× 7 ×

445 93 78
                                    

       "Haa pilihlah mana-mana aiskrim! Jangan risau, jangan kalut, jangan gelabah, abang Asahi kita bayarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "Haa pilihlah mana-mana aiskrim! Jangan risau, jangan kalut, jangan gelabah, abang Asahi kita bayarkan."

        Asahi yang tadinya meliar-liar melihat pelbagai perisa aiskrim yang ada di sebalik kaca display table tu menjeling aku. Amboi, tajam betul, kalah pedang samurai baru lepas diasah!

         "Alah gurau je. Kitakan kawan?" Aku tersengih-sengih. Asahi hanya rolling eyes lalu meneruskan misi memilih aiskrim.

          Hyojung? Tak payah tanya pasal perempuan tu. Dia melangkah masuk kedai ni je, dari muka pintu tu dah laung kat Abang Sally, pemilik kedai aiskrim ni "NAK AISKRIM COKLAT TOPPING OREO SATUUUUUUU!" Sampai melompat kucing gebu bernama Donny yang enak tidur di bawah aircond mendengar suara Hyojung yang macam raksasa tu.

          Abang Sally auw auw pun hampir-hampir terbaling pengilat kuku merah jambu dia masuk kat dalam laci mesin duit kat sebelah. Isk isk tak boleh main betul suara Hyojung ni. Ikut siapalah ni. Omma appa dia cakap perlahan dan lemah-lembut je, sampai dia bergegar semacam.

         Arghhh dah dah panjang pula cerita Hyojung tu. Dia pun dah elok duduk sambil melantak aiskrim dia.

        "Ambillah yang mana-mana Asahi. Aku tak kisah." Asahi letak jari di bawah dagu, pening nak pilih perisa yang mana.

        "Takpe ke?" tanyanya.

         "Takpe, alah kira ni macam hadiah persahabatan gituuuu," jawab aku. Aku meminta Abang Sally tolong scoop kan aiskrim perisa vanilla untuk aku.

         "Mmm, kalau macam tu aku nak sama dengan kau jelah." Aku angkat kening. Biar betul Asahi ni?

          "Eh kau ni, ambil je yang mana-mana, kan aku kata–"

           "Aiskrim vanilla dua." Asahi angkat jari telunjuk dan jari hantu, tanda dua. Abang Sally angguk-angguk sambil tersenyum kambing. Jangan cakap...

            "Amboi sweetnya kamu berdua ni!" katanya dengan suara terkepit-kepit seperti Doraemon tercekik strawberi saiz XL.

             "Eh Abang Sally ni jangan gurau-gurau eh! Nanti saya buang pengilat kuku kesayangan abang dalam laut nanti!" Abang Sally muncung. Tak pasal-pasal kena marah. Dia scoop aiskrim dengan cepat lalu diletakkan dalam cawan kertas.

            Eee meremang pula bulu hidung aku dengan kata-kata Abang Sally tadi. Sweet? Ni bukan sweet, ni sawit cacing kerawit adalah! Lambat lagi eh nak sampai tahap begitu euwww entah-entah aku dengan Asahi robot tu takde apa-apa pun. Manalah tahu, otak author cerita ni memang tak dapat dijangka sikit. Betul tak?

           Nasib lepas Asahi minta dua aiskrim tadi, dia terus duduk dengan Hyojung. Takdelah dia dengar ayat yang keluar dari mulut Abang Sally yang memang rasanya dah cop giliran minta penampar aku.

            "Nah, aiskrim vanilla dua! Abang merajuk hmph!" kata Abang Sally berpeluk tubuh lalu jalan hentak-hentak kaki kembali ke meja cashier. Terasa sangat nampaknya.

              Argh tak kisahlah tu! Asalkan aku dapat makan. Aku ambil dua cawan itu lalu melangkah ke meja yang diduduki Asahi dan Hyojung. Hyojung sudah tersandar kekenyangan di kerusi sambil tersengih-sengih.

             Nak minta tambahlah tu. But sorry, not today okay! Kalau nak tambah, tangunggan duit poket sendiri. Ingat aku anak Dato' ke?

           "Nah Asahi." Aku hulur satu cawan plastik. Asahi menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Sejuk hati aku mendengarnya ehek.

            "Haa Hyojung! Tengok Asahi, ucap terima kasih sebab aku belanja aiskrim. Kau?" sindir aku. Hyojung tarik muka lagi.

            Korang perasan tak, dalam cerita ni Hyojung asyik tarik muka je dengan aku haa biarkan dia. Tak lama nanti muka dia jadi macam nenek kebayan aku tak tahu.

           "Yalah yalah, terima kasih!" ucapnya dengan penuh tidak ikhlas. Mulutnya masih memuncung seperti anak itik. Sungguh tidak comel.

            Asahi makan dengan senyap. Begitu juga dengan aku. Hyojung pun senyap walaupun aiskrimnya dah lama habis. Tiba-tiba aku takde idea pula nak cakap dengan si robot ni.

            "Nari." Aku angkat muka. Berdebar pula aku dengar nama aku dipanggil oleh Asahi. Dahlah mendatar je suara dia. Lagi seram daripada bisikan pontianak harum sundal malam Jumaat mmm

           "Aku minta maaf langgar kau haritu. Aku tak sengaja."

            "Alah takpelah! Lagipun haritu kan kau dah minta maaf? Kira kosong kosong jelah!" kata aku sambil membuat gaya tangan 'takpe-takpe' alah korang bayangkan susah pula author nak terang hahahahahh

          "Err tapi aku tak minta maaf lagi sebab aku tak tolong kau kutip err to err ma err to. Aku minta maaf." Dah kenapa gagap pula dia ni? Takut sangat sebut perkataan tomato tu!

           Aku usap-usap dagu, okay yang ni aku macam berat hati sikit nak maafkan. Bayangan tomato aku yang lebam-lebam kerana telah bergolek-golek haritu mula bermain-main di fikiran aku. Sedih pula kita uhuk uhuk!

            Takpelah, tak baik simpan dendam lama-lama. Contohilah aku.

           "Takpelah, aku maafkan. Tapi kenapa kau macam kelam-kabut je haritu?"

            Asahi senyap sebelum dia menggeleng-geleng.

            "Hal kecemasan," katanya. Aku angguk-angguk walaupun macam pelik mendengar kata-katanya.

            Kecemasan? Kenapa dia macam nak sorok something je dari aku? Mmm aku kena korek rahsia Asahi!

-----

Uwiiiiii vote and comment gais aku tahu korang memang nak aku update selalu kan uhuk uhuk aku try eh lagipun aku nak juga habiskan cerita ni cepat-cepat nanti aku boleh sambung buat untuk member lain pula ❤️

 

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now