× 8 ×

456 93 99
                                    

     "Tomatoku yang comel! Apa khabar kamu harini?" tanya aku sekadar berbasa-basi dengan pokok tomato yang semakin membesar dengan penuh sihat, comel dan segar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Tomatoku yang comel! Apa khabar kamu harini?" tanya aku sekadar berbasa-basi dengan pokok tomato yang semakin membesar dengan penuh sihat, comel dan segar.

       Ya, aku tahu tomato memang tak boleh cakap tapi suka hati akulah nak cakap dengan dia hahahhahaahh tomato aku bukan korang punya.

       Aku letakkan bangku kecil yang memang aku bawa tadi dengan tangan kanan sebelum melabuhkan punggung di hadapan pokok tomato tersebut. Macam biasalah, aku nak kutip buah tomato yang dah boleh dipetik.

        Kerja biasa yang memang aku buat hampir saban hari. Hujung minggu baru aku tolong omma di pasar minggu sebab omma nak aku fokus belajar.

       Korang mesti pelikkan kenapa aku asyik mention pasal tomato je, macamlah aku takde tanam sayur lain. Ada je, cumanya tomato ni special sikit.

        Sebabnya, semua pokok tomato yang ada dalam kebun belakang rumah aku ni, semuanya aku tanam. Lagi satu, sebab pokok tomato ni membuatkan aku teringat memori aku dengan appa. Uhuk uhuk nak nangis pula rasa.

        "Aku tak fahamlah tomato!" Dah mula dah sesi curhat aku bersama pokok tomato kegemaran aku.

         "Aku tak faham kenapa orang tak suka kau! Kau dahlah comel, macam aku ehek." Tersengih-sengih aku sendirian di situ. Harapnya takdelah makhluk lain yang berada di situ, kalau tak mesti cringe dengar aku buat sesi masuk bakul angkat sendiri, naik lif tekan butang sendiri.

          "Lagi-lagi mamat Jepun tu hmph!" Aku berpeluk tubuh. Tiba-tiba wajah Asahi terlayar di minda aku, lagi-lagi reaksi muka dia waktu tengok tomato aku bergolek dan menggelongsor macam atas papan gelongsor kat taman permainan.

           Serentak dengan itu, aku teringat perbualan aku dengan Asahi di kedai aiskrim haritu. Hal kecemasan?

          "Tomato! Kau tunggu sini tau, jangan lari! Nanti kena culik dengan orang Siam!" Aku bingkas bangun lalu berlari sekuat hati pulang ke rumah. Aku melompat masuk melalui pintu belakang rumah yang memang terbuka luas seluas-luas alam semesta ni.

           "Omma! Omma!"

           Bergegar rumah aku apabila aku melompat setempat mencari kelibat omma yang hilang entah ke mana. Takkanlah omma kena culik kot petang-petang macam ni? Ke omma pergi kenduri kahwin makan nasi minyak ayam masak merah tapi tak ajak aku?

            "KENAPA KENAPA NARI? KENAPA JERIT-JERIT?" Omma muncul di hadapan mata aku tiba-tiba dengan tangan tergawang-gawang, sebelah tangannya memegang penyapu bulu. Gayanya kelihatan seperti orang lemas di laut yang hampir-hampir nazak.

             Mata omma meliar-liar di sekeliling rumah sebelum dia mendapatkan aku. Laju dia memusingkan badan aku sebanyak lima kali sambil mulutnya kecoh bertanya.

           "Kenapa? Ada orang pukul kamu ke? Mana kamu sakit? Bagitahu omma, biar omma hambat dia pakai kapak pusaka turun-temurun dari zaman Perang Kedua!" Omma masih kalut membelek setiap inci badan aku dari kepala sehingga kaki aku. Naik rimas aku dibuatnya!

          "Omma jangan risau. Nari tak sakit apa-apa, sihat walafiat dan masih bertenaga," kata aku lalu memandang tepat ke dalam mata omma supaya omma mempercayai kata-kata aku.

         Omma hembus nafas lalu mengusap dada, cuba menenangkan diri. Penyapu bulu tadi diletakkan di atas meja di sebelahnya.

        "Dah tu? Kalau kamu tak kena pukul, kenapa kamu jerit panggil omma tadi?"

