9

172 42 21
                                    

"Harin!"

Minyoung memanggil salah seorang pekerjanya dari jauh menyebabkan sang pekerja yang bernametagkan Harin itu berpaling memandang si pemanggil. Lantas sahaja, dia berjalan ke arah Minyoung yang hanya tersengih, seakan akan seperti sedang meminta sesuatu.

"Jom! Kita keluar makan tengah hari sama sama" kata Minyoung dengan ceria, lalu tanpa sempat Harin berkata apa apa, tangan mugil Minyoung sudah merangkul tangannya.

Dengan terkebil kebil, dan masih memahami situasi, Harin terpaksa mengikut langkah Minyoung yang membawanya keluar daripada tempat kerja mereka. Mencari kedai makan yang berdekatan di 'shopping mall' tersebut.

Tidak sampai beberapa minit pun mereka berdua berjalan.

"Huh?"

Baru sahaja kakinya hendak membelok ke sebelah kiri, tiba tiba tangan Harin sekali lagi ditarik berundur ke belakang. Harin menjadi pelik sebaik sahaja melihat reaksi wajah milik Minyoung yang sudah berubah. Hendak juga dia memandang perkara yang sedang dilihat oleh Minyoung sekarang.

Ouh? Apa jadi?

"Hah ?!"

Tersentak seketika Harin dikejutkan dengan jeritan yang tidaklah begitu kuat daripada Minyoung. Mata gadis cantik itu dikecilkan. Apa yang dipandangnya? Harin juga terikut menoleh.

Kenapa Minyoung sibuk memandang ke arah dua gerangan yang sedang bemesra layaknya seperti satu pasangan? Aik? Harin tidak mengenal mereka berdua di sana.

"Kau ni memang lelaki tak guna kan, Haechan?" ujar Minyoung, menggunakan nada yang perlahan membuatkan Harin bertambah bingung.

Amende ni ?!

Minyoung mula bertindak untuk menyinsingkan lengan bajunya lalu getah rambut ditarik buka, dan mengikat rambutnya semula dengan lebih ketat. Pandangan matanya tajam memandang ke arah pasangan di sana seakan akan sedang memburu mangsa.

"Harin, awak tunggu. Saya nak pergi bergaduh" kata Minyoung serius kepada Harin, yang kini sedang menelan liurnya. Dia nak buat apa?

Harin tidak tahu mahu buat apa?

Dia hanya perhati sahaja Minyoung yang mula berjalan dengan kasar menuju ke sana.

Berbalik kepada situasi Haechan dan juga perempuan simpanannya yang satu itu, Haeun namanya. Haechan sedang sibuk tertawa, entah apalah yang digelakkan olehnya terlihat begitu kelakar. Namun semua itu tidak lama.

"Lee Haechan !!"

Baru sahaja Haeun mahu menyentuh tali leher milik Haechan, gadis itu sudah pun dibaling ke tepi oleh Minyoung yang baru sahaja datang menyerang. Pipi si gadis dengan reflek ditampar oleh Minyoung, melepaskan geram.

"Perempuan murahan" kata Minyoung sambil menunjukkan jari telunjuk, memandang Haeun yang terkejut. Pipi yang ditampar tadi dipegang olehnya.

Haechan?

Gila ke tak terkejut ?! Kejung tubuhnya berdiri di tempat itu melihat Haeun yang baru sahaja ditampar oleh Minyoung. Tunang dia. Kim Minyoung! Matanya membulat menyaksikan kejadian yang berlaku dengan sangat pantas di hadapannya.

"Ho-honey. Awak—."

"3 hari ! Jangan cari saya 3 hari !!"

Minyoung berteriak tepat di hadapan Haechan, memandang lelaki itu dengan pandangan yang penuh benci. Tidak puas hati, sekali lagi dia menampar pipi gadis yang tidak dikenalinya itu. Namun tidaklah begitu kuat seperti tadi.

Kemudian Minyoung pergi dari situ sambil menarik semula lengan bajunya dan cepat cepat menarik tangan Harin yang terkesima teruk di situ.

H-hah?

Lelaki itu, kekasih Minyoung?!















.

biasalah. rawr.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now