10 | kenapa kita perlukan Tuhan?

125 20 29
                                    

Perubahan kata:
Bangsal - kabin

<><><><><>

Ima menolak pintu belakang rumah menggunakan badan. Pegangan pada raga penuh pakaiaan basah itu diperkemaskan agar tidak jatuh. Destinasinya adalah ampaiaan di hadapan sana.

Beberapa langkah menapak, dia meletakkan raga berat itu ke bawah. Peluh pada dahi dikesat. Ini sudah boleh kata kali kedua dia masuk dan keluar membawa kain basuhan yang perlu dijemur. Bukan sedikit pula itu. Memandangkan mereka baru sahaja bergotong-royong mengemas rumah, pastinya banyak cadar-cadar mahupun sarung bantal yang perlu dibasuh sebelum diguna semula.

"Lepas ni kena basuh pinggan pula. Ah, penatnya!" Pinggang dicekak lalu kepalanya didongak ke atas. Sebaik sahaja dia memandang ke bawah semula, raga baju tadi sudah tidak lagi berada di tanah. Terus Ima mengangkat muka, melihat gerangan yang mengambilnya.

"Awak ada kerja lain, bukan? Pergilah. Biar saya saja yang sidai kain-kain ni." Ujar Ayman dalam senyuman penuh ikhlas.

Kata-kata itu berjaya meraih senyuman di bibir Ima.

"Betul ni, Ayman?"

"Ya, betul. Pergilah."

"Wah, terima kasih!" Terus Ima yang kegembiraan berlari masuk ke dalam rumah kembali. Ayman tersenyum, turut sama gembira bagi pihak gadis itu.

Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Itulah prinsip yang Ayman pegang sehingga kini.

Raga penuh baju itu dibawa bersama mendekati ampaiaan yang berada di tengah-tengah padang rumput. Ia kemudian diletakkan ke bawah. Ayman menunduk, mengambil helaiaan demi helaiaan kain lalu disidai di atas ampaiaan. Deruan angin tengah hari dibiar mengaluni sidaian.

Dari dalam hutan orang itu memerhati. Setiap gerak Ayman berada dalam pengawasannya. Tidak tercalit walau sekuntum senyuman di wajah lelaki bercermin mata hitam itu.

Tangan kanan diangkat, menyentuh alat pendengaran di telinga kanan. Apabila pasti alat itu sedang merakam, dia pun bersuara.

"Tuan, Ayman Mikael sudah dijumpai."

***

Raga kain yang sudah kosong dibiarkan bergolek ditiup angin. Ayman baring. Walaupun silauan matahari terik mencengkam mata, tetap juga direbahkan tubuhnya ke atas hamparan rumput nan hijau. Angin sepoi-sepoi bahasa menjamah kulitnya, mengalun-alunkan helaiaan rambutnya. Tangan diletakkan di belakang kepala sebagai alas. Dia memerhati langit yang kian membiru.

"Paling kurang, aku masih dapat nikmati keindahan alam sebagaimana di dunia sebenar." Ayman bermonolog. Kawanan awan di langit siang diperhati, menjadi santapan mata coklat ini.

"Wah, aku masih tak percaya aku mengembara alam. Rasa macam cerita fiksyen saja." Dia tergelak kecil.

"Tapi, tulah..." tangan kirinya diangkat ke udara, menggapai-gapai gumpalan awan. "Nak kata betapa besarnya kekuasaan Allah, benda yang dirasa mustahil pun boleh terjadi dalam sekelip mata."

Ayman tersenyum. Namun tidak lama sebelum tangannya berhenti menggapai. Ayman terfikirkan sesuatu.

Jikalau benar dia berada di dunia lain, bagaimana pula caranya untuk dia pulang? Dunia ini bukanlah alam permainan video yang mempunyai peringkat-peringkat tersendiri dan akan kembali secara automatik sekiranya menang. Ini bukan Jumanji. Ini bukan fantasi. Tetapi realiti.

"Mengapa aku berada di sini sebenarnya? Adakah untuk menyelamatkan ummah dan kembalikan agama yang hilang? Andai benar sekalipun, mengapa aku? Masih ramai lagi manusia yang lebih sesuai untuk tugas ni. Jadi kenapa aku?"

KOMA (Bakal Terbit)Kde žijí příběhy. Začni objevovat