7

192 45 25
                                    

Setelah beberapa hari kemarin mereka meluangkan masa bersama sama, akhirnya hari ini jugalah kedua duanya baru rajin mahu pergi ke kerja masing masing.

Haechan tersenyum seperti orang yang tidak keruan setelah meletakkan panggilan handphone yang baru dibuatnya tadi. Iyalah betulah tu. Baru sahaja dia membuat panggilan handphone bersama sama dengan si tunang kesayangan.

"Comelnya!"

Nampak tak? Haechan memang gilakan gadis itu. Hanya sahaja dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghargai dengan betul.

Haechan berjalan masuk sambil membetulkan sedikit pakaian formal kerjanya. Mana boleh, mestilah dia hendak terlihat begitu sempurna di hadapan orang lain. Bukankah begitu? Setia dia bersama sama dengan senyuman yang dibalas kepada pekerja pekerja yang menunduk hormat.

"Eh apani?!"

Belum sempat apa apa, tiba tiba sahaja tubuh badannya ditarik oleh seseorang, masuk ke dalam ruang kafe. Haechan dengan tidak puas hati, memandang lelaki yang menariknya tadi, kini sedang bersahaja mengacau secawan kopi di tangannya.

"Kau kenapa? Rindu aku ke? Uwu ~" kata Haechan menyakat lelaki itu menyebabkan si dia memandang Haechan lantas memaparkan barisan gigi putihnya bersama sama dengan senyuman yang tidak ikhlas.

Jaemin. Nama diberi oleh kedua dua orang tuanya.

"Memang tak. Asal baru harini aku nampak batang hidung kau?" Jaemin mengajukan bibirnya, sebagai tanda merajuk. Suka hati mak bapak dia je tidak mahu masuk kerja selama beberapa hari yang lepas.

Walaupun memanglah tempat ini adalah milik bapak Haechan, tetapi mana boleh! Sanggup dia tinggalkan Jaemin, bekerja berseorangan tanpa apa apa pesanan terhadapnya? Huh, memang mintak tapak tangan betul.

"Kau tahu tak, abang kau marah teruk sebab kau? Teruk gila! Baik kau pergi tengok dia sekarang, lagipun aku taknak masuk campur" Jaemin mengatakan hal itu dengan bersunguh sungguh sambil membulatkan matanya. Menambahkan lagi ketakutan terhadap Haechan.

Dia menutup mulutnya dengan tangan.

"Seriuslah?!" tanya Haechan betul betul meminta kepastian kepada si sahabat. Manakala Jaemin tidak menjawab namun hanya mengangukkan kepalanya sahaja sebelum keluar daripada tempat itu.

Haechan masih terkejut dan tidak terkata kata disebabkan oleh hal yang baru sahaja diucapkan oleh si sahabat.

"A-abang marah ke?" tanya Haechan seorang diri sambil mengerutkan dahi dan bermain main dengan jari jemarinya. Bibir bawahnya digigit. Risau betul jika abangnya yang seorang itu sudah mula marah marah. Seram!

Alamak! Alamak.

Haechan sudah tidak keruan. Dengan perlahan, kepalanya dikeluarkan dan mengintai keluar daripada ruang kafe tersebut. Lalu kakinya lambat lambat melangkah ke arah terletaknya pejabat si abang.

"Aku kena minta maaf ke?.." air liurnya diteguk serentak dengan dadanya yang sudah berdebar seakan akan seorang atlet yang baru sahaja pusing padang 5 kali. Pintu pejabat itu dilihat untuk beberapa saat, sebelum tangannya yang sedikit menggigil membuka dari luar.

Kepalanya dimasukkan ke dalam, tengah mengintai akan keadaan di dalam.

"Eh Haechan? Kenapa?" Haechan dikejutkan dengan suara si abang yang sedang menatapnya pelik dari dalam. Dengan berani, Haechan masuk ke dalam dan mendekati Taeyong yang sedang ralit menyusun kertas kertas di atas meja.

Ekhem. Haechan membetulkan suara. Kepalanya ditundukkan dengan kakinya berdiri tegak di hadapan Taeyong.

Aik, kenapa ni?

"Haechan minta maaf, abang mesti marah dengan Haechan kan? Dah janji dah lepas ni tak buat lagi" kata si adik, berterus terang. Masih lagi tidak berani memandang Taeyong di hadapan.

Eh?

"Marah? Kenapa nak marah ek? Haechan buat apa?" Taeyong pula yang keliru tiba tiba.

Eh?!

Haechan mengangkat kepalanya laju memandang Taeyong yang sedang menayangkan barisan giginya. Reaksi wajah Taeyong turut tertanya tanya akan hal yang disebut oleh lelaki yang lebih muda itu.

"Abang tak marah ke?" sekali lagi dia meminta kepastian menyebabkan Taeyong menggelengkan kepalanya, seperti orang tidak tahu apa apa.

Okay, Haechan tahu dah apa yang jadi.

"Takde papelah, Haechan keluar dulu lah kalau macam tu. Bye" ujar Haechan lantas keluar sambil menahan rasa marahnya, meninggalkan Taeyong yang terkebil kebil.

Haechan menarik nafas dalam dalam.

"Na Jaemin !!"

Ha kan riuh satu pejabat tak pasal pasal.





















.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now