2

249 53 48
                                    

Haechan tersenyum, menuju masuk ke halaman sebuah rumah seseorang. Lebih lebar senyuman di bibirnya apabila melihat bayangan seorang gadis yang berpakaian biasa, kini sedang termenung di atas satu buaian yang sedang berbuai. Terus dia melangkah laju menempatkan dirinya di sebelah si gadis.

"Hi, my dear honey kesayangan Haechan!" sapa Haechan dengan gembira, menunjukkan wajah manjanya.

Namun tidak ada langsung respon yang datang daripada gadis berambut panjang itu, malah dia hanya menundukkan wajah dan mula bermain main dengan jari jemarinya.

"Kenapa awak datang sini?" tanya si dia.

"Sebab saya rindulah. Kenapa ni? Ada masalah ke, honey?" Haechan pula yang kembali bertanya, mula mengubah reaksinya, memandang gadis di sebelah. Pelik pula dia melihat kesayangan dia itu pada hari ini.

Selalunya tidak seperti ini.

"Pergilah rindu dekat orang orang semalam tu. Buat apa nak rindu dekat saya?" semakin kuat dia bermain dengan jarinya, dan sedikit pun tidak memandang Haechan.

"Honey? Awak cakap apa ni?" Haechan pula yang keliru. Dia tidak memahami apa maksud yang dikatakan oleh si dia.

Apa yang jadi ni? Kenapa?

"Awak pergi mana malam tadi?"

Haechan tiba tiba menjadi kejung setelah mendengarkan itu. Dia menelan liurnya dengan bersusah payah setelahnya. Kepala digelengkan dengan lambat.

"Takde pergi mana mana pun. Duduk rumah—."

"Tipu!"

Terkejut Haechan dibuatnya. Lidahnya menjadi kelu tanpa sengaja, tidak tahu mahu mengatakan apa. Ralit juga fikirannya, memikirkan akan jawapan lain.

"Awak pergi rumah Jeno kan? Buat apa dekat sana?"

Kantoi.

"H-huh? Takde apa. Berbual, makan lepastu balik. Macam biasa—."

"Awak tipu lagi!"

Bahu Haechan sedikit ternaik ke atas sebaik sahaja dia mendengarkan jeritan itu. Anak matanya meliar, memerhati sekeliling. Tahu pun gugup. Semalam tak fikir langsung tentang kesannya.

"Ingat saya tak tahu ke? Awak layan perempuan perempuan dekat sana kan?! Sentuh sentuh kan?!" katanya lagi sedikit memberontak, menghentakkan kakinya kepada tanah yang dipijak

"Hey hey no! Saya tak buat macam tu pun semalam. Mana ada, macam mana awak tahu ni? Siapa yang bagitahu awak?" Haechan cepat cepat menidakkan perbuatan yang baru sahaja diungkapkan oleh si gadis tadi. Laju kepalanya digelengkan.

"Tipu lagi! Awak tanya macam tu maksudnya betul lah awak buat kan? Saya merajuk dengan awak!" si dia membuang muka ke arah yang bertentangan dengan Haechan menyebabkan lelaki itu menjadi cuak.

Haechan cuba mendekatinya dan menarik pergelangan tangan yang lebih kecil, namun dengan begitu sahaja ditepis dengan kasar.

"Honey—awak janganlah macam ni. Okay, saya minta maaf. Tak buat lagi lepasni eh, janji!" Haechan cuba untuk memujuk namun sudah tentulah tidak berjaya memandangkan si gadis memang betul betul marah nampaknya.

"Taknak! Jangan pujuk saya, jangan bercakap dengan saya sehari"

"Ja-jangan cakap? Sehari? Aaaa lamanya! Mana boleh macam ni" tertekan sudah Haechan dibuatnya disebabkan oleh hal itu. Satu reaksi wajah yang meminta simpati, ditayangkan olehnya. Dahinya berkerut, dan masih lagi kepalanya digelengkan berkali kali.

Tidak boleh terima akan kenyataan.

"Takde! Jangan cari saya untuk 2 hari" gadis itu berkeras menyebabkan Haechan tercengang. Mulutnya sedikit terbuka, terkilan agaknya.

"Honey—."

"Jangan panggil honey honey, kalau tak saya tambah 3 hari! Sekarang, tolong pergi" ucap si dia untuk kali yang terakhir lantas mengambil langkah masuk ke dalam rumahnya, meninggalkan Haechan yang tidak terkata kata.

"Honey—awak!"

Lelaki itu menarik rambutnya kasar, menjadikannya sedikit kusut. Kakinya dihentakkan sekali, merasa kesal.

Haechan buntu.

Padan muka!
















.

HONEY ✔︎Where stories live. Discover now