14

166 42 12
                                    

"Kalini aku tak main main Lee Haechan, kau akan makan tapak kaki aku kalau kau gagal sekali lagi" Jaemin berkata serius sambil menepuk nepuk baju kemeja yang dipakai oleh Haechan agar terlihat bersih dan juga kemas.

Dengan bersemangat sekali, Haechan menganggukkan kepalanya, mengiyakan kata kata si sahabat baik. Nasib sahajalah haritu, dia tidak terjatuh ke dalam gaung kalau tidak disebabkan oleh Jaemin yang menangkapnya. Seram betul!

Pada kali ini, Haechan akan bersungguh sungguh bagi menjayakan misi dia! Agar tidak mengecewakan Jaemin sekali lagi.

"Baik!"

Setelah itu, Haechan sibuk menghafal semula dialog yang patut disebut olehnya nanti. Entah ingat ke tidak, dia bukannya boleh kira. Kalaulah ditakdirkan dia tidak ingat, memang habis hidupnya diserang oleh Jaemin.

Haechan tidak mahu gagal.

Manakala Jaemin mengintai semula kedatangan orang yang sedang ditunggu tunggu oleh mereka berdua. Terlihat kelibat si dia di penglihatan Jaemin. Em, cantik. Tinggi juga sebenarnya cita rasa Haechan terhadap perempuan perempuan yang mengejarnya.

Mesti ni taraf taraf anak orang kaya yang sama seperti dia. Tch.

"Kalau kau sayang aku, kau kena dengar cakap aku elok elok. Cakap terus terang dengan dia macam apa yang aku ajar. Kalau dia serang kau, aku call polis okay. Dialog kau dah hafal?" Jaemin menyentuh kedua dua pipi Haechan, memberikan satu harapan yang tinggi kepada lelaki itu.

Haechan mengangguk sebagai respon, walaupun dia sedang gugup teruk dalam diam. Selama ini, dia tidak pernah menolak mana mana perempuan melainkan mereka semua yang pernah menolaknya.

Tolong sokong Haechan!

"Ok pergi pergi!" Jaemin menolak tubuh badan Haechan dan mula memasang telinga ingin mendengar perbualan mereka.

Ekhem.

Tenang Haechan tenang! Kawal reaksi wajah betul betul. Selepas ini, semuanya akan selesai. Tangannya yang berpeluh dikesatkan pada seluar jeans yang dipakai. Langkah kakinya semakin lama, semakin dekat dengan gadis yang bernama Haeun itu.

Haah betul lah. Dia lah yang ditampar oleh Minyoung dengan sangat tragis haritu.

"Haeun hi" perlahan sahaja Haechan memanggil dari belakang menyebabkan Haeun berputar ke menghadapnya.

Satu senyuman yang manis dan hangat mula terukir di bibir Haeun. Sabar! Jangan rasa bersalah Haechan. Jangan.

"Hi.."

Haechan menggosok belakang lehernya lalu pandangan mata yang ditundukkan sekejap tadi, kembali bertatapan dengan milik Haeun. Seperti menyedari akan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan si lelaki, membuatkan Haeun mengangkatkan kening melihatnya.

"Kenapa hm?"

Haechan bermain main dengan jari jemarinya, merasa gelisah bersama sama dengan mulut yang sedikit terbuka seperti ingin mengungkapkan sesuatu. Aduh, ini yang buat Haechan rasa bersalah.

"Saya nak putus"

Fuh!

Terus dia berkata dengan laju laju sambil menutup matanya dengan rapat. Tidak sanggup untuk melihat reaksi yang datang daripada si gadis. Namun itu tidak lama, kerana Haechan kembali membuka pejaman mata dia, apabila tidak mendapatkan sebarang jawapan.

Huh?

Lelaki itu bermain bersama sama dengan giginya, sedikit mengintai Haeun yang kini sedang tersenyum. Tersenyum?

"Okay.." katanya dengan nada yang lembut lalu menganggukkan kepala perlahan menyebabkan Haechan pula yang menjadi pelik.

Tak sedih ke?

Kena putus dengan orang handsome macam dia ni?

"Okay kalau macam tu yang awak nak. Saya pun rasa yang kita tak serius dalam hubungan ni. Lagipun, lebih baik saya menghargai seseorang yang sedang mahukan saya sekarang" sambung Haeun lagi, terlihat ikhlas berkata seperti itu.

Semudah itu?!

Haechan masih lagi terkebil kebil, tidak percaya memandang Haeun yang mula berpusing dan meninggalkan dia di situ. Pandangan matanya langsung tidak teralih sehinggalah bayangan si gadis hilang daripada penglihatannya.

Tunggu.

Dia berjaya ke?

B-berjaya?

"JAEMIN AHH !!!!"
















.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now