Deskripsi

333 37 4
                                    

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan dan tidak disengajakan.

<><><><><>

"Apa kau buat ni, Alya?"

"Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah."

"Dah benda memang haram."

"Haram?" Alya berdecit.

"Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar.

"...Islam dah lama mati."

-----

Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya.

Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran.

Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang.

Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun...

kerana andai bukan mereka, siapa lagi?

<><><><><>

Copyright © 2021 TheFnlini

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana isi kandungan daripada buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada penulis.

<><><><><>

⊰᯽⊱┈──╌❊ 03.07.21 ❊╌──┈⊰᯽⊱

⊰᯽⊱┈──╌❊ 03

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰᯽⊱┈──╌❊ 03.07.21 ❊╌──┈⊰᯽⊱

KOMA (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now