1

344 59 28
                                    

Minyak wangi miliknya disemburkan ke seluruh tubuh badan. Lantas tangannya sibuk membetulkan hujung baju kemeja yang dipakai. Jam tangan diambil dan dipakaikan pada tangan sebelah kiri begitu juga dengan rambutnya dielus untuk kali yang terakhir.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia kemudian tersenyum seorang diri di hadapan sebuah cermin.

"Wah handsomenya!" pujinya sendiri.

Kunci kereta diambil lalu bergegas turun ke lantai bawah rumah besar itu. Sempat dia melambaikan tangan kepada si ibu yang sedang ralit menonton drama televisyen yang bersiaran khas pada malam itu.

"Haechan jangan balik lambat!"

"Okay ma!"

Itu kata kata terakhir yang diteriak oleh lelaki itu sebelum dia keluar dari rumah tersebut dan menuju ke arah kereta miliknya, pemberian daripada sang ayah di hari lahirnya yang ke 21.

Tanpa menunggu, laju sahaja kereta itu memacu keluar daripada perkarangan rumah mereka, menuju ke sesuatu arah yang hendak dituju oleh lelaki yang digelar sebagai Haechan.














🍯













"Hey, tengok siapa yang datang!" teriak seorang lelaki yang tingginya tidaklah begitu berbeza dengan Haechan. Lelaki yang bernama Jeno, mula merangkul bahu Haechan, membawanya masuk ke dalam rumah mewah dia.

"Huh? Takkanlah aku sanggup tak datang? Birthday Party sepupu aku sendiri kot. Merajuk nanti malas aku nak pujuk urgh" balas Haechan sambil menggulingkan bebola matanya lalu mendapat satu sengihan yang datang daripada Jeno.

Tidak lama kemudian, Haechan bertemu dengan rakan rakannya yang lain. Tangannya diangkat ke atas, membuat 'high five' bersama sama dengan Sungchan yang juga ada di situ.

"Okay fine, Haechan. Kau boleh buat apa apa je malam ni, tapi jangan sampai terlalu berat sebab aku taknak dengar mama kau tu nanti membebel panjang" kata Jeno lagi, laju menarik tangan Haechan ke halaman belakang rumahnya.

Suasana begitu riuh dengan tawa dan juga perbualan daripada tetamu yang lebih kurang sebaya dengan mereka semua. Hanya pesta kecil kecilan yang semuanya terdiri daripada rakan Jeno sahaja yang hadir.

"Kenapa? Kau ingat aku akan timbulkan masalah ke nanti?" tanya Haechan tidak puas hati sambil mengangkatkan sebelah keningnya, melihat Jeno di sebelah.

"Of course! Kau ingat aku tak kenal kau?" Jeno menggidikkan bahunya ngeri setelah itu. Lagi ngeri jika masalah Haechan akan sampai ke pendengaran ibu lelaki itu, merangkap kepada ibu saudaranya nanti.

Seram!

"Okay diam. Aku tahu apa yang aku buat, bye" kata kata terakhir yang dikeluarkan oleh Haechan sebelum dia meninggalkan Jeno berseorangan di situ.

"Chan—."

Belum sempat Jeno ingin memanggil dari belakang, sepupu lelakinya itu sudah dikerumuni dengan beberapa gadis di sekelilingnya. Begitu juga dengan Haechan yang kini sedang sibuk melayan gadis gadis itu, sambil menayangkan senyuman manis yang memang mampu mencairkan sesiapa sahaja.

Jeno menepuk dahinya lalu mengeluh dengan kesal.

Kan dia sudah kata!

Memang tidak mendengar nasihat orang.

Dia lah orang itu.

Lee Haechan.
















.

hi ! selamat datang !! teruskan teruskan 🤭 hihi

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now