20

206 39 10
                                    

Tersenyum sesama sendiri. Berjalan beriringan juga berpegangan tangan dengan erat. Jari jemari yang bertaut kini berayun perlahan melawan arus angin, serentak mengikut rentak langkah kaki.

Haechan dan Minyoung.

Eh?

Dah baik eh?

Uyyooooo.

Haechan memandang Minyoung dan Minyoung juga memandang Haechan bersama sama dengan—

Okay. Mereka kembali berpaling semula ke arah lain. Terasa malu apabila manik mata bertemu di antara satu sama lain. Hehe. Senyuman pula tidak lekang langsung daripada bibir masing masing. Aduh, mula memerah la pula pipi ni.

"Honey"

Haechan memberanikan diri untuk memulakan perbualan di antara mereka berdua. Minyoung pula memandangnya dengan teruja. Alaaa lama tak dengar nama panggilan itu. Rindunya!

"Terima kasih. Awak tak marahkan saya sampai sekarang. Kali ni saya memang betul betul belajar daripada kesalahan saya. Janji tak buat lagi!" katanya bersungguh sungguh, mengeluarkan jari kelingkingnya di hadapan Minyoung.

Minyoung pun apalagi? Dengan senang hati, dia menyambut jari kelingking lelaki itu.

"Eh? Tapi saya pun perlu berterima kasih jugak tau" Minyoung sepertinya tidak mahu mengalah dengan Haechan. Dahi lelaki itu berkerut, seakan tertanya tanya.

"Kenapa pulak?"

"Elelele yang tadi tu. Kedai ais krim. Serius betul awak daripada budak kaunter sampai orang yang entah dari mana datang. Siapa yang ajar? Comel" galak dia mengusik Haechan sambil memutarkan jari telunjuknya berkali kali, tepat di wajah si lelaki.

"Huh? Ma-mana ada. Ish! Janganlah cakap balik, malulah. Awak tu ha, saya buat semuanya untuk awak tau. Hanya untuk awak!" Dia menekankan perkataan terakhirnya. Terus berubah mimik wajah Haechan. Apani? Malulah!

Mana adil jika Minyoung sahaja yang mengusiknya. Dia pun mahu juga. Fikirkan!

"Aik ha awak pun sama je. Elelele, awak risaukan saya kan sebenarnya semalam. Lepastu tadi, awak baru cakap yang awak sayangkan saya kan? Elelele"

Ha ambik! Giliran lelaki itu pula yang seronok mengusik. Senyuman mengejek tidak berhenti ditayangkan olehnya menyebabkan Minyoung terdiam. Oh, balas dendam ye.

"Heh, awak tu ha yang melebih. Tiba tiba nak berlakon semata mata nak suruh saya datang. Tak hebat pun" sindir Minyoung tanpa disedari.

Sama je perangai dua dua. Sama sama mahu mencari masalah di antara satu sama lain. Dua dua tidak mahu mengaku kalah. Kononnya.

Tidak lama kemudian, kedua duanya diam. Hanya bunyi deruan angin sahaja yang terdengar di telinga mereka.

Tanpa disedari, tiba tiba wajah milik Haechan yang tersenyum berubah reaksi. Kepada satu reaksi yang tidak menyenangkan. Lambat lambat, dia memegang kepalanya. Langkah kaki turut terhenti dan mula menunduk ke bawah.

"Urgh" Haechan memejam matanya dengan rapat seperti sedang menahan sesuatu. Minyoung juga turut terhenti, memandang si lelaki di sebelah.

"Awak kenapa? Okay tak ni?" jelas terdengar suara Minyoung yang sudah mula berubah nada. Nada yang risau.

"Sakit..." balas Haechan perlahan bersama sama dengan dahi yang berkerut sewaktu mengatakan hal itu. Panik Minyoung dibuatnya, melihat keadaan Haechan.

"Awak kenapa? Sakit sangat? Hah? Awak? Jom pergi hospital cepat. Awak jangan buat saya takut!" Minyoung menjadi gelabah dengan serta merta. Sehingga tidak boleh memikirkan tindakan yang seterusnya.

Haechan memandang Minyoung yang sedang risau teruk. Tangannya yang memegang kepalanya tadi, diturunkan. Tak jadi lah.

"Hehe. Awak risaukan saya! Kan kan kan? Awak risaukan saya wekkk"

Huh?

Minyoung terkebil kebil memandang Haechan yang sedang sibuk tertawa dengan pandangan yang keliru. Tadi bukan dia sakit ke? Tak sakit dah?

"It's okay honey. Saya sayang awak jugak!" Haechan memandang anak mata gadis itu dengan dalam. Cuba menggodanya dengan satu muncungan mulut daripadanya, seakan akan sedang menghantar satu ciuman kepada Minyoung.

Minyoung tersedar. Dia kena tipu ?!

Wajah Haechan ditatapnya dengan pandangan yang kosong. Manakala, lengan baju panjangnya mula disinsingkan dan berjaya membuatkan Haechan berasa seperti tidak sedap hati. Rambut hadapan Minyoung, ditiupkan ke atas.

Tawa riang Haechan tadi terhenti dengan begitu sahaja.

"Okay baiklah. Honey kita marah. Kita pergi dulu. Bye!"

Laju Haechan berlari meninggalkan Minyoung di belakang. Sekali sekala, dia menolehkan kepalanya untuk mendapatkan permandangan gadis itu yang sedang sibuk juga mengejar. Bersama sama dengan tawa bahagia yang keluar daripada bibir Minyoung.

Haechan mengukirkan satu senyuman yang manis.

Tidak lama selepas itu, lariannya dihentikan. Dia membuka kedua dua tangan dengan selebar yang mungkin, menanti Minyoung untuk masuk ke dalam dakapannya. Pelukan tersebut semakin dieratkan dan tanpa ragu, Haechan mencium sayang rambut milik si gadis.

Bibirnya diletakkan pada sisi telinga Minyoung.

"Honey, I love you"



















| HONEY |
THE END






| HONEY |THE END

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




salam sayang daripada saya
''

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now