19

153 39 5
                                    

"Selamat datang!"

Haechan tersenyum mesra sambil menganggukkan kepalanya, membalas teriakan riang daripada salah satu pekerja kedai aiskrim itu. Langkah kakinya tertuju ke kaunter aiskrim dan matanya ralit memerhati satu per satu perisa aiskrim yang tersedia di situ.

"Di di di daun keladi, siapa dulu yang menjadi!" jari telunjuk Haechan terhenti kepada satu jenis ais krim yang sudah sememangnya menarik perhatiannya. Lalu, seorang gadis di kaunter itu dipandang dalam senyuman.

"Adik, cotton candy satu" ujar Haechan berterus terang lalu mendapatkan anggukan daripada si pekerja.

"Urm adik dua lah"

Tak. Itu bukan suara Haechan.

Kepala Haechan tertoleh ke sebelah kiri apabila dia mendengarkan suara yang sangat tidak asing di telinganya. Terkebil kebil dia dibuatnya melihatkan keberadaan gerangan itu di sini.

Serentak, anak mata Haechan dan dia bertentangan menyebabkan si lelaki mengangkatkan tangan, bagi menutup sebelah wajahnya daripada dilihat. Kemudian, Haechan memejamkan matanya rapat. Malunya dia mahu berhadapan dengan gadis di sebelah.

"Abang.."

Gadis yang dikaunter pula memanggil Haechan, mematikan lamunannya. Cepat cepat dia mengeluarkan sejumlah wang dan membayarkan kedua dua ais krim tersebut.

"Abang ni handsomelah, abang umur berapa?" tiba tiba sahaja si gadis kaunter itu bertanya sambil menghulur duit baki dan juga resit kepada Haechan. Tatapan dia terlihat begitu berminat dengan lelaki yang berada di hadapan.

Haechan tersengih janggal.

"23 tahun. Hehe tapi maaf, abang dah bertunang"

Wow!

Untuk kali yang pertama dia membuat pengakuan seperti itu di hadapan orang asing. Kali yang pertama! Nampak Haechan memang sudah serik dan berlajar daripada kesilapannya yang lalu.

Haechan tersenyum manis, memberikan reaksi yang mesra untuk kali yang terakhir sebelum dia mengambil ais krim miliknya. Namun baru sahaja dia ingin melangkah keluar, dia sudah awal awal dihentikan oleh satu lagi gadis di belakang.

"Haechan, boleh kita bercakap?"















🍯














Sunyi. Senyap. Janggal.

Segan. Malu. Semuanya ada!

Dari tadi, Haechan hanya menundukkan kepalanya sahaja dan tidak mahu mengangkat. Lenguh juga sebenarnya kalau diikutkan. Tetapi mahu buat apa? Dia terlalu malu untuk melakukannya. Cotton candy miliknya juga dipandang dan tidak terusik.

Melalui ekor mata, Haechan dapat melihat dengan jelas Minyoung di hadapannya yang sekarang sedang seronok menikmati ais krim di tangannya. Namun, mungkin juga Haechan diperhatikan oleh Minyoung dalam diam untuk masa yang sama.

Lelaki itu menelan liur. Maaf cotton candy. Lain kali kita dating betul betul ye.

Satu keluhan dikeluarkan. Agak agaknya sampai bila semua ini akan berakhir? Haechan pasrah. Tiada mood lah.

Lama juga Haechan termenung, dan tiba tiba dia dikejutkan oleh seseorang. Bahunya ditepuk perlahan daripada belakang. Aduh, terpaksalah dia menoleh. Urgh.

"Haechan?..."

Eh? Siapa ni?

"Haechan, I baru nak call you tapi tak sangka yang kita jumpa dekat sini. You tak rindukan I ke? I baru balik dari Busan pagi tadi" ujar gadis yang tidak asing untuknya, tiba tiba sahaja muncul entah dari mana.

Huh?

"Minji?"

Pulak.

Haechan lupa ke nak minta putus dengan dia ni?! Ada lagi ke rupanya yang tak selesai lagi?

Dia memejamkan matanya dengan kesal untuk beberapa saat. Ya Tuhan. Kau ni Haechan, memang meminta tapak tangan. Haechan menggaru pipinya yang tidak gatal. Sudahlah pula ada Minyoung di situ.

"Siapa ni?" senyuman milik Minji pudar sebaik sahaja melihat kewujudan seorang gadis cantik di hadapan kekasihnya sekarang. Dia memandang Haechan, dengan raut wajah yang seakan akan sedang meminta penjelasan.

Baiklah.

Haechan mesti menyelesaikan semuanya sekarang juga.

Dia sudah letih.

"Minji, kenalkan dia tunang saya. Saya harap awak tak kacau saya lagi lepasni, saya dah bertunang. Kalau awak nak keluar dari sini, silakan. Pintu di sebelah sana" kata Haechan bersama sama dengan nada yang sangat lembut. Tangannya juga diangkat, terarah kepada pintu utama kedai ais krim tersebut.

Dan sekarang, apa yang dia dapat hanyalah riak wajah yang terkilan datang daripada Minji. Pandangan yang sangat benci dia tujukan kepada Haechan bahkan kakinya dihentakkan beberapa kali ke atas lantai.

"Jahat!" teriaknya untuk kali yang terakhir sebelum berlari keluar dengan langkah yang kasar.

Eoh? Itu sahaja? Mujurlah dia tidak kena apa apa. Wow, senang juga yang ini.

Seketika semuanya menjadi janggal kembali dan Haechan membencinya.

"Haechan.."

Eh? Si lelaki mengangkatkan kepalanya, memandang Minyoung yang kini sedang tersenyum lembut kepadanya. Cantik. Haechan mengakui akan hal itu. Bagaimana dia boleh menyiakan gadis ini dengan begitu sahaja sebelum ini?

Dia tersangatlah cantik. Dalam tidak sedar Haechan juga ikut tersenyum, membalasnya

"Saya sayang awak, Haechan"
















.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now