0

522 62 12
                                    

"awak memang suka bersosial ke?"

Minyoung bertanya dengan penuh minat kepada lelaki asing yang baru sahaja dikenali tidak sampai 3 hari di hadapannya. Dagunya ditahan dengan telapak tangan, masih lagi sibuk memerhati wajah tampan itu.

Lelaki itu kemudian tersenyum nakal, namun dia tidaklah membalas pandangan daripada si gadis.

"kenapa tanya? berminat dengan saya?" tanya dia dengan nada yang agak sombong, terdengar di telinga Minyoung.

Tidak menunggu masa yang lama, Minyoung terus menganggukkan kepalanya laju sebaik sahaja mendengar pertanyaan yang ditujukan. Tidak juga dia tahu kenapa dia sudah terpikat dengan lelaki itu dari awal lagi.

Manakala si lelaki turut terkekeh dalam senyuman lalu menganggukkan kepalanya perlahan lahan. Matanya menerawang melihat sekeliling.

"awak comel, macam beruang hihi" Minyoung berkata berterus terang sambil menayangkan barisan gigi. Sungguh! Dia tidak boleh melepaskan matanya daripada melihat lelaki itu.

Okay.

Si lelaki mengangkatkan keningnya, dan tanpa ragu ragu dia mendekatkan wajahnya dengan Minyoung.

"serius, awak tak akan menyesal? Kim Minyoung?" katanya, bertanya dalam masa yang sama menaikkan sudut sebelah bibirnya menyebabkan mata Minyoung terlihat lebih bersinar.

Handsome!

Sekali lagi, Minyoung menjawab dengan gelengan keras kepada pertanyaan itu. Buat apa nak menyesal?

Baiklah.

Lelaki itu kembali bersandar kepada kerusi di belakangnya. Sebuah senyuman yang manis terukis di bibir setelah itu. Begitu juga dengan pandangan matanya yang kini sedang bertentangan dengan milik Minyoung.

Dia lah orangnya.

Salah satu lelaki yang paling sering direbuti oleh orang ramai. Dan kini, dengan senangnya menerima permintaan yang seperti itu daripada si gadis yang baru sahaja dia temui tidak sampai 3 hari.

Lee Haechan.

"awak juga manis. seperti madu"

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now