13 | Syafiq

84 16 17
                                    

BANG!

Darah memercik, membasahi rumput dengan warna merah pekat. Haiwan-haiwan berdekatan lari bertempiaran mendengarkan bunyi tembakan. Terkebil-kebil Ayman memandang ke bawah, melihat kaki kirinya yang bercucuran darah. Dia rebah serta-merta.

Tercungap-cungap. Ayman memegang betis kirinya dengan kedua belah tangan. Dia cuba menutup pendarahan, namun peluru yang telah merosakkan arterinya membuatkan darah pekat tetap mengalir keluar dari celahan jari.

Matanya berair. Peluh membasahi wajah, menahan kesakitan yang menjalar ke seluruh tubuh.

Semua yang ada di situ kaku. Tidak mampu bergerak kerana wajah masing-masing sedang diacu senapang oleh tentera di hadapan.

"Semoga berjaya berjuang tanpa sebelah kaki." Di akhir kata, Flynn ketawa terbahak-bahak. Tanpa menghiraukan Ayman yang sudah seperti separuh mati, Flynn melangkah meninggalkan kawasan itu.

Sebaik sahaja senapang tidak lagi terarah, terus kesemua mereka berlari mendapatkan Ayman yang tercedera.

***

"Maafkan aku, Ayman. Mungkin mereka dah sedar akan keanehan tingkah-laku aku, jadi mereka buat keputusan untuk ikut aku sampai ke sini. Andai aku tak hadir, pasti tempat ni masih kekal rahsia." Tona suaranya mendatar. Tangan Dr. Anderson ligat membalut luka tembakan, manakala minda saintis itu jauh tenggelam dalam rasa bersalah dan kekesalan.

"Tak perlu minta maaf, ini bukan salah kau. Kau sendiri pun tak tahu yang mereka ikut kau ke mari. Benda nak jadi. Tak mengubah apa pun andai kita terus kesal dan menyalahi diri sendiri." Rasa itu hadir lagi. Setiap kali Ayman Mikael berbicara, pasti dirinya berasa kerdil. Remaja itu tidak mudah marah. Tidak pula dia gelabah apabila hadir situasi sebegini. Dia sentiasa berlagak tenang, bersama senyuman yang menghiasi wajah. Dirinya seolah diulit keindahan taman sentiasa, biarpun jasad berdiri teguh di tengah-tengah medan perang yang suram.

Balutan diperkemaskan lalu trail berisi kapas berdarah dibawa keluar untuk dibuang. Di muka pintu, Dr. Anderson berselisih dengan Viktor yang tergesa-gesa ingin menemui Ayman.

"Ayman, sejak bila lagi kau pakai benda ni?" Soalan terus terang itu dituju pada penyokong kaki mekanikal yang diangkat ke udara. Viktor memandang Ayman tanpa kerlipan.

"Sejak aku mulakan perjuangan ni. Kaki kiri aku belum sembuh sepenuhnya. Jadi kawan aku buatkan tu untuk memudahkan aku berjalan." Ayman menjawab tanpa berselindung. Dia sedikit tertanya-tanya mengapa Viktor tampak begitu teruja dengan penyokong itu.

"Besi yang digunakan untuk membuat penyokong ni adalah besi yang sangat berkualiti dan ditempa dengan baik sehinggakan peluru pun tak boleh tembus sepenuhnya. Andai penyokong ni tak ada, tulang betis kau boleh retak seribu dan akhirnya terpaksa dipotong, tahu? Penyokong ni dah selamatkan kau!" Viktor berkata teruja. Ayman mengangguk mendengar penjelasan itu. Terus pandangannya dialih melihat kaki kiri yang berbalut kain kasa. Nampaknya, dia bernasib baik.

"Hei, Ayman. Beritahu aku, siapa perekanya?" Senyuman tidak lekang dari bibir seraya soalan itu meniti keluar.

"Kawan aku."

"Siapa? Nama apa? Dia ada di mana sekarang? Boleh beritahu aku?" Ayman menunduk. Soalan itu serta-merta membuatkan dirinya sebak. Melihatkan perubahan air muka Ayman yang drastik, Viktor mematikan senyuman.

"Dia... dia sedang berbahagia di taman syurga. Syahid ketika berperang." Atmosfera bertukar muram.

"Maaf. Aku tak patut tanya." Suasana menjadi sunyi seketika.

Viktor menarik kerusi kayu yang berada pada meja lalu duduk secara terbalik. Tangan diletak pada penyandar kerusi lalu digunakan untuk menongkat dagu.

"Jadi... apa rancangan kau?"

KOMA (Bakal Terbit)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora