× 31 ×

346 82 58
                                    

       "Kaori, sabar ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Kaori, sabar ya."  Omma mengusap-usap belakang badan kakak Asahi yang masih tertunduk menangis teresak-esak di bangku koridor ruangan hospital itu.

         Kami sama-sama membisu. Asahi yang duduk bertentangan dengan kakaknya juga kelihatan menunduk, senyap. Jaehyuk di sebelahnya mengusap-usap belakang badannya, seakan menyalurkan sumber kekuatan.

         Tadi selepas kami dapat berita yang Yuri dimasukkan ke hospital sekali lagi, aku dan omma menumpang kereta omma Hyojung yang juga ingin ke hospital. Jaehyuk juga turut serta.

         "Nari." Bahu aku ditepuk oleh Hyojung dari belakang. Dia menghulurkan sebotol air mineral. Dia dan ommanya naik lambat sedikit sebab cari parking dan singgah membeli air.

         Puan Lee mengagihkan air mineral seorang satu.

         "Kaori minum air dulu ya, bagi tenang sikit fikiran." Omma membuka penutup botol tersebut lalu dihulurkan kepada Kaori unnie dengan cermat. Di wajah tuanya terbit rasa kerisauan. Tangannya sebelah lagi tak habis-habis mengusap belakang Kaori unnie umpama menenangkan anaknya sendiri.

         Kami yang lain hanya senyap, melayan perasaan masing-masing. Tidak mahu menimbulkan kekecohan dan kegalauan yang bersarang di hati Kaori unnie dan Asahi.

         Yalah, siapa je tak takut tengok adik-beradik sendiri masuk hospital?

         Lama juga kami menunggu doktor keluar dari wad kecemasan. Setiap saat yang berlalu terasa menyeksakan setiap jiwa dan batin kami semua.

        "Ini keluarga Hamada Yuri ke?" Satu suara garau kedengaran di ruangan koridor tersebut. Seorang lelaki berpakaian kot panjang warna putih berdiri tegak di hadapan kami semua.

         Kaori unnie tergesa-gesa mendekati doktor tersebut lalu memegang kedua-dua bahunya. "Doktor, macam mana dengan adik saya?" tanyanya cemas. Doktor tadi tidak tersenyum, tetapi tidaklah berwajah muram.

          "Awak kakak kepada Yuri kan?" Kaori unnie mengangguk laju. Air matanya masih lagi tumpah membasahi wajah cantiknya.

            Asahi mendekati kakaknya lalu memegang bahu kakaknya dari belakang. Dia tahu kakaknya itu terlalu risau dengan kesihatan adik bongsu mereka, lagi-lagi apabila benda ini terjadi. Apa-apa pun boleh jadi. Termasuklah maut.

           "Sabar, oneechan. Yuri tak apa-apa," bisik Asahi di telinga kakaknya. Dia menggenggam tangan kanan kakaknya. Sedangkan dirinya sendiri juga gementar mendengar kata putus dari doktor.

           Tetapi dia kena kuat, demi kakaknya dan demi adiknya yang tersayang.

           "Yuri masih lagi tak sedarkan diri. Keadaannya 50-50. Saya mohon semua bersabar ya. Boleh saya berbincang sesuatu dengan Cik Kaori?"

            "Oneechan pergilah. Jangan menangis ya," kata Asahi lembut lalu memeluk badan kakaknya yang kecil dan kurus itu. Menggeletar kakaknya saat mereka berbalas pelukan. Tak lupa dengan itu, dia menyeka sisa-sisa air mata di pipi kakaknya.

            Aku hanya memerhatikan perlakuan dua beradik itu tersentuh. Aku tersentuh dengan apa yang Asahi buat pada kakaknya. Dia tak dingin seperti yang selalunya dia tonjolkan di sekolah. Dia sangat lain di sini.

           Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh mengalir juga. Aku teringat mendiang appa yang meninggal di hospital ini juga lima tahun yang lalu. Aku faham perasaan itu.

          Sudahlah mereka, ibu bapa pun dah pergi meninggalkan mereka tiga beradik, sekarang adik mereka pula  berada di ambang maut. Sesungguhnya dugaan ini terlalu berat untuk mereka bertiga.

