× 22 ×

347 80 54
                                    

        "Eh Asahi! Kau tak pergi library?" tanya Jaehyuk yang dah bersiap-sedia nak berlari ke kantin demi banana milk kekasih hati pujaan jiwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Eh Asahi! Kau tak pergi library?" tanya Jaehyuk yang dah bersiap-sedia nak berlari ke kantin demi banana milk kekasih hati pujaan jiwa. Kakinya terbrek seketika apabila perasan Asahi hanya duduk membatu di kerusi sambil memegang erat beg kertas di dada.

          Asahi pandang muka Jaehyuk lalu menggeleng-geleng.

           "Pelik ni," bisik Jaehyuk sendirian sambil garu kepala.

            Yalah , selalunya waktu rehat je mesti Asahi dah angkat kaki ke perpustakaan, buat kerja sekolah atau sekadar menghabiskan masa membaca kat sana. Dia memang tak makan waktu rehat.

            Jadi, apa yang membuatkan hari ni Asahi bertukar fikiran? Ada nyamuk tersesat masuk dalam lubang telinga dia ke?

            "Eh, Jaehyuk! Dah kenapa kau berdiri macam ni? Macam orang kena pukau berdiri je?" Hyojung menepuk bahu Jaehyuk membuatkan lelaki tinggi lampai itu melompat terkejut. Dia mengurut-urut bahagian dada, rasa nak terlompat keluar jantung ni.

              "Takdelah, aku pelik ni ha dengan Asahi. Tiba-tiba je hari ni dia–"

              "Asahi, jom rehat!"

              Maka, Jaehyuk dan Hyojung masing-masing berpakat membuat sesi membeliakkan mata dan ternganga mulut. Biar betik apa yang baru mereka dengar ni?

             Asahi hanya mengangguk-angguk lalu bangun dari duduknya. Beg kertas tadi dibawa bersama.

              "Dah kenapa korang ni? Muka dah macam kentang dah aku tengok," tegur Asahi dengan muka tanpa reaksi. Terbit rasa pelik melihat muka Jaehyuk dan Hyojung yang kelakar tu.

              "Nari, kau buat apa ni?" tanya Hyojung kepada aku. Aku angkat bahu. Aku tak rasa aku ada buat salah ke apa. Aku cuma ajak Asahi pergi rehat je. Salah ke?

             "Asahi, kau kenapa hari ni?" tanya Jaehyuk. Kedua-dua tangannya menarik rambutnya sendiri, peliknya semakin memuncak sehingga ke kepala. Dia perlukan penjelasan!

              "Aku okay je," jawab Asahi. Dia ada kat depan muka pintu belakang. Tergambar reaksi jengkel melihat Hyojung dan Jaehyuk yang masih dalam fasa kaku sekeras batu.

               "Dah dah! Layan korang ni sampai esok pun tak makan!" Aku bertindak ganas dengan menolak Hyojung dan Jaehyuk keluar dari kelas. Aku tarik tangan diorang ni ke kantin. Lambat betul!

               "Asahi! Kau tunggu kat taman bunga sekolah yang ada meja batu tau! Nanti kitaorang datang!" jerit aku sambil heret dua makhluk tu.

                "Okay," jawab Asahi sekerat. Dia membawa langkah ke destinasi yang disuruh oleh aku tadi dengan cepat dan senyap.

-----

              "Asahi, cepatlah buka!" Aku goyang-goyang tangan Asahi. Kadar keterujaan aku meningkat 85% apabila Asahi mengeluarkan tupperware berharga itu daripada beg kertas itu.

              Tiba-tiba aku merasakan kedua-dua bahu aku dipegang. Aku toleh ke kanan, tangan Hyojung. Aku toleh ke kiri, tangan Jaehyuk. Masing-masing pandang muka aku dengan tajam. Gulp, kenapa aku ni macam dah buat salah paling besar kat dunia ni mengalahkan pembunuh bersiri?

