× 4 ×

615 106 134
                                    

Step 1: Aku kena dekati dia !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Step 1: Aku kena dekati dia !

   
     "Aduh silau mata aku!" Hyojung menutup matanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Aku pandang pelik, dah kenapa dia ni? Nak kata matahari tegak sejengkal atas kepala, baru pagi. Matahari pun masih malu-malu kucing nak tunjukkan diri.

       "Kau ni kenapa Hyojung?"

        "Tengok muka kau, bersinar macam matahari. Tu pasal silau tu, sakit mata aku aduh!"

          Episod lawak hahahambar Hyojung masih berterusan di pagi hari yang bahagia dan nyaman ni. Kan dah kena penampar hikmat aku ni.

           Hyojung tarik muka macam yogurt basi. Aku takde apa-apa niat untuk pujuk dia, pujuklah diri sendiri!

            "Kau kenapa senyum macam orang terlebih makan daun eucalyptus? Kau terjumpa harta karun ke waktu datang sini?" tanya Hyojung, mungkin sengaja mahu mengenakan aku balik. Dia berpeluk tubuh sambil berjalan laju untuk menyamai langkah kaki aku yang besar.

             "Pertama sekali wahai Hyojungku yang tersayang yang rasa macam nak campak ke Andromeda, manusia tak makan daun eucalyptus kecualilah kalau dia ada genetik ataupun bau-bau bacang dengan koala Sydney. Kedua, aku tak terjumpa apa-apa harta karun ataupun duit syiling satu sen kat tengah jalan tadi. Menjawab soalan tak?" Hyojung mencebik, tak puas hati apa lagi? Punya panjang lebar aku jawab soalan mengarut level alien tadi.

          "Kenapa kau senyum-senyum lain macam je hari ni?" Hyojung tukar soalan supaya lebih straight to the point. Aku tersengih.

           "Just wait and see." Aku gelak jahat macam Plankton. Hyojung garu kepala, masih tak dapat nak tangkap apa yang bermain-main di otak aku sekarang.

            "OI PULANGKAN BALIK DIARI AKU!" Kedengaran satu suara yang mempunyai gelombang yang agak besar di muka pintu kelas kami. Secara automatik, kepala kami masing-masing tertancap ke arah seorang pelajar perempuan yang agak tinggi, berwajah seperti harimau jadian sedang mencekak pinggang. Jarang sekali nampak wajahnya sebegitu sebenarnya, selalunya dia nampak tenang, cool dan steady.

            Siapalah yang berani-berani kacau perempuan ni?

             "Hehheheheh, kalau kau nak mehlah sini! Aku nak bagi kau exercise sikit pagi-pagi ni! Biar bakar sikit lemak kau!" celah seorang budak lelaki yang berdiri tidak jauh dari kami bertiga. Di tangannya terdapat satu buku nota berkulit biru, dipercayai diari milik perempuan harimau jadian tadi.

            "Eh, bab-bab berat badan ni jangan main-main eh!" Hyojung dah singsing lengan baju gaya gangster Kampung Durian Runtuh. Besar kecik besar kecik sahaja kelibat lelaki di hadapan kami di pandangan mata Hyojung.

            "Korang tepi! Aku nak ajar budak ni!" Perempuan tadi, Jiwoo namanya segera mengejar lelaki tadi. Maka berlakulah sesi kejar-mengejar yang sungguh tidak romantik di koridor sekolah.

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now