         "Hehehheh, Nari nak tanya sesuatu je," kata aku sambil kuis-kuis lantai dengan hujung kaki. Omma membeliakkan mata, tangannya dinaikkan seperti gaya ingin mencekik leher aku sebelum dia menahan.

         "Sabar jap sabar!" katanya lalu tarik nafas dan hembus. Perlakuan itu diulang tiga kali, pening memikirkan perangai anaknya yang sentiasa kecoh tidak kena tempat dan waktu sehingga mendatangkan kebimbangan yang serius.

        "Haish! Omma ingatkan ada pocong kejar kamu ataupun ikan todak merempuh pulau tempat kita tinggal ni. Kecoh sungguh!" bebel omma. Aku hanya tersengih-sengih. Nasib baik aku tidak diganyang oleh omma, mahu aku terperosok kat celah tong gas nanti.

       "Haa kamu nak tanya apa? Eh eh jap ambikkan air kat coway jap!" kata omma lalu menarik kerusi. Dia duduk di situ menghilangkan lelah akibat terkejut dengan jeritan anak bongsunya itu.

        Nasib tak diserang sakit darah tinggi dan strok apabila mendengar suara anaknya yang bergegar itu. Panjang umur...

       "Nah, omma. Dipersilakan minum," kata aku. Gelas berisi air sejuk itu dihulurkan. Omma meneguknya perlahan-lahan, jangan sampai tercekik.

       Aku juga duduk di situ sambil menunggu omma menghabiskan minumannya. Soalan penting dan sensasi ni harus ditanya, tak boleh disimpan-simpan lagi!

       "Haa nak tanya apa?"

        "Omma kenal tak Asahi? Hamada Asahi?" tanya aku laju. Memang dari tadi lagi aku menunggu saat terbaik untuk aku bertanya soalan cepumas itu.

         "Ofcourselah kenal! Siapa je tak kenal keluarga dia? Satu-satunya keluarga Jepun yang tinggal kat pulau ni. " Aku menggaru-garu kepala, betul juga kata-kata omma tu.

          Selalunya orang yang nampak pelik ni memang jadi tumpuan orang ramai. Eh, bukan maksud aku pelik yang macam alien tu, maksud aku orang yang ada perbezaan dengan masyarakat setempat haa gituuuu

        "Lepastu, kenapa kamu tanya pasal dia? Nak minta omma pinangkan untuk kamu?" kata omma dengan selamba. Dia membuka tudung saji lalu mencapai kuih karipap frozen yang telah digoreng sejam yang lalu. Matanya terpejam-pejam merasai keenakan inti kentang dan kerangupan kulit karipap yang digoreng sempurna itu.

        "Sedap juga kuih orang Malaysia ni. Bilalah omma merasa nak jejak kat tempat diorang? Teringin juga nak panjat Menara KLCC tu, macam best je," kata omma sendirian lalu mencapai karipap kedua.

       "Dari mana omma dapat kuih kari err apa tadi nama dia?" tanya aku. Bukan main asyik dia menghadap kuih karipap yang berwarna agak kuning keperangan itu.

        "Abang Sally jual! Kan dia orang Malaysia, katanya dia nak mempromosikan makanan-makanan Malaysia di mata dunia gitu," jawab omma dengan mulut penuh dengan karipap. Lahap sungguh!

       Aku mencapai satu lalu menggigitnya perlahan. Sedap juga. Harapnya author buku ni dapat kirimkan sikit makanan Malaysia buat aku dan omma di sini huehue

        Hasrat aku nak bertanya lebih lanjut pasal Asahi terpaksa dihentikan kerana omma meminta aku membancuh air teh, nak sambung makan kuih karipaplah tu!

        Malam nanti jelah tanya. Harapnya takde apa-apa lagi gangguan. Okay, sekarang aku nak makan karipap juga.

-----

HOHOHOHOH korang perasan tak aku macam update cerita ni macam lambat kan? Sebenarnya aku tak dapat lagi gambaran cerita ni macam mana, masih kabur dan jerebu dalam otak aku hahahahhaha aku tak tulis lagi draft untuk cerita ni, jadi aku macam tulis ikut apa yang aku tengah fikir sekarang haa macam tuuu

Lagisatu aku nak cakap, happy 10K banana milk yoon jaehyuk ❤️ siapa tak baca lagi cerita tu pergi baca, nanti aku menghantui mimpi korangggggg hahhahahahahha

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now