3

236 51 52
                                    

Haechan pulang ke rumahnya dengan langkah yang longlai. Em nak nangis boleh? Dia menjatuhkan tubuh badannya ke atas sofa ruang tamu. Memikirkan pelabagai cara bagaimana mahu memujuk gadis mugilnya itu. Bagaimana dengan 2
harinya nanti tanpa mendengar suara lembut comel si dia?

Huwaaaa!

Dia menendang angin berkali kali sambil memuncungkan mulutnya. Sedikit rengekan dikeluarkan olehnya. Tertekan betul lah.

"Haechan, anak kesayangan mama" tiba tiba sahaja seorang wanita separuh baya menempatkan duduknya di samping lelaki yang sedang meracau, tidak tentu arah.

"Mama cantik, kesayangan Haechan" balas Haechan dalam senyuman yang terpaksa terhadap wanita itu. Seketika pula senyuman wanita yang digelar mama tersebut pudar daripada bibirnya.

Tajam pandangan matanya, memandang si anak lelaki bongsu.

"Mama nak tanya Haechan ni. Apa yang Haechan dah buat dekat Minyoung?"

Ha sudah!

Sekali lagi ke?

Dalam hatinya, Haechan sibuk memaki hamun dirinya sendiri disebabkan oleh hal ini. Andai sahaja dia tidak buat perangai malam tadi, tentu hal seperti ini tidak akan terjadi.

"Tadi mama baru call Minyoung, kenapa dia menangis? Mama tahu Haechan baru pergi rumah dia tadi kan. Haechan buat apa?" tanya si mama dengan sangat serius. Wajah tertekan Haechan, kembali ditayangkan semula.

"Semalam dekat pesta Jeno, Haechan cuma tak sengaja—."

"Haechan curang la ni ye?!!"

Belum sempat anak bongsunya menghabiskan kata katanya, dia sudah menjerit. Lantas, cepat cepat dia mengambil sudip di dapur dan kembali menghadap Haechan. Sudip itu diangkatkan ke atas dan mahu memukul kepala anak nakalnya.

"Kenapa bising bising ni?"

Kedua kedua terhenti, dan serentak memandang ke arah susuk tubuh lelaki tua yang mungkin juga bergelar ayah kepada Haechan yang sedang ketakutan itu.

"Anak awak! Ada perempuan lain" tanpa ragu ragu, wanita tua itu mengatakannya tanpa berlapik. Secara tidak langsung, reaksi si lelaki tua juga berubah setelah mendengarkan hal tersebut.

"Haechan?..." panggil sang ayah dengan nada yang perlahan.

"Haaaaa mama papa! Haechan tak sengaja. Janji janji! Haechan tak buat dah hm?" kata Haechan lalu menelan liurnya. Tubuh badannya jatuh ke atas lantai, memohon ampun daripada kedua dua orang tuanya.

Habislah Haechan. Tolong doakan dia kawan kawan sekalian.

"Siapa ajar macam ni?" si ayah menghampiri Haechan, dan baru sahaja surat khabar di tangannya mahu dilenyekkan ke atas kepala si anak
bongsu, tiba tiba sahaja jugalah perhatian ketiga tiganya teralih disebabkan oleh seorang lagi manusia.

"Hi! Taeyong anak yang paling baik dah balik dari kedai depan—eh eh? Haechan? Dah kenapa menyorok belakang abang ni?"

Taeyong. Anak sulong daripada keluarga itu tiba tiba sahaja pelik dengan Haechan yang sedang menyorok di belakang tubuh badannya, dalam ketakutan.

"Abang! Abang tolong lindung Haechan" ujar Haechan dan secara reflek membuatkan si abang mendepakan kedua dua tangan, melindungi adiknya di belakang. Pandangan mata Taeyong tertuju kepada kedua dua orang tuanya.

Taeyong keliru.

"Em, kenapa ni ye? Ada yang Taeyong terlepas ke waktu pergi beli gula tadi?" tanya Taeyong juga takut takut. Dia turut dia tahu mahu berbuat apa dan hanya mengikut sahaja, melindungi Haechan di belakang.

Barisan giginya ditayangkan.

"Taeyong tepi sikit, papa nak ketuk anak yang seorang ni. Dah pandai ada perempuan lain" kata si ayah sekali lagi, mendekati Taeyong di pintu utama rumah tersebut.

Taeyong terdiam. Memahami perkataan perkataan yang baru sahaja diungkapkan oleh ayahnya.

Eoh?

Haechan ada perempuan lain?

Huh?

Haechan curang ke apa ni?

Perempuan lain.

Haechan curang dengan Minyoung ke?!!















"Yah! Lee Haechan!!"



















.

ohooooooo 🥰

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now