          Kaori unnie mengikuti gerak langkah doktor lelaki tadi, doktor yang sama merawat Yuri dahulu. Harapnya semuanya berjalan lancar.

         Asahi hanya menghantar kelibat kakaknya itu pergi sebelum meraup wajahnya. Tanpa kata, dia berlalu meninggalkan kami semua yang hanya duduk melihat perbualan mereka dengan doktor tadi.

         "Asahi, kau nak pergi mana?" tanya Jaehyuk. Risau dia kawannya berbuat seseuatu di luar kawalan kerana tertekan.

          "Tandas," jawab Asahi ringkas tanpa memandang wajah Jaehyuk. Dia terus beredar.

-----

           "Kami terpaksa buat pembedahan pintasan jantung, kami rasa itu yang terbaik untuk Yuri," kata doktor lelaki yang mesra disapa Dr. Kim. Dia kelihatan serius melihat  catatannya.

             Kaori telan air liur, pembedahan maksudnya menelan belanja kos yang banyak. Walaupun Yuri sudah mempunyai insurans kesihatan, semestinya pihak keluarganya juga perlu membayar kos rawatan hospital yang lain.

            Hatinya gusar. Dia tidak mahu adiknya berterusan sakit tetapi dia juga pening mahu mencari duit untuk membayar. Ah, hidup memang ada pilihan tetapi kena sukar?

           "Biar saya terangkan sedikit tentang pembedahan ini," celah Dr. Kim ketika Kaori melayan perasaan. Kaori mula fokus dengan penerangan doktor muda tersebut.

           "Kami mendapati Yuri mempunyai dua salur darah yang sempit dalam salur darah utama koronari. Jadi, kami mengambil keputusan untuk jalankan pembedahan ini.

             Saya akan terangkan prosedur secara ringkas sebab jika Cik Kaori setuju nak jalankan, akan ada sesi konsultasi secara menyeluruh selepas ini. Kami akan menggunakan bius umum supaya Yuri berada dalam keadaan tak sedarkan diri. Selepas itu, kami akan ambil salur darah sihat samada daripada vena sefanus kaki, arteri marmari dalaman sternum atau arteri radial tangan melalui pembedahan."

           Kata-kata Dr.Kim cukup membuatkan debar di hati Kaori semakin laju. Kepalanya pening diasak dengan pelbagai informasi yang ternyata cukup membuatkan dia seram. Tapi apa boleh buat? Ini demi kebaikan Yuri.

            Dia tak sanggup tengok Yuri sakit lagi.

             Dr. Kim seakan perasan dengan wajah pucat Kaori. "Cik Kaori okay? Saya boleh berhentikan perbincangan kita sekarang," katanya dengan penuh prihatin. Kaori menggeleng.

             "Takpe doktor. Sambunglah," katanya.

            " Prosedur pembedahan jantung seperti ini ya, dada akan dibuka dengan memotong tulang rusuk hadapan.

             Degupan jantung pesakit akan dihentikan bagi memudahkan proses pembedahan, sementara fungsi jantung diambil alih oleh sebuah mesin khas yang akan mengepam darah ke seluruh badan."

            Doktor Kim menarik nafas sebelum menyambung katanya. "Nanti kami akan terangkan dengan lebih lanjut. Pembedahan biasanya memakan masa 3 hingga 6 jam dan selepas itu Yuri akan dipindahkan ke ICU untuk dipantau dengan rapi. Dia juga perlu menjalani proses fisioterapi," katanya. Kaori sekadar mengangguk lemah.

            "Doktor, boleh saya bertanya?"

            "Berapa kos semuanya ya?" Soalan yang dari tadi bermain-main di fikirannya terluah juga.

            "Lebih kurang 8000 ringgit atau lebih, bergantung," kata Doktor Kim.

             Kaori menghela nafas berat. Nilai itu terlalu banyak bagi dirinya. Dia gusar.

-----

HAHAHHAGAG KORANG ABAIKAN JE RINGGIT TU AKU MEMANG BEGO MATAWANG WON 😂 korang layan jelah

Info tu kalau salah maafkan jelah sebab aku buat research kat google, InsyaAllah betul

Lepastu nak cakap, cerita ni boleh habis bila-bila je gais so korang ready jelah, maybe dalam minggu ni habis siapa tahu hahahhahah

• tomato • hamada asahi Where stories live. Discover now