              "Apa yang kau dah buat ni Nari?" Serentak mereka bertanya sebelum saling berpandangan, tak sangka boleh sebut satu-satu perkataan itu sama-sama dengan sempurna dan nice timing.

              "Aku cuma bagi Asahi makanan je," kata aku perlahan. Terketar kepala lutut apabila dengar soalan yang keluar dari mulut kawan baik aku ni. Serius betul bunyinya. Lagi serius dari cikgu Addmath!

             "Kau bagi apa?" Aku cuma tunjuk ke arah Asahi yang dah buka penutup tupperware. Dengan serentak, Hyojung dan Jaehyuk masing-masing memulakan aktiviti menjenguk kepala untuk melihat isi bekas tersebut.

              "Sandwic?" tanya Jaehyuk sambil pandang aku. Hyojung gigit kuku. Dia tak percaya semua benda ni berlaku! Lagi-lagi bila aku yang buat. Untuk Asahi pula tu!

              "Kau mimpi apa wei malam tadi?" tanya Hyojung. Wajahnya terpapar riak risau, tangannya dah naik kat muka aku nak rasa suhu, manalah tahu suhu badan aku naik mendadak tiba-tiba.

             "Aku mimpi hitam putih je. Dah dah, korang berdua duduk diam-diam! Aku nak tengok Asahi merasmikan sandwic yang dibuat sendiri oleh tangan aku!"

             Jaehyuk dan Hyojung sama-sama telan air liur. Mata masing-masing tertumpu pada Asahi yang dah angkat sandwic nak masukkan dalam mulut.

            Aku tersenyum-senyum. Heh, aku tahulah aku masak memang sedap setaraf chef hotel berbintang-bintang! Gordon Ramsay boleh menangis tengok sandwic aku ni!

            Ngap! Bunyi sandwic digigit oleh Asahi. Aku tepuk-tepuk tangan, aku tahu yang aku memang akan dipuji lepas ni.

             Mesti Asahi akan cakap macam ni, sedapnya kau buat sandwic ni? Macam mana kau buat eh? Apa bahan-bahan dia?

             Aku tersengih sendirian, hidung kembang-kuncup macam cendawan. Hehehheh sesungguhnya berangan itu memang indah ya kawan-kawan!

            "Eh eh Nari! Kau letak apa wei dalam sandwic ni?" Suara Hyojung mematikan angan-angan aku yang indah tadi. Ish kacau jelah perempuan ni.

             "Kau kenapa ni Hyojung?" tanya aku.

             "Aku kenapa? Ni tengok Asahi ni!" Aku memandang muka Asahi dengan malas sebelum aku terperasan sesuatu.

              "Uwek uwek!"

              Asahi memuntahkan balik sandwic yang dia makan tadi dalam tong sampah. Jaehyuk menepuk-nepuk belakang Asahi dengan cemas. Matanya memandang aku dan Hyojung yang masih terkaku di meja batu.

              Kenapa ni? Apa yang berlaku?

             Aku terus berlari ke arah Asahi sambil tepuk belakangnya juga. "Kenapa ni Asahi?" tanya aku, pantas. Risau!

              Asahi senyap. Dia kembali semula ke meja batu dengan muka menunduk lalu membuka sandwic tersebut untuk melihat isinya sebelum dia tarik keluar satu potong sayur yang memang aku kenal sangat.

              "Tomato?" kata Asahi kuat dan dengan tidak semena-mena dia jatuh pengsan. Kami bertiga mengelilingi Asahi yang tampak kritikal dan tak sedarkan diri tu.

               "Wei Asahi kau kenapa?" Aku tepuk-tepuk perlahan muka Asahi. Rasa nak menangis tengok keadaan dia.

              Kulit wajah dan tangan dia mula memerah macam gatal dan kawasan mulutnya mula membengkak. Kenapa ni Asahi? Jangan tinggalkan akuuuu

-----

Haa kenapalah tuuuuu 👀 vote and comment gaessss ❤️

            

     

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now