× 23 ×

347 81 58
                                    

       "Dah dahlah tu nangis Nari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Dah dahlah tu nangis Nari. Dah macam baru lepas tengok kau punya tomato kena pijak pula gayanya." Hyojung menggosok-gosok belakang aku yang masih lagi menangis teresak-esak di tepi katil Asahi.

        Jaehyuk hanya sekadar berdiri menyandar dinding tidak jauh dari situ. Sesekali dia menegur pembantu bilik kesihatan yang sedang sibuk menulis sesuatu di dalam buku panjang berkulit keras.

          Keadaan di bilik itu masih lagi senyap, hanya terisi bunyi tangisan aku. Hyojung dan Jaehyuk juga sepakat tak buka mulut.

         "Eh, Nari, Asahi dah sedar!" Aku angkat muka. Asahi pula nampak terkebil-kebil memandang siling bilik kesihatan sebelum memandang wajah kami bertiga bersilih-ganti.

          Jaehyuk juga mendekati katil Asahi untuk melihat keadaan Asahi yang akhirnya dah sedar dari pengsannya. Buat orang risau je!

           Asahi duduk lalu melihat sekeliling. "Oh, kat bilik kesihatan rupanya," bisik dia sendirian.

            "Kau okay tak Asahi? Nak air?" Aku hulur botol air mineral yang sempat aku beli kat koperasi.

            Asahi ambil lalu meneguk perlahan.

            "Kau kenapa ni Asahi? Kau alergik ke apa?" tanya Jaehyuk, berpeluk tubuh. Mukanya kelihatan bersungguh-sungguh apabila bertanya soalan tersebut.

             Asahi sekadar mengangguk perlahan. Botol air diletakkan di atas meja di sebelah katil.

             "Alergik tomato?" tanya Hyojung pula, mahukan kepastian. Aneh ni!

              Asahi mengangguk lagi.

             "Wei, betullah apa kau cakap Jaehyuk! Ingat tak kau pernah cakap kat restoran Mak Cik Shin?" Jaehyuk usap-usap dagu, cuba mengingat kembali scene tersebut sebelum memetik jari.

              "Haahlah! Tapi kan, aku main-main je waktu tu. Tak sangka pula betul-betul." Jaehyuk garu kepala. Mulut masin sangat dia ni, entah-entah waktu kecil mak dia bancuh susu letak garam agaknya.

              "Lah, kenapa kau tak pernah cakap kau ada alergik tomato?" tanya aku setelah lama berdiam diri. Aku pandang tepat ke arah wajah Asahi yang polos itu.

               Dia angkat bahu. "Dah tak tanya." Serentak, kami bertiga tepuk dahi. Eee rasa nak cekik pula mamat Jepun ni tetapi mengenangkan dia ni baru sedar dari pengsan, kesian pula mmm

              "Ada juga eh orang alergik tomato? Mmm," kata Hyojung sendirian.

              "Adalah. Aku bukan orang ke?" balas Asahi selamba.

               Keadaan sepi seketika selepas mendengar jawapan Asahi yang memang boleh buat orang auto marah.

              "Cuba kau terangkan sikit sakit kau yang pelik lagi aneh ni," kata Jaehyuk. Tak pernah lagi sepanjang dia hidup ni dengar orang alergik tomato. Asahi ni orang terpilih ke apa untuk merasai sakit ni?

              "Aku alergik dengan tomato yang mentah, macam yang Nari letak dalam sandwic tadi. Kalau aku makan, nanti muka aku bengkak. Kalau aku sentuh pun aku boleh jadi gatal gila," terang Asahi dengan panjang lebar. Kami hanya mengangguk-angguk.

               Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

             "Oh, sebab tu ke kau tak tolong aku waktu tomato aku jatuh bergolek-golek hari tu? Sebab kau takut tangan kau gatal dan bengkak?" Asahi angguk lagi, macam robot yang dah disetkan oleh tuannya untuk mengangguk dan menggeleng sahaja.

               Aduh malunya aku! Wei nak sorok bawah katillah macam ni!

              Yalah, haritu kan aku marah gila dengan dia sebab tak tolong aku, lepastu cakap dia sombong, tak kenang budilah apa. Rupa-rupanya, sebab dia ada sakit alergik kepada tomato yang bukan boleh dibuat main-main! Boleh sampai tahap kritikal sehingga membahayakan nyawa!

               "Eh, Nari! Kau kenapa duduk bawah katil? Kau cari harta karun ke kat bawah tu?" tanya Hyojung sambil mengintai ke bawah katil Asahi. Aku dah duduk meringkuk elok kat bawah sambil tutup muka. Malu!

               "Tak, aku malu!" kata aku, kuat.

               "Ish, Nari! Keluarlah! Berhabuk tau kat bawah tu, nanti kau bersin-bersin!" Jaehyuk tarik tangan aku sampai aku terseret keluar dari bawah katil tu. Okay, memang memalukan kaum perempuan ya aku ni, memang tak ayu langsung!

               Aku berdiri lalu membongkokkan badan aku ke arah Asahi. Malu nak bertentang mata dengan Asahi.

              "Aku minta maaf sangat-sangat sebab marah kau waktu tu! Terimalah permohonan maaf yang ikhlas dari hati aku ni, Asahi!" Aku merayu bersungguh-sungguh. Rasa nak nangis pula huwaaaa

             "Takpelah. Dahlah, tak payah buat drama air mata banjir kat bilik kesihatan ni. Lagipun, aku kan dah elok bernafas sekarang ni?" kata Asahi lalu turun dari katil. Dia berjalan keluar dari ruangan itu sambil memasukkan tangan di dalam poket.

             "Eh, Asahi! Kau nak pergi mana tu?" tanya Jaehyuk. Asahi menoleh tanpa sebarang reaksi.

             "Pergi kelaslah! Takkanlah nak ponteng pula?" Kami bertiga tersengih-sengih. Agaklah, baru teringat kelas selepas rehat dah bermula.

             "Baru ingat nak ponteng," bisik aku perlahan, hanya didengari oleh telinga aku dan Hyojung. Hyojung pandang aku lalu tersengih-sengih. Mmm, dia pun dua kali lima je dengan aku rupanya.

              Nama pun bestfriend kan? Nak buat jahat, buatlah sama-sama hehehehhe

             "Haa, korang yang tersengih-sengih macam orang gila tu dah kenapa? Jom!" Suara Jaehyuk mematikan rancangan aku dan Hyojung. Kacau daun betullah si Jaehyuk ni!

-----

Aku update awal sikit hari ni sebelum aku dilanda wabak kemalasan 😂 vote and comment gais ❤️

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now