15

168 43 25
                                    

"Susahnya!"

Jaemin berteriak sambil menghentakkan kakinya berkali kali. Dia lebih merengek kesal apabila mendapat gelengan kepala daripada Haechan.

"Betul. Yang ni memang susah macam yang kau kata. Sebab tu kau patut terjebak sekali" kata Haechan memegang bahu si sahabat, dan menggoncangkannya berkali kali. Sengaja memberikan tatapan mata yang sedang memberi harapan kepada Jaemin.

"Kenapa aku?"

"Jaemin ingat tak? Kau nak Jiae kan? Baik kau tolong aku sebelum aku suruh lelaki lain ajak dia pergi dinner malam ni" kata Haechan memberikan ancaman kepada Jaemin yang kini sedang terdiam, tidak puas hati. Laju sahaja kepalanya digelengkan.

"Taknak!"

"Okay tahu pun takut. Kau boleh tuntut apa je dari aku nanti. Janji!" kata Haechan bersungguh sungguh dan dalam masa yang sama dia tersengih melihat wajah memuncung milik Jaemin di sana. Tidak lama kemudian, dia mendapatkan satu pandangan mata yang tajam daripada Jaemin.

Janji Haechan boleh ditepati ke?

Heh.

Bebola matanya digulingkan sebelum mengeluarkan satu keluhan pasrah sebagai tanda mengaku kalah.

"Okay cepat cepat sorok" kata Haechan lalu menolak Jaemin untuk pergi jauh daripadanya. Lelaki itu mula menelan liurnya sebaik sahaja menyedari akan kehadiran seorang gadis yang sangat tidak asing, kini menghampirinya.

Si gadis kemudian tersenyum lalu mendudukkan tubuhnya di hadapan Haechan yang sudah lama menunggu di sebuah restoran mahal sejak tadi lagi. Haechan turut membalas senyumannya, dalam masa yang sama juga mengintai Jaemin yang sedang berdiri di sebalik salah satu dinding di tempat itu.

"Jiwoo, I nak cakap sesuatu"

Straight to the point!

Berani betul Haechan nampaknya walaupun dalam diam, tangannya sudah mula berpeluh. Jiwoo sepertinya teruja sebaik sahaja mendengar si lelaki yang baru sahaja ingin memulakan perbualan. Gadis itu menganggukkan kepalanya.

"Yup you nak cakap apa? Pasal perjumpaan family kita nanti ke?" Jiwoo menahan dagu dengan tapak tangannya sambil memandang wajah sempurna milik Haechan di hadapan.

"No" lelaki itu membalas. Kepalanya sedikit digelengkan.

Ha sudah. Nak cakap apani?

"I nak putus"

Diam.

Tengok!

Sesungguhnya Haechan sudah tahu dari awal lagi bahawa gadis itu akan mengamuk. Melihatkan senyuman milik Jiwoo yang sudah mula luntur menyebabkan Haechan bersandar ke belakang lantas menelan liurnya.

"Kenapa nak putus?!"

Oh mak kau.

Bahu Haechan sedikit terangkat apabila mendengarkan jerkahan yang tidak begitu kuat daripada si gadis di hadapan. Garangnya. Untuk kali yang kedua, dia menelan liurnya bersama sama dengan pandangan mata yang sedang meliar memandang sekeliling. Tidak sanggup mahu bertentang dengan wajah menakutkan Jiwoo.

"I-I ada orang lain" tetap dia memberanikan dirinya untuk membalas.

"Hah?!—."

"Baby?"

Belum sempat Jiwoo ingin melepaskan kemarahannya, tiba tiba mereka berdua dihentikan dengan seseorang yang entah dari mana datang sambil menyentuh bahu Haechan dari belakang. Gerangan itu tiba tiba sahaja mengusap rambut hitam milik Haechan.

"Baby? Siapa lelaki ni?" tanya Jiwoo laju, sambil memandang lelaki yang tidak pernah dilihat olehnya.

Jaemin.

Dia juga takut sekarang melihat Jiwoo yang menatapnya tajam seperti sedang memburu mangsa. Semua ni sebab Haechan! Dia yang menyuruhnya untuk melakukan perkara yang bukan bukan.

Menyedarkan kehadiran Jaemin yang sudah mula memainkan wataknya, menyebabkan Haechan cepat cepat menarik lelaki itu, dan jatuh ke atas ribanya. Jaemin dalam diam membulatkan matanya besar, manakala Haechan pula tersenyum sinis memandang Jiwoo.

Haechan buat apa ni?!

"I ada orang lain" kata Haechan selamba, memandang Jaemin melalui ekor mata menyebabkan Jiwoo reflek bangun daripada duduknya dan menutup mulut kerana tidak percaya.

"Haechan, you bengkok ke?!" teriak Jiwoo sekali lagi. Rupanya lelaki yang sentiasa bersama sama dengan dia selama ini tidak lurus?!

Jaemin hanya diam menahan malu, daripada pandangan orang ramai yang turut melihat mereka. Pinggangnya masih dipegang erat oleh si sahabat. Bodohlah Haechan.

"Kalau I bengkok pun kenapa? Dia cantik"

WHAT?!!

Haechan memang gila.

Melihatkan keadaan Jiwoo yang semakin menjauhi bersama sama dengan wajah terkejut yang masih lagi tidak hilang, membuatkan dia semakin bersorak riang di dalam hati.

"You gila!" teriaknya buat kali yang terakhir lalu meninggalkan mereka berdua.

Laju sahaja, Jaemin bangun daripada riba Haechan lalu menggidikkan bahunya, ngeri. Terasa naik semua bulu roma apabila mengingatkan kembali pegangan Haechan pada tubuh badannya tadi. Hampir sahaja dia ingin mengambil garpu di atas meja itu dan menyerang Haechan.

"Aku setuju, kau memang gila urgh!" Jaemin menyapu badannya, konon menghilangkan segala sentuhan Haechan tadi. Bebola mata digulingkan sebagai tanda menyampah dan tidak lama kemudian, Jaemin keluar daripada tempat itu.

Meninggalkan Haechan yang kini sedang tertawa bahagia disebabkan oleh misi dia untuk menjadi orang yang lebih baik kini sudah berhasil.

"Selesai.."



















.

terima kasih !! have a nice day, cayam cayam semua <33

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now