01 | kosong

263 38 9
                                    

"Umi, kunci motor mana?" Ayman menjerit dari ruang tamu berharap agar uminya yang berada di dapur mendengar. Sudah puas dia mencari, namun tidak jumpa-jumpa juga. Inilah barang. Bila tidak mahu, tercegat depan mata. Bila diperlukan, hilang pula entah ke mana.

"Atas meja tu tak ada ke?" Puan Farah menjawab lembut seraya berjalan keluar dari dapur. Kedua belah tangannya dilap pada bahagian berkain apron yang dipakai. Baru selesai mencuci pinggan. Tangan masih sedikit basah.

Ayman membelek-belek setiap satu barang yang ada di atas meja. Sebaik sahaja dia mengangkat sehelai sapu tangan berwarna merah, barulah dia menjumpai segugus kunci yang dari tadi dicarinya. Kunci itu lantas dicapai lalu dia tersenyum malu ke arah ibundanya. Puan Farah sekadar menggeleng kepala melihat gelagat Ayman.

Hari ini merupakan hari penting buat Ayman. Tidak hairanlah mengapa dia begitu gelabah sehinggakan kunci pun tidak dijumpainya.

"Okey-lah, umi. Ayman pergi dulu, ya!" Ayman berkata penuh teruja dibalik gelisah yang dirasainya. Dia bakal mengambil result SPM-nya. Siapa sahaja tidak teruja walau jelas gelisah lebih bermaharajalela.

"Hai, tak nak salam abi dengan umi dulu ke?" Ustaz Amin bersuara dari belakang. Dia baru sahaja pulang dari kebun belakang rumah. Bahu Ayman sedikit terhincut akibat terkejut dengan sapaan itu. Dia kemudian tersengih kambing sendiri.

"Lupa pula, hehe." Ayman yang sudahpun berada di atas motor, turun kembali demi menyalami kedua ibubapa yang disayanginya. Dia tidak boleh pergi begitu sahaja. Sudahlah hari ini mahu ambil result. Semestinya dia memerlukan kuasa berkat serta doa umi dan abi!

Tangannya dihulur, badannya ditunduk sedikit lantas tangan wanita separuh abad itu disalaminya penuh kasih.

"Doakan Ayman, ya umi."

"Semestinya, sayang."

Ayman tersenyum. Dia kemudiannya bergerak untuk menyalami abinya pula.

"Abi doakan yang terbaik untuk kamu. Kamu dah buat sehabis baik. Belajar siang malam. Kadang tak tidur. Pukul 3 pagi bangun qiam. Insha-Allah akan dibalas dengan result yang setimpal dengan usaha kamu."

"Terima kasih, abi." Sekuntum senyuman manis terukir indah di bibir.

"Eh? Kau dah nak pergi ke?" Kakak Ayman, Alya, muncul dari belakang rumah. Melihat daripada bajunya yang kotor, Nampak sangat dia baru selesai berkebun. Mungkin dia siap lambat sikit dari abi.

Alya bersama sarung tangannya yang kotor berjalan lantas merangkul adik lelakinya.

"Pastikan kau bawa balik result yang cantik, okey? Kata nak lawan aku." Alya berkata. Saja mahu menyakat Ayman. Sedikit demi sedikit, sakatan itu menghilangkan gelisah yang menyelubungi diri.

"Insha-Allah. Kau dapat 9A, aku dapat 10A plus plus punya... Kau tunggulah! Hehe." Ayman berkata lalu tertawa sendiri.

Menggunakan tangan kirinya, Alya mengusutkan rambut Ayman sebagai satu gurauaan sebelum membiarkan adiknya menaiki motor kembali. Topi keledarnya disarung, bersedia untuk pergi.

"Ayman," Puan Farah memanggil, lantas Ayman berpaling. "Jaga diri. Balik dengan selamat, ya?" senyuman manis bak gula melaka diukir, membuatkan Ayman tiba-tiba sebak. Air matanya ditahan. Tidak mahulah tumpahkan mutiara berharga itu sekarang.

Ayman sekadar membalas senyuman hangat itu.

"Insha-Allah, umi." Balasnya ringkas.

"Okey-lah. Ayman pergi dulu ya, umi, abi. Assalamualaikum." Ketiga-tiga ahli keluarganya menjawab salam itu. Enjin motor dihidupkan lantas kenderaan bertayar dua tersebut dipandu keluar dari perkarangan rumah, seterusnya membelah angin pagi.

KOMA (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now