapa? Nak tambah aiskrim? Ke nak buli kucing aku lagi?" Aku mencebik.

      "Ish Abang Sally ni! Saya nak tanya, abang tak nak ke ada pembantu kat kedai ni? Lagipun perniagaan abang makin maju kebaboom sekarang!"

       Abang Sally meletakkan jari di dagu, berfikir sejenak sebelum memetik jari.

      "Boleh juga! Haa Asahi, apa kata kamu kerja dengan abang? Tapi abang tak boleh nak jamin gaji kamu banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu sedikit.  Haa amacam?" Mata Asahi kelihatan bersinar-sinar mendengar perlawaan Abang Sally itu.

      Dia mengangguk-angguk laju. "Demi adik, saya sanggup!" katanya.

       Aku hanya tersenyum. Selesai satu masalah. Yang penting, Asahi tak berhenti sekolah. Aku lega.

-----

One more update and publish new fanfic! So korang tunggu jelah, malam nanti aku publish okay ✌️

Sebenarnya en, korang rasa storyline cerita ni okay ke tak? Tetiba aku rasa cerita ni cam bosan mmm

     